Sedapnya Makan | Asian Street Food dari Renaissance JB Hotel di Rumah
Haritu Nur, sekarang tiba giliran abe sayang Nur pulak terima suntikan vaksin AstraZeneca di Persada International Convention Centre pada 19 Julai 2021 hari tu. In shaa Allah, moga usaha ini dapat melindungi anak-anak kami yang masih kecil dan belum sesuai untuk menerima vaksin bagi wabak penyakit Covid-19 ini.
Macam
biasalah, kami akan balik ke rumah mak ayah Nur di Masai, kemudian tumpangkan
anak-anak kejap manakala Nur jadi driver suami ke Persada. Sebelum kami ke
Masai, Nur ada order makanan untuk suami. Maklumlerrr lepas cucuk vaksin kan
perut jadi lapar teruk.
So kita bagi layanan special untuk perut suami Nur yang comel tu. Kebetulan sebelum ke Masai ada nampak post dari hotel Renaissance Johor Bahru lalu dekat wall Facebook Nur. Sungguh laa terliur tengok poster dia. Nur pun pilih set Asian Street Food sebab dekat set tu ada rojak buah. Itu favourite suami Nur so mesti dia suka.
So Nur plan on the way balik ke rumah mak ayah dari Persada, nak takeaway makanan hotel 5 bintang yang Nur order tu. Iya takeaway. Masih PKP kan. Tak dapat laa nak makan dekat hotel so kita bawa makanan hotel yang sedap belaka tu dekat rumah. Haha musim Covid-19 kan, semua benda bawak balik rumah.
Apa yang Ada dalam Set Asian Street Food Ni?
Okay basically dalam set Asian Street Food ni ada 12 menu. Banyak kan? Dan pihak Renaissance JB Hotel sediakan set ni untuk 2 orang dengan harga RM68. Tapi seriously tak macam untuk 2 orang punya. Portion dia banyak macam 3 - 4 orang boleh makan. Memang kami makan lebih dari 2 orang pun. Tapi terlebih dari cukup. Sampaikan kitorang ulang makan malamnya pulak.
Menariknya dalam set ni cukup merangkumi keperluan makanan yang kita mahukan, bermula dengan pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut.
So macam biasalah kami laki bini akan makan buah dulu sebagai pembuka selera kami. Dalam set Asian Street Food ni kan ada rojak buah (Nyonya Rojak Buah) dan yang bestnya kuah petis dia tu ya Allah sedap betul. Pedas dia bikin ketagih nak makan lagi dan lagi. Pulak tu kami laki bini suka makan pedas, haaaa memang ngam lah dengan selera kami. Ayah Nur yang boleh makan pedas pun hujung-hujung tu baru dia tegur rasa pedas tu. Lidah orang tua ni lambat sikit kut respon. Haha.
Lepas
tu Nur tak ingat dah suami cekau apa dulu. Tapi Nur terus sambar sup daging
(Malay Style Spicy & Sour Clear Beef Soup) dia. Uiiii lembut betul daging
dia. Dalam sup tu ada carrot dan kentang. Sedap makan dengan cakoi (Fried
Chinese Bread Stick) tapi malangnya takde dalam gambar. Hehe.
Lepastu sambung makan daging (Spicy Peppery Beef), cicah dengan sos black pepper yang menyengat rasa black pepper dia tu. Daging dia lembut, memang nikmat betul makan daging dalam set Asian Street Food ni. Nur tak makan lamb (Mongolian Lamb Cutlets) so Nur bagi suami dan adik Nur yang makan.
Awas
ya, sekuat-kuat makan Nur ni, ada juga yang Nur tak makan tau. Bukan tolak batu
kayu je!
Sambil-sambil
makan daging, selit sekali makan Orange Cheddar Cheese Macaroni. Yang ni adik
Nur pun suka. Budak-budak kan memang suka makan cheese. Rasa kuat sos
black pepper tu melengkapi rasa macaroni tu. Nikmat betul. Habis daging, makan
masakan India pulak; Chicken Tikka.
Ayam dia lembut dan juicy. Nur rasa chef Renaissance Johor Bahru Hotel kukus dulu kut ayam tu. Sebab dia punya lembut lain macam. Anak Nur yang umur setahun pun suka sebab lembut betul ayam dia. Haha dapat lah ibu dia makan dengan tenang tanpa rasa takut anak tercekik ke apa ke sebab isi Chicken Tikka tu lembut betul.
Puas makan ayam terus sambar udang sambal (Sambal Prawn). Masakan Melayu yang satu ni memang jadi kegemaran semua orang. Udang dia fresh, sambalnya pun sedap, cukup manis cukup pedas dan yang menariknya ada potongan kacang panjang dalam Sambal Prawn ni. Eiiii boleh masak macam ni next time. Letak kacang panjang sekali. Thanks chef Renaissance Johor Bahru Hotel bagi idea.
Puas
makan Nur cuci mulut dengan Pengat Pisang with Pearl Sago. Suka betul lah
dengan pengat pisang dia. Sedap sangat balance rasa manis pisang dengan manis
kuah pengat tu. Tak over manis. Ngam-ngam je manis dia. Memang kena betul
dengan selera Nur. Mak Nur pun suka. Siap cop lagi pengat pisang ni tau.
See,
1 family Nur suka makan set Asian Street Food ni. Alhamdulillah. Terasa
macam tengah jalan-jalan sambil makan keliling Asia bersama keluarga tercinta gitu.
Oh by the way, selain set Asian Street Food, ada lagi 3 promo set yang Renaissance Johor Bahru Hotel sediakan untuk promo Asian Temptation Set Menu ni. Nur listkan semua set yang ada dekat bawah ni ya:
- Asian Street Food - RM68 untuk 2 orang
- Asian Barbeque - RM68 untuk 2 orang
- Asian Hawker Food - RM98 untuk 2 orang
- Asian Premium Food - RM98 untuk 2 orang
Untuk
musim PKP yang tidak berkesudahan ni, tempahan boleh dibuat sama ada korang nak
takeaway atau delivery ke rumah korang. Oh ya, nak order dekat Grab pun boleh.
Delivery dibuat setiap hari dari 11:00AM sehingga 8:00PM.
Buat yang nak buat tempahan dan juga nak tengok full menu untuk setiap set Asian Temptation boleh refer link dekat bawah ni ya:
WhatsApp : https://wa.me/60177713327
Order Online : bit.ly/CafeBLDTakeaway
View Menu : bit.ly/RenJBTakeaway
So far promo Asian Temptation Set Menu akan berlangsung sampai bulan Disember nanti. Tapi kalau ada apa-apa perubahan Nur akan update ya. Maklumlah musim PKP dan SOP yang bertukar-tukar ni, planning untuk setiap hotel nak survive pun bertukar so kalau info bertukar nanti jangan marah ya.
By the way, maaf Nur tak ambil gambar setiap satu menu yang ada dalam Asian Street Food ni. Tak sempat. Anak dah melalak nak makan :')
1 Comments
Semua nampak sedap-sedap... set yang ni belum cuba lagi... nanti nak cuba jugalah ...
ReplyDelete