Resepi Kuih Tako dan 5 Perbezaannya dengan Kuih Tepung Pelita
Kuih Tako. Namanya sering menjadi sebutan orang ramai lagi-lagi bila tibanya bulan mulia Ramadan. Tapi, sebelum Nur melangkah ke resepi kuih tako, Nur nak cerita sikit perbezaan kuih tako dan kuih tepung pelita sebab Nur perasan, orang kita masih lagi belum tahu dua jenis kuih ni ada perbezaan sebenarnya. Cehhh ayat belagak sejak-sejak dah tahu ni.
Ada Beza Ke Kuih Tako dengan Kuih Tepung Pelita?
Ya saya ada beza. Kalau beli dekat bazar Ramadan, secara mata kasarnya tak ada
nampak beza pun kan? Bila dah makan baru ada beza pada rasanya. Tapi buat
mereka yang tak tahu kebenaran, buat tak peduli aje dengan perbezaan rasa
tu. Makan aje laaaaa sambil bermonolog,
"Lain tangan orang yang buat kut".
Haaaa Nur lah tu. Main buat andaian sendiri aje. Padehal salah beli kuih. Dah
28 tahun hidup baru tahu kebenarannya. Kesian. Tapi, better late than never
omputih kata. So lepas ni in shaa Allah tak tersalah beli lagi. Sebab Nur
lebih gemarkan kuih tako berbanding tepung pelita. Jom check apa beza
dorang.
Perbezaan Kuih Tako dengan Kuih Tepung Pelita
#1 Perbezaan pertama, perhatikan bekas (kelongsong) kuih tersebut. Guna daun pandan atau daun
pisang. Kalau kuih tako, dia guna daun pandan, manakala kuih tepung pelita
pula guna daun pisang. Tapi kalau yang jual tu guna bekas clear plastic tu,
korang kena tanyalah dengan tukang jual. Ini tako ke tepung pelita? Kalau nak
tahu cara nak buat bekas atau kelongsong tako, boleh tengok video dekat
Instagram Nur ya : Cara Buat Kelongsong Tako
#2 Kedua, kuih tako menggunakan tepung jagung dalam resepinya, namun kuih tepung
pelita menggunakan tepung beras. Sebab tu, kuih tako ada sedikit pejal
berbanding kuih tepung pelita yang sedikit lembik
texture-nya tu.
#3 Perbezaan ketiga, kuih tako ada 'isi' pada lapisan bawahnya yang berwarna hijau
tetapi tidak tepung pelita. Sama ada sengkuang cina ataupun jagung. Tapi zaman
sekarang susah nak jumpa orang buat kuih tako menggunakan sengkuang cina.
Mungkin faktor susah nak dapatkan, so guna ajelah jagung yang lebih mudah nak
dapatkan.
#4 Seterusnya, selain texture yang sedikit lembik, kuih tepung pelita ada
rasa macam manis leting sikit pada lapisan bawahnya kerana kalau ikut resepi,
gula halus akan ditabur terlebih dahulu sebelum adunan lapisan hijau dituang.
So akan jadi lapisan air gula lah bila adunan warna hijau yang panas dituang ke
dalam bekas. Sebab tu dia manis sikit.
#5 Perbezaan kelima adalah asal usul kuih ni. Katanya kuih tepung pelita berasal
dari Perak manakala kuih tako berasal dari Johor. Haaaa sebab tu Nur lebih
gemar kuih tako. Anak pure Johor lah katakan. Dari kecik dah biasa makan kuih
tako yang isinya sedikit pejal. Bila termakan yang lembik-manis, rasa aneh
sikit la untuk tekak pure Johor ni.
Uishhh cerita pasal perbezaan aje dah panjang ek? Okay next Nur cerita resepi
dia pula ya. Untuk pengetahuan korang, ni adalah first time Nur buat kuih tako
sendiri. Selama ni Nur beli aje dekat bazar.
Resepi yang Nur guna ni okay. Sedap. Suami pun puji sedap. Cuma dia sedikit
manis (untuk tekak Nur) dan dia punya lapisan atas (putih) terasa begitu
premium santan dia. Mungkin atas faktor jenis santan yang Nur guna kut. Sebab
masa buat kuih tako haritu, Nur guna santan AyamBrand. Yang pernah guna santan
AyamBrand tahu lah kut dia punya pekat macam mana.
Resepi Kuih Tako
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung jagung
1 3/4 cawan gula
1/2 tin jagung
4 1/2 cawan air
Pewarna hijau secukupnya
CARA:
- Sediakan bekas. Boleh tengok dekat Instagram Nur ada share cara buat kelongsong tako.
- Dalam periuk, masukkan semua bahan. Kacau terlebih dahulu sampai tak berketul lagi. Baru on api.
- Kacau bahan sampailah berkilat dan berbuih macam dalam video dekat Instagram Nur.
- Terus tuangkan kedalam acuan.
Bahan Lapisan Putih
1 cawan tepung jagung
9 cawan santan
1 1/2 sudu kecil garam
CARA:
- Cara yang sama seperti lapisan hijau. Gaul dulu sampai tak berketul baru on api. Kacau sampai pekat, berkilat & berbuih.
- Tuangkan ke atas lapisan hijau yang sudah keras/pejal.
- Biarkan sejuk sendiri suhu bilik. Kalau suka sejuk lagi, boleh masuk esbok.
Siap dah awaknya. Buat kuih tako ni bahan tak banyak, nak buat pun tak renyah. Nur sangat enjoy masa buat kuih tako tu. Rasa macam tak sangka boleh buat sendiri. Happy dengan pencapaian kecil ni. Korang boleh juga tengok video Nur buat kuih tako dekat Instagram Nur : Nur first time buat kuih tako.
So konklusi lepas dah berjaya byat kuih tako buat kali pertama, Nur rasa (ikut
tekak) Nur, tak sesuai kalau gunakan semua santan kotak sebab santan kotak
pekat dan rasa lapisan atas (putih) tu terlalu premium santan dia.
Kalau yang suka tu, suka lah. Kalau Nur, lebih prefer yang kandungan santan dia
sederhana sahaja. So next time kalau buat lagi, sama ada guna santan kotak tapi
campur dengan air atau buat santan sendiri. 2 kali blend kelapa parut dapat lah cair sikit
santannya. Tapi tak pasti end product dia cantik ke tak. Kena try and error lah
nampak ganyanya.
P/S: Entry ni dah lama taip, masa 15 Ramadan hari tu. Tapi paham-paham lah
kesibukan melanda di bulan Ramadan, harini baru dapat publish dekat blog sendiri.
Apooooo.
19 Comments
leceh juga nak buat bekas dengan daun pandan tu ye. patutlah kuih ni mahal
ReplyDeleteSaya lagi teruk, tak pernah dengar pun kuih tako. Hahaha. Padahal mak orang Johor.
ReplyDeleteSince dah boleh guna cawan je, Rawlins nak paksa adik buat la sebab macam mudah je langkah menyediakannya kan. Thanks share resipi ye
ReplyDeleteantara 2 ni, aida prefer tepung pelita :) and kat melaka ni, tepung pelita paling mudah cari and beli. tako, aida makan beberapa kali je, Nur.
ReplyDeletedok plan nak buat sendiri tepung pelita tu, hmmmmm tak berjaya jugak. PKP da sambung 2 minggu lagi, ntah menjadik ntah tak planning tu ha ha ha ha...
okay, kalau tak baca artikel ni, makanya saya tak dapatlah nk bezakan kuih tako dengan tepung pelita tu. hehe. rupanya ada beza, epas ni kalau beli nak kena check dululah :)
ReplyDeletebaru tau perbezaan dua kuih ni, selalu tengok macam sama je, walaupun tau kuih yang berbeza
ReplyDeleteSebenarnya Marsha baru tahu beza kuih tako dengan tepung pelita. Memang tahu ada beza cuma xtau sangat bezanya dimana.
ReplyDeleteYummy! My favorite juga ni! This year kurang sikit makan ni especially time Ramadan.. tak keluar rumah g bazaar langsung... boleh la try buat sendiri kat rumah to satisfy my craves nanti..
ReplyDeleteSelalu time ramadhan famous kuih ni tapi sekarang susah nak dapat dah. Favourite ni. Lagi2 yg ada sengkuang cina kat dalam dia
ReplyDeleteDua-dua pun suka, tapi lebih suka Tepung Pelita, haritu buat sebekas beso, puashati makan sendiri hahahaha
ReplyDeleteSaya pernah makan kuih tako. Mati-mati saya ingatkan tu kuih tepung pelita tapi rupa-rupanya tak sebab saya tergigit sengkuang. Rasanya macam bawang sikit.
ReplyDeleteAhahaha seriuslah ada kuih tako. Ingat takoyaki je tau. Nanti nak try buat. Tepung pelita masa bulan Ramadan ramai jual. Sekarang tak mandang pun org jual. Hilang. Gone. Ghost. Hahahah. So kita buat kuih tako dalam cawan. Daun pandan kat KL ni semua hodoh je saya tengok. Tak cantik macam daun akak.
ReplyDeleteI love to makan Kuih Tepung Pelita since I was a child. You are so good can make it yourselves. Biasa I buy saja haha
ReplyDeleteSaya tak pandai makan kuih2 lembik2 ni.. Tgk org makan sedap ja
ReplyDeleteWowww..percubaan yang baik ni. Bukan senang nak buat kuih yang ada kelonsong tau. Sangat menguji kesabaran. Dan akhirnya berjaya menemui kemanisan. Tahniah wakkkk
ReplyDeleteWah thanks for sharing this recipe and also the differences between kuih tepung pelita vs kuih tako.
ReplyDeleteUish rajinnya Nur buat kuih ni. Saya tengok bekas dia tu je dah mai penyakit M hehe. Tapi baru skrg tau beza rupanya kuih tako ni ngn tepung pelita ya, selama ni tau makan ja. Thx for sharing!
ReplyDeleteDah baca ni baru pasti pasal perbezaan , sebab kalau akak yang nampak semua panggil tepung pelita sampailah kadang2 dapat yang ada sengkuang then baru tahu itu tako. Tapi kadang2 kita cakap itu tako orang tak percaya katanya namapanggilan beza tapi benda yang sama. Lepas ni sapa ajak gaduh pasal tepung pelita ke tako akak bagi posting ni biar dia baca sendiri.
ReplyDeletefavorite busyra niii. sedapnya.
ReplyDelete