Sedapnya Makan | Lagenda Warisan Bufet Ramadan di Forest City Golf Hotel, Johor Bahru
Bufet Ramadhan kembali
lagi. Tapi sebelum Nur cerita perihal makanan, Nur nak cerita yang betapa
kagumnya Nur dengan Forest City Golf Hotel. Maaf laa first timer agak jakun
sikit. Jauh juga tau nak sampai ke hotel ni. Seram pun ada juga sebab
jalan mengahala ke situ tersangatlah lengang.
Tapi bila sampai je dekat bahagian reception
dia, masyaAllah. Banyak betul love keluar dari mata Nur. Serius cantik.
Siapalah gerangan yang design ni kan.
Tengok tu dia punya hanging sclupture. Nice sangat kan? |
Sebab tula Nur rasa iftar di Forest City Golf
Hotel adalah pilihan yang sangat tepat terutama mereka yang rindukan masakan
kampung dan ingin menikmati masakan kampung tersebut dengan suasana yang tenang
dan pemandangan yang tersangatlah memukau mata.
"Pada saat Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) telah menjadi bagian dari norma hidup sejak COVID-19 melanda pada tahun 2020. Tentunya banyak yang mulai bosan makan di rumah. Sebahagiannya hanya malas dan yang lain mungkin bimbang akan sesak dan mudah dijangkiti di bazar. Ini adalah berita baik bagi mereka yang mencari masa keluarga tanpa kerumitan di dapur. Kami menyediakan pelbagai makanan warisan sebagai pilihan berbuka puasa anda ”, kata Huzaidy Samson, Chef Eksekutif Forest City Golf Hotel.
Bufet Ramadan Lagenda Warisan
Bertemakan Lagenda Warisan, bufet Ramadan pada tahun ini menghidangkan lebih 200 menu yang menyelerakan. Antara menu yang diserlahkan dalam koleksi Lagenda Warisan ialah Gulai Daging Harimau Menangis. Tengah trending kan daging harimau menangis sekarang ni. Pulak tu dimasak gulai. Confirm ramai pengunjung excited nak cuba.
Masakan kampung lain yang best termasuklah ayam palekko bugis, sotong masak lemak dengan belimbing buloh, ikan sumbat kelapa bakar, udang goreng pedas, aneka kerabu, ulam-ulaman dengan aneka sambal dan banyak lagi.
“Menu warisan legenda kami sebenarnya merupakan manifestasi bagi mereka yang jauh dari kampung halaman dan keluarga semasa musim pandemi. Terdapat 3 set menu secara bergilir. Kami berharap masakan ‘kampung’ ini dapat menyembuhkan kerinduan mereka ke kampung halaman. Harga istimewa yang diberikan kepada barisan hadapan adalah tanda penghargaan kami kepada mereka yang membahayakan diri sepanjang penyebaran Covid-19. Yang harus mereka buat hanyalah menunjukkan ID perkhidmatan mereka” tambah tukang masak itu.
200 menu tu banyak tau. So buat pengunjung yang blur tak tahu nak makan apa dulu, Nur cadangkan korang makan bubur durian nangka sebagai pembuka selera. Sedap tau. Kuih muih tempatan juga ada disediakan.
Ruang makan yang selesa dan cantik susunannya |
Tapi Nur nak ingatkan pengunjung supaya jangan makan banyak-banyak dulu. Selepas jam 8:00PM pihak Forest City Golf Hotel ada sediakan durian fresh. Rugilah kalau lepaskan peluang makan durian fresh kan? Malahan durian goreng pun ada. Berbentuk bulat dan embut sangat. Nur suka.
Selain tu ada juga lempeng, roti jala, burasak, botok-botok, kambing bakar, sup gearbox & sup tulang merah yang dimasak selama 8 jam, dimsum dan pelbagai jenis air termasuklah air kelapa fresh dan teh tarik.
Gambar sup tulang merah ihsan CikSun |
Harga Bufet Ramadan Lagenda Warisan
Selain bufet Ramadan, Forest City Golf Hotel juga mempromosikan pakej penginapan hotel yang bermula dari RM200 semalam untuk sarapan termasuk bilik superior untuk 2 orang. Forest City Golf Hotel terdiri daripada 298 pelbagai bilik yang elegan dan luas termasuklah bilik twin dan king, 3 suite presiden dan suite keluarga. Malah hotel ino juga dilengkapi dengan pakej MICE yang fleksibel untuk memenuhi semua keperluan acara.
Jangan cakap Nur tak payung tau. So buat korang yang nak nikmati percutian yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk bandar, Forest City Golf Hotel lah jawapannya. Kalau datang di bulan Ramadan, boleh la nikmati sekali bufet Ramadan Lagenda Warisan.
Gambar ihsan Kak Eda. Kerut kening mintak Kak Eda pimpinkan tangan haha |
Masa: 6:30pm - 9:30pm
Lokasi: Tee-Off Restaurant, Forest City Golf Hotel
Untuk tempahan, boleh call: 07-535 2288 / 07-535 2290
12 Comments
Ramainya juadah
ReplyDeleteRamai sungguh ni. Yg suka masakan kampung mesti seronok buka puasa dekat sini
DeleteDurian mana durian hahahaha..
ReplyDeleteRugi betul tak raa daging harimau tu kann, sebab ramai yang tak tau huhuhu..
Lawa gambar huklur tangan tu ...
Tak sempat amek gambar durian. Syok sgt makan. Tapi tulaaaa, tak tahu pasal daging harimau menangis tuu. Kalau tak, dah serbu yg itu dulu
Deletecantiknya hotel ni. makanan pun nampak sedap! kalau dekat ni khai memang akan singgah especially nak tengok sculpture tu unik!
ReplyDelete200 menu? Tu dia! Jenuh nak perabih tu kalau sekali datang kan.
ReplyDeleteRawlins terpegun tengok hanging sculpture tu, indah betul
Nampak hotelnya cantik sungguh. Makanan pulak banyak pilihan. Sis pun suka hiasan yang digantung tu sebab nampak unik.
ReplyDeleteCantiknya Forest City ni.. Oh gosh! Mcm dalam movie pulak...next time turun Johor nak visit and staycation kat sini la... 😍 Serious tempat berbuka pun cantik with views!
ReplyDeletenampak unik sebab ianya dihidang dalam kuali macam tu..senang nak amik nak pilih..menariik sgt
ReplyDeleteUlaman dia bestnya semua.. Semua makanan sedap2. Makan kampung.. Hotel pun best.. Dh kenyang boleh tidur hotel.. Hehehe
ReplyDeleteTertarik dengan view hotel nilah. Cantik. Menu buffet ramadhan dia pun nampak sedap2 semuanya
ReplyDeleteLuas betul kawasan Makanan Dia Kan. Takde la rasa sesak Sgt kalau ramai. Kita terliur tgk udang tu besar2 juga... Yumm
ReplyDelete