Dumpling Mackerel Tawkeh yang Rare Tapi Sedap
Puas Nur pikir apa nak dibuat dengan sardin/mackerel untuk nampak lebih menarik dan sedikit rare dari yang lain. Alhamdulillah lepas brainstormed, Allah bagi ilham.
Kebetulan, baru beberapa hari buat dumpling inti ayam, so why not kita buat
dumpling inti sardin/mackerel kan? Bahan yang sama cuma haiwan tu aje kita
tukar.
Nur tulis sardin/mackerel sebab normally kita sebut sardin je kan. Jarang sebut
mackerel tapi untuk contest ni Nur guna mackerel sebab excited nak tengok isi
mackerel brand Tawkeh ni.
Jangan ingat yang jual dekat pasaraya tu sama je tau. Bezanya sardin dan
mackerel adalah perbezaan saiz dorang. Sardin lebih kecil dan kuantiti dia
lebih banyak manakala mackerel sebaliknya. Rasanya dorang dari keluarga ikan
yang berbeza.
Masak & Menang Bersama Tawkeh
So untuk peraduan Masak & Menang Bersama Tawkeh, peserta dikehendaki untuk
membayar RM49.90 dan akan diberi 6 tin produk Tawkeh iaitu 2 tin sardin, 2 tin
mackerel dan 2 tin laici.
Fair and square lah kan. Kita bayar tapi dapat produk. Tapi takdelah kena guna
kesemua 6 tin. 1 tin pun dah cukup tapi terpulang pada idea peserta.
So untuk Nur, Nur buat Dumpling Mackerel Tawkeh. Nur bagi dia nama Pelayaran di
Lautan Merah. Dumpling tu Nur buat bentuk sampan pastu hidangkan dengan kuah
tomato. So nampak laa macam sampan/kapal tengah berlayar di lautan merah.
Laut Merah dekat Perairan Hindi tu pun tak berwarna merah sentiasa. Kadang-kadang aje ikut musim. Tapi saje aje Nur guna nama Laut Merah. Apa salahnya kan.
Resepi yang Nur gunakan sama aje dengan resepi dumpling ayam yang Nur buat tempoh hari, cuma ayamnya digantikan dengan mackerel. Dan sos pencicah pula Nur gunakan kuah tomato dalam tin tu. Resepinya Nur ada share dekat Instagram @nurdecamellia.
Baca juga: Resepi Dumpling Inti Ayam
Serius cakap, bukan overclaim, memang sedap rasa dumpling sardin. Korang yang suka cuba resepi atau makanan baru boleh try buat. Nur rasa menu ni sesuai buat kudap-kudap petang. Pekena dengan teh o panas pun ngam juga.
Laici dia gemok dan gebu. Puas hati makan |
Nur ambil masa 2 hari untuk siapkan dumpling mackerel ni. 1 hari siapkan inti. Keesokan hari kelim dumpling tengah malam dengan Mardhiyah. Terpaksa curi masa. Beginilah gayanya bila ada anak kecil.
Kerja hakiki sebagai seorang ibu dan isteri tak boleh ketepikan walaupun berkobar-kobar semangat nak join contest. Alhamdulillah siap semuanya seperti yang diharapkan.
Cumanya biasalah, Mardhiyah dah umur 3 tahun, dia suka ikut apa Nur buat. Mula-mula tu Nur taknak dia kacau Nur kelim dumpling takut kecah. Yela kena shoot video tau.
Tapi pikir balik, apa salahnya kasi dia buat sama-sama. Selain dapat bagi dia aktiviti, dapat jugalah bonding time dengan Mardhiyah sementara adik dia si Raihah dah tidur. Raihah memang tidur awal. Mardhiyah pulak ikut ibu dia. Selagi ibu dia tak tidur, tak tidur jugalah si Mardhiyah tu.
So buat kawan-kawan blogger yang baca ni dan pembaca yang lain, Nur nak mintak tolong jasa baik korang untuk like Nur punya gambar dan video Nur dekat Instagram. Harap korang dapat bagi support dekat Nur.
Kat bawah ni post Dumpling Mackerel dekat Instagram Nur. Minta tolong support ya :)
Terima kasih sudi baca dan terima kasih sudi like. Moga korang sihat dan ceria selalu :)
0 Comments