Sedapnya Makan | Jemput Makan Dinner Buffet di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel
Renaissance Johor Bahru Hotel Menyambut Bulan Suci Ramadan dengan Jemput Makan Dinner Buffet
Hi assalamualaikum semua. Ramadan tak lama je lagi.
Selain solat sunat terawih, benda lain yang kita semua excited mestilah menu berbuka kan? Haaa meh sini Nur share buffet Ramadan yang disediakan oleh salah satu hotel yang popular dengan kepelbagian menu dorang setiap kali dorang buat dinner buffet.Untuk tahun 1442 Hijrah, Jemput Makan dari Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel menyajikan lebih 400 gabungan hidangan tradisional yang enak dan popular semasa bulan Ramadan. Buffet Ramadan ini akan berlangsung dari 13 April 2021 sehinggalah 13 Mei 2021.
Kepelbagaian sajian Jemput Makan Dinner Buffet ini termasuklah RENmarable Chef Hamizi Signature Biryani station, RENsation Middle East selection, RENtastic Sup Tulang Lembu, RENmazing Roasted Chicken Roulade "Percik Style", Whole Lamb Barbeque Pit dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan semua, ada beberapa hidangan yang menjadi menu tetap dan ada juga beberapa hidangan yang akan ditukar ataupun bergilir setiap hari. So pengunjung dapatlah rasa hidangan yang berbeza.
Nur ada mention dekat atas Jemput Makan ni ada lebih 400 menu kan? So buat pengunjung yang rasa blur tak tahu nak makan apa dulu, Nur suggest korang makan bubur lambuk dulu. Takpun boleh pilih salad segar ataupun ulam-ulaman yang disediakan.
Manakala buat peminat makanan Jepun, korang boleh pergi ke suatu sudut yang menyediakan makanan Jepun. Pengunjung boleh menikmati sushi, salmon dan tuna salai dan sashimi. Chuka idako pun ada tau.
Dan....
Yang paling popular dekat Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel tak lain tak bukan "seafood-on-ice" yang menggiurkan seperti scallop, ketam bunga, kupang biru New Zealand dan juga kupang hijau.
Buat pengunjung yang gemarkan makanan yang sedikit 'ringan' pun mesti teruja sebab ada pelbagai jenis kerabu seperti Kerabu Beraneka Laut, Kerabu Salai Ayam, Kerabu Paru-Paru, Kerabu Sotong dan Kerabu Mangga.
Roti puri dan naan pun ada. Boleh dinikmati bersama kuah dhall, aloo mutter, aloo palak paneer dan ayam tandori |
Banyak sangat menu yang ada. Lebih 400 menu kut. Haihhh tak larat Nur nak cerita semua. Pemanis mulut tu tak payah cerita lah. Banyak sangat pilihan. Kuih muih tempatan pun ada. Yang paling Nur suka Crem'e Brulee dia. Sebab ada durian. Sedap sungguh. Betul-betul tak sangka!
So buat korang yang tercari-cari lokasi berbuka puasa yang best, korang boleh datang ke Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel okay. Surau juga disediakan di tingkat 3, in shaa Allah pengunjung tak akan missed menunaikan tanggangjawab yang satu ni.
Harga Jemput Makan Dinner Buffet
Jemput Makan dinner buffet ini berharga RM158 net setiap seorang dan RM78 net
untuk kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun. Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun
boleh makan secara percuma.
Early Bird Promotion
Pihak Renaissance Johor Bahru Hotel juga ada buat early bird promotion voucher yang boleh dibeli bermula sekarang sehingga 31 Mac 2021. Boleh tengok poster di Facebook Renaissance Johor Bahru Hotel.
Pihak Renaissance Johor Bahru Hotel juga ada buat early bird promotion voucher yang boleh dibeli bermula sekarang sehingga 31 Mac 2021. Boleh tengok poster di Facebook Renaissance Johor Bahru Hotel.
Majlis Iftar Sendiri
Buat pengunjung yang memilih untuk mengadakan majlis iftar sendiri, pihak
Renaissance Johor Bahru Hotel menawarkan 2 pilihan menu yang berbeza
bermula dari RM98 seorang dengan minimum 30 orang.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui telefon atau email:
No. Telefon: +6073813312 / +6073813317
Takeaway Jemput Makan
Buat
mereka yang ingin menikmati iftar dirumah, Renaissance Johor Bahru Hotel juga
menawarkan Jemput Makan takeaway. Pesanan pukal mestilah ditempah 24 jam awal
atau tidak lambat dari jam 12PM pada hari yang sama. Takeaway available dari 3:00PM - 6:00PM. Tempahan boleh call Cafe BLD di +6073813322 atau Whatsapp di +60177713327. Menu penuh boleh dilihat di https://bit.ly/MBCafeBLD
11 Comments
Meriahnya juadah
ReplyDeleteOoo engko ek yang amik udang banyak sampai habis? Hahahahaha...
ReplyDeletePuashati makan sini kan, banyak pilihan dan semuanya sedap-sedap...
Juadah nampak menyelerakan. Sis terjah udang, roti puri dan roti nan dulu. Nak berbuka puasa jauh la pulak JB nun. Warga JB best la tahu dah kat mana nak iftar.
ReplyDeleteMemang sedap menyamu selera utk buffet ramadhan, mcm2 menu ada klu berbuka di hotel mmg puas hati
ReplyDeleteMenarik juga menu dia, nampak banyak yang lain daripada hotel yang offer. Sayangnya kat Johor, kalau boleh rentas negeri boleh try kat sini.
ReplyDeletefuh, tertarik mata pada kambing tu... puas hati dengan harga yang dibayar..
ReplyDeleteAlahaiiii yg udang tu mmg patut jadi rebutan. Kte yg tgk ni pun gerammmm je..gebu nau haha
ReplyDeleteMacam2 hidangan ada di sini. Semuanya nampak sedap dan menarik. Kalau ke Johor, tak sabar nak singgah dan cuba
ReplyDeleteBest la tahun ni dah boleh iftar kat hotel! lama giler tak merasa bufet dah! and menarik tahun ni banyak hotel yang offers takeaway option kan..
ReplyDeleteHarap-harap cawangan kat KL hotel ni pun ada buffet ramadan sedap macam akak blog ni. Menyelerakan betul semua menu tu.
ReplyDeleteAduhai makanan kat Renaissance memang heaven sangat. Tertarik dengan Chicken Roulade tu sebab nampak menarik. Makanan sedap ni bukan dari rasanya jer , cara hidang pun kadang dah boleh menimbulkan selera. Harap tahun ni berpeluang buka puasa kat hotel juga.
ReplyDelete