Sedapnya Makan | Indahnya Ramadan di Grand Paragon Hotel Johor Bharu
Lagi beberapa hari aje lagi bulan suci Ramadan akan tiba. Aktiviti ekonomi seperti restoren di hotel pun kini sudah dibenarkan beroperasi. Makanya, tawaran bufet Ramadan di hotel bagai cendawan tumbuh selepas hujan lah kan.
Tidak ketinggalan, Grand Paragon Hotel Johor Bahru juga menawarkan menu iftar
bertemakan 'Indahnya Ramadan' yang menarik dan sedap untuk dinikmati. Oh
serius sedap Nur tak tipu tau. Tapi sayangnya, Grand Paragon Hotel Johor Bahru
tidak menawarkan bufet Ramadan pada tahun ini atas alasan tertentu. So warga
Johor Bahru boleh takeaway dan delivery sahaja bermula 1 April 2021 sehingga 31
Mei 2021.
Alright. Apa je menu yang ditawarkan?
Pihak Grand Paragon Hotel Johor Bahru ada menyediakan 3 jenis tawaran yang
berbeza iaitu:
- Set Gembira
- Set Selera Kampung
- Ala-Carte Menu
#1 Set Gembira
- Ayam Golek Lebanese atau
- Roasted Beef Brisket atau
- Kambing Golek.
Family Iftar Box |
Individual Iftar Box |
Senang kata lauk utama dan nasi sahaja yang pelanggan boleh buat pilihan. Side dishes ditetapkan oleh pihak hotel. Nur ringkaskan harga Set Gembira dekat jadual bawah ni okay.
SET GEMBIRA |
Family Box |
Individual Box |
Ayam Golek Lebanese |
RM88 |
RM26 |
Roasted Beef Brisket |
RM118 |
RM32 |
Kambing Golek |
RM148 |
RM40 |
#2 Set Selera Kampung
Seterusnya Set Selera Kampung, ia didatangkan dengan 3 pilihan menu yang berbeza iaitu:
- Nasi Kerabu
- Nasi Ambeng
- Nasi Kandar
Nasi Kerabu
Pelanggan boleh pilih sama ada nak lauk Ayam Golek ataupun Kari Ikan Tenggiri.
Manakala nasi kerabu, keropok ikan, telur masin, sambal cili cuka & budu,
solok lada, udang goreng berempah, ulam-ulaman, air dan kurma adalah
tetap.
Nasi Ambeng
Pelanggan boleh pilih sama ada nak lauk Ayam Masak Kicap ataupun Rendang Daging. Manakala nasi putih, telur masin, sambal belacan, mee goreng, sayur goreng jawa, bergedil kentang, serunding kelapa, udang goreng berempah, ikan masin bulu ayam, air dan kurma ada tetap.
Nasi Kandar
Pelanggan boleh pilih sama ada nak lauk Ayam Golek ataupun Kari Ikan Tenggiri. Manakala nasi putih, telur masin, kubis gireng kunyit, sotong sumbat, papadum, udang goreng berempah, kuah (kari ayam, kari ikan, kari kicap), air dan kurma adalah tetap.
SET SELERA KAMPUNG |
Family Box |
Individual
Box |
Nasi Kerabu |
RM80 |
RM23 |
Nasi Ambeng |
RM80 |
RM23 |
Nasi Kandar |
RM85 |
RM25 |
#3 Ala-Carte Menu
Untuk menu ala-carte, pihak hotel sediakan 3 bahagian iaitu:
- Arabian Istimewa
- Kampung Istimewa
- Grand Paragon Lacalicious Ramadan Special
By the way, ini adalah pengalaman kali pertama Nur menjamu selera di Grand
Paragon Hotel Johor Bahru. Sejujurnya Nur cakap, masakan chef di hotel ni
tersangatlah sedap dan 'kena' dengan tekak anak pure Johor.
Untuk Set Gembira, Nur suka dengan roasted beef brisket dia. Tersangatlah
lembut dan juicy daging dia. Nasi briyani sedap. Bubur lambuk pun sedap.
Memang 'naik' seri Indahnya Ramadan bila ada bubur lambuk.
Untuk Set Selera Kampung pula, Nur pilih nasi kerabu sebab tu memang kegemaran
Nur. Lada solok dia fuh mantap! Sotong sumbat yang ada dalam Nasi Kandar pun
sedap. Nasi ambeng memang pass sangat. Anak jati Johor suka.
Nak pesan ni, korang jangan lupa order durian goreng dan kek ondeh-ondeh
tau. Durian goreng tu memang signature Grand Paragon Hotel Johor Bahru, memang
ramai peminat setia dia. Nur pun ada kenalan yang memang suka durian goreng
dekat sini.
Durian goreng 5 pcs RM13, 10 pcs RM24 |
Kek Ondeh-Ondeh 6" RM58 |
Kek ondeh-ondeh tu pulak serius sedap. Nur biasa juga buat kek chiffon pandan
so Nur ada standard yang tersendiri untuk kesedapan sesuatu kek pandan. Regu
pulak dengan inti kelapa yang juicy. Krim kek pun tak muak. Serius korang kena
cuba. Nasa food review haritu, pihak hotel ada hadiahkan kek ondeh-ondeh ni
tau. Nur bagi family Nur makan. Semua cakap sedap. Suami Nur yang cerewet tu
pun cakap sedap. So memang betul lah sedap kan?
4 Comments
Banyak sungguh set dia kan, puashati makan, sebab pax dia banyak sekotak dan sebekas.. tahun ni nak juga order lagi..
ReplyDeletetake away mmg memudahkan..menu2 nya semua menarik..puas makan..
ReplyDeletetake away mmg memudahkan..menu2 nya semua menarik..puas makan..
ReplyDeleteMcm sedap je kek ondeh2 tu.
ReplyDelete