Sedap Sangat So Kita Tapaw Pula Set Asian Premium Food dari Renaissance Johor Bharu Hotel
Hai assalamualaikum semua. Moga sihat dan ceria hendaknya.
Lupa ek nak cerita dekat blog satu lagi set menu yang Nur makan sebelum balik ke Kluang tempoh hari. Ya Allah, ceritanya dah lama tapi masih segar diingatan tau. Mahu tak ingat, benda sedap kut. Walaupun dah lama, pulak tu sibukkan hal ini dan hal itu, tidakku lupa ya akan kesedapan dan keenakan set Asian Premium Food dari Renaissance Johor Bahru Hotel ni.
Haritu Nur dah cerita set lain iaitu Asian Street Food, harini nak cerita pasal Asian Premium Food pulak. Jangan keliru ya.
Apa
yang Ada dalam Asian Premium Food?
Apa
yang premium sangat dekat set ni? Haaa tengok gambar dekat atas ni. Premium tak
premium set ni. Dalam set Asian Premium Food ni ada 12 jenis makanan
yang berbeza tau. Walaupun set ni untuk 2 orang makan, tapi dia punya portion
masyaAllah banyak betul. 4 orang makan pun boleh tau.
Cuba teka Nur makan apa dulu?
Dari
awal Nur tengok list menu Asian Premium Food ni, Nur dah aim Chicken Char Siew
Quesadilla. Macam menarik je ayam masak chinese style pastu dibungkus jadi
Quesadilla. Tengok tu gambar dekat bawah ni, terliur tak? Terpaling sedap
sampai nak ngap aje semua. Tapi kena control sebab banyak lagi makanan lain.
Karang tak sempat merasa semua dah kenyang.
Lepastu
Nur ngap pulak nasi goreng seafood (Fragrant Pineapple Seafood Fried Rice).
Tertarik betul tengok warna dia. Haha Nur orangnya memang suka makanan
yang berwarna warni. Pulak tu ada nanas dalam nasi goreng ni. Sedap rasa dia.
Kunyah-kunyah nasi goreng seafood lepastu macam ada letupan rasa yang manis
manis. Buatkan nasi goreng ni tak muak makan banyak-banyak. Anak sulung Nur si
Mardhiyah pun suka. Sebab ada udang. Dia hantu udang.
Sambil
tu makan sekali brokoli dan sayur-sayuran lain yang ada dalam
Sautéed Suasage ni. Nur ni dah lama tau tak makan sausage. Saje control
tekak. Tapi bila ada dalam set Asian Premium Food ni. Hehe amek peluang lah apa
lagi.
Bila
tekak rasa macam dah kering, Nur pilih makan sup ayam pulak. Aaaaaa sedapnya
Siamese Coconut Milk Chicken Mushroom Soup ni. Nur tak sure chef Cafe BLD
Renaissance Johor Bahru Hotel ni guna cendawan apa tapi cendawan dia besar.
Pastu rasanya dia guna ayam boneless leg kut. Terasa begitu nikmat kunyah
ayam bahagian favourite kit yang takde tulang. Nyummm!
Pastu
Nur try lah rasa seafood salad dia. Ermmm sebenarnya Spicy Ocean Seafood Salad
with Pomelo and Pomegranate sedap tapi sebab Nur orangnya tak pandai makan
bawang mentah, so Nur makan 2 sudu je. Hihi.
Nak
cover balik bau bawang mentah dalam mulut, Nur makan lala pulak. Tak menahan
tengok adik-adik Nur kata lala tu sedap. Turn Nur pulak menikmati Nyonya Chili
Clam ni. Sedap gila. Sampai terpaksa saving makan lala ni. Sebab sedap sangat.
So kena makan slow and steady sebab dah tinggal sikit untuk Nur. Aaaaaa nyesal
tak makan dari awal. Adik Nur yang tak makan pedas pun makan Nonya Chili Clam
ni tau. Nampak tak sedap dia macam mana?
Sebelum
sambung ke seafood yang lain, Nur makan haiwan darat dulu laa. Ada Crispy Ayam
Penyet, Spicy Peppery Beef dan Smoked Barbecue Lamb Ribs. Tapi Nur tak berapa gemar
makan lamb so Nur bagi adik Nur yang makan. Macam yang Nur cakap dekat entry
sebelum ni, ayam dia sangat lembut. Masa kitorang tengah rancak makan, anak
kedua Nur si Raihah tu sibuk nak join sekaki. Nur bagi dia makan ayam je. Ayam
dia lembut so tak risau nak bagi anak makan. Maklumlerrr budak baru ada 6
batang gigi.
Pastu
baru Nur makan Butter Curry Prawn. Udang dia besar tau. Puas makan. Yang ni
adik Nur dah cop sebab dia tak makan pedas, pulak tu rasa dia sedap amat.
Kemain budak ni sampai merengek cakap nak lagi sebab sedap. Selamat tak berebut
dengan anak Nur si Mardhiyah yang suka udang tu.
Last sekali baru Nur makan Rojak Pasembor with Spicy Potatoes Gravy dengan Chilled Mango Soup with Pearl Sago and Pomelo. Feeling-feeling makan pasembor dekat Penang sana. Rindunya aihhhh nak jalan-jalan. Kes Covid-19 masih berbelas ribu lagi ni oiiii. Bila boleh rentas daerah ni. Nak repeat makan menu set Renaissance Johor Bahru Hotel lagi.
Eh Nur lupa la nak cerita yang sebenarnya set Asian Premium Food ni adalah satu daripada 4 jenis set menu yang ada dalam Asian Temptation Set Menu. Nur senaraikan dekat bawah ni ya:
- Asian Street Food : RM68 untuk 2 orang
- Asian Barbeque : RM68 untuk 2 orang
- Asian Premium Food : RM98 untuk 2 orang
- Asian Hawker Food : RM98 untuk 2 orang
Ni poster Asian Premium Food. Kalau nak tengok poster yang lain boleh tengok dekat Facebook Renaissance JB Hotel okay |
Untuk
musim PKP yang tidak berkesudahan ni, tempahan boleh dibuat sama ada korang nak
takeaway atau delivery ke rumah korang. Oh ya, nak order dekat Grab pun boleh.
Delivery dibuat setiap hari dari 11:00AM sehingga 8:00PM.
Buat yang nak buat tempahan dan juga nak tengok full menu untuk setiap set Asian Temptation boleh refer link dekat bawah ni ya:
WhatsApp : https://wa.me/60177713327
Order Online : bit.ly/CafeBLDTakeaway
View Menu : bit.ly/RenJBTakeaway
So
far promo Asian Temptation Set Menu akan berlangsung sampai bulan Disember
nanti. Tapi kalau ada apa-apa perubahan Nur akan update ya. Maklumlah musim PKP
dan SOP yang bertukar-tukar ni, planning untuk setiap hotel nak survive pun
bertukar so kalau info bertukar nanti jangan marah ya.
Selamat bergantung kuali & periuk ya korang :)
1 Comments
Lupe ekk hahahaha nasib baik ingat... hahahaha
ReplyDeleteBerbaloi makan kalau banyak macam ni, rege pun tak la mahal sangat kan.. nanti ingat nak order juga lagi..