Durian oh durian.... 

Teringat kenangan masa mengandungkan Nurain Raihah tahun lepas. Masa mengandungkan dia, kami sekeluarga 'susah' sikit. Start dari September 2019 sampailah beberapa hari sebelum PKP1.0 dilancarkan kami sekeluarga diuji. 

Tambah tolak setengah tahun juga kami mampu bertahan. Untuk beberapa bulan gaji suami ada masalah sikit. Tak dapat full. Rasanya sebab belum dapat payment dari client so hmmmm susah kejap lah kami sekeluarga. 

Betul-betul terasa susah sebab terpaksa menahan kehendak lagi-lagi kehendak tekak seorang ibu mengandung yang nak makan ini, nak makan itu. Beza sungguh dengan kakak dia, apa yang dimahukan in shaa Allah dapat. 

Persiapan nak bersalin pun Nur tak dapat sempurnakan walaupun masa bulan Februari 2020 tu kandungan Nur dah 7 bulan. 

Duit ada tapi itulah, untuk bertahan sampai gaji dapat tu, kena lah jimat dan bijak berbelanja. Masa tu, nak deactive social media pun ada. Sebab taknak tengok life orang lain. Tapi tak boleh sebab ada beberapa kerja yang masih belum siap so mak buyung terpaksa kuatkan diri. 

Lagi lah awal tahun 2020 dah start musim durian. Sana sini durian. Buka Facebook gambar durian lalu. Buka Instagram pun benda yang sama juga berlaku. 

Stress sebab tak mampu beli. Mampu tengok je. Sampaikan Nur menangis tiap kali nampak gambar durian lalu. Dengan ada juga family members yang up gambar durian kuning pekat dalam group family. 

Terus tutup phone. Menangis. Teringin sangat. Betul-betul terasa sebab tiap kali musim durian, suami tak lupa belikan Nur durian sedap-sedap. D24, iOi entah apa lagi nama durian tu semua. Nur hantu durian. Memang kuat dan suka sangat makan durian. Lagi pulak dapat suami yang tak berkira layankan tekak bini walaupun kami bukan orang senang. 



Tapi alhamdulillah, masa balik rumah mak, abang Nur ada belanja makan durian. Nur tak cerita dengan abang masalah keluarga Nur tapi entahlah, rezeki ibu mengandung kan? Nak nangis rasa time tu. Bersyukur sangat. 

Dan alhamdulillah, syukur sangat. Beberapa hari sebelum PKP1.0 dilancarkan, suami dapat gaji. Walaupun tak dapat full untuk bulan-bulan yang tertunggak tu, tapi ya Allah Nur bersyukur sangat-sangat. 

Tatkala ramai yang hilang pekerjaan semasa PKP, suami Nur masih dapat bekerja dan kami dapat teruskan hidup seperti biasa dan sempurnakan persediaan nak bersalin tak lama lagi (masa tu). 

So bila Raihah dah boleh makan ni, Nur suka betul sebab dia sangat suka makan. Apa Nur masak alhamdulillah dia terima dan makan dengan penuh berselera. Bila dikenang, agaknya mungkin masa mengandung, ibu dia terpaksa tahan tekak, pastu bila anaknya dah keluar, dia makan lah puas-puas. Hargai semua makanan yang ada. 



Alhamdulillah. 

Hikmah disebalik ujian mungkin. Berkat kami laki bini anak beranak bersabar walaupun ada masanya kami stress juga tapi alhamdulillah kami berjaya harunginya bersama. 

Itulah kenangan disebalik gambar durian yang suami belikan untuk Nur tempoh hari. Suami kat luar masa tu. Nur whatsapp suami mengadu sakit perut. Dia balas, katanya sabar ya sayang in shaa Allah kejap lagi sakit perut isteri saya hilang. 

Tak paham maksud tersirat message tu. Tapi bila suami balik rumah sengih-sengih bawa durian dalam bekas, uishhhhhh terus berjoget Nur. Rupanya itulah maksud message suami Nur. 

Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah bagi ni. Kami bukan orang senang tapi syukur alhamdulillah Allah bagi kami peluang dapat merasa nikmatnya makan durian yang sedap ni. 

Sekian coretan disebalik gambar durian itu. 

3 Comments

  1. Sedih baca cerita orang ngandung ngidam durian
    Nasib baiklah dapat

    ReplyDelete
  2. Nasib baiklah akak dengan durian ni tak bff sangat, hihi

    ReplyDelete
  3. Kisah sedih di Forest pun ada gak.. nasib baik tak mengandung hahahaha

    ReplyDelete