"Ahhhh ibuuuuuuu sakitnyaaaaaa!!!!"

 

Masih terngiang di telinga jeritan Mardhiyah (anak sulung) lewat petang 10 Ogos 2021. Terus Nur berlari ke arah Mardhiyah untuk dapatkan dia. 

 

Terkejut tidak kepalang bila Nur tengok Mardhiyah dah ada dalam longkang yang dalamnya lebih kurang 1 meter. Mardhiyah menangis sekuat hati masa tu. Nur terus angkat dia keluar dari longkang. 

 

Ya Allah mulut Mardhiyah penuh darah. Terus bawa Mardhiyah ke pili air dengan niat nak bersihkan mulutnya yang penuh dengan darah tu. Tapi Nur takut-takut nak gunakan tangan sebab nampak lukanya agak besar. 

 


Dalam kekalutan Nur cuba untuk bertenang dan berlari ke dalam rumah untuk ambil tuala kecil. Suami juga masuk ke dalam rumah untuk ambil tisu. Kami sama-sama kalut tapi sama-sama cuba untuk bertenang. 

 

Nur cuba untuk lap darah Mardhiyah menggunakan tuala yang dibasahkan. Allahuakbar banyaknya darah. Penuh tangan Nur dengan darah Mardhiyah. 

 

Kemudian suami bawa masuk Mardhiyah ke dalam rumah untuk periksa luka dibibir bawah Mardhiyah. Nur ajak suami untuk terus ke hospital. Nur yakin luka tu agak besar dan kami tiada kepakaran untuk memberi rawatan kecemasan. 

 

Baca juga: Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan


Terus suami start kereta dan bersiap untuk ke hospital. Waktu pandemik ni, lewat petang nak ke Maghrib tak banyak klinik yang buka. Rumah pun dekat dengan Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) so kami decide untuk terus ke sana. Kepala otak tak boleh pikir tempat lain dah. Mana yang dekat kami pergi dulu. 

 

Walaupun dah 2 jam di hospital, darah masih banyak keluar

Raihah ditinggalkan bersama 2 orang adik ipar Nur di rumah. Selepas suami hantar Nur dan Mardhiyah di bahagian kecemasan hospital, Nur pesan pada suami untuk terus ke rumah untuk temankan Raihah. Kesian dia kena tinggal. Lagipun dah Maghrib. Tunaikan tanggungjawab dulu. 

 

Sementara menunggu turn untuk dapatkan rawatan, Nur cuba sedaya upaya untuk tenangkan Mardhiyah yang tak henti-henti menangis. Luluh hati seorang ibu tengok anak menangis kesakitan. Luka di bibir Mardhiyah boleh tahan besar. Luar bibir luka. Dalam bibir pun luka. 

 

Nur pun dah kehabisan tisu sebab Mardhiyah taknak tutup mulut. Air liur meleleh sentiasa. Dengan darah yang belum berhenti, tisu yang Nur bawa tu pun dah penuh dengan darah dan air liur Mardhiyah. 

 

Nur call suami untuk bawakan tisu 1 gulung. Tak lama kemudian suami datang bawakan tisu dan plastik 7 Eleven berisi air mineral, roti, pensil warna dan mainan untuk Mardhiyah. Terima kasih suami tak lupa pensil warna dan mainan untuk hiburkan Mardhiyah. Tengok gambar kat bawah ni. Mardhiyah nampak sedikit tenang bersama mainannya. 

 

Dekat dahi tu bukan lebam tapi pancaran lampu dari mainan yang abah Mardhiyah belikan

Tapi ketenangan itu musnah bila tiba masa Mardhiyah berjumpa dengan doktor. Langsung taknak bagi kerjasama bila doktor datang dekat nak tengok luka di bibir. Nak taknak doktor request untuk Mardhiyah dibaringkan. Pun sama tak bagi kerjasama so Nur terpaksa pegang tangan Mardhiyah dengan kuat. Mula lah adegan meraung sampaikan berdas-das doktor ditendang Mardhiyah. Kuat sungguh anak ibu sorang ni. 

 

Hasil pemeriksaan doktor, katanya luka Mardhiyah boleh dirawat dengan kaedah gam sahaja sebab lukanya tak berapa besar. Kami pun proceed ke bilik rawatan untuk melakukan procedure gam luka Mardhiyah di dalam dan luar bibir tu. 

 

Adegan meraung dan meronta kembali lagi. Kalini lebih dahsyat sampai 2 kali doktor gam luka Mardhiyah tapi tak berjaya. Katanya luka Mardhiyah sebenarnya besar dan dalam. Tak boleh bercantum bila digam. Kena jahit! Kena refer pakar dari bahagian pergigian pulak. 

 

Ahhhh sudah! Dah la macam hape Mardhiyah meraung sampai dia marah dan merajuk dengan Nur. Inikan pula nak kena jahit. Sedaya upaya Nur cuba untuk bertenang walau hati dah bergelora tak keruan risaukan anak yang belum lengkap dapatkan rawatan. 

 

"Taknak ibu! Kakak taknak ibu!!!!"

 

Macam tula ayat Mardhiyah. Pedih hati bila anak yang rapat dan manja dengan kita cakap macam tu. Tapi demi mendapatkan rawatan yang sebaiknya, ibu tadah jela telinga dengar sang anak berkata begitu. 

 

Mengantuknya lain. Penat mainnya lain. Penat menahan sakitnya lain

So sementara tunggu dentist datang, Nur duduk dulu di suatu sudut. Mardhiyah pun lama-lama jadi ngantuk dan tertidur. Nur tatap aje muka dia. Sedih betul. Masa ni Nur dah naik sebak dah. Sikit-sikit air mata cuba untuk keluar tapi sebolehnya Nur cuba untuk tahan. Taknak nangis. Nur mesti kuat demi anak! 

 

Nur bacakan yasin untuk Mardhiyah. Nur tak tahu nak buat apa. Nur rasa, inilah langkah yang terbaik untuk Nur peroleh ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi situasi yang sangat mencabar ni. 

 

Belum habis lagi bacaan yasin, 2 orang dentist datang menghampiri kami. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Dia tengok luka Mardhiyah dia kata luka ni memang tak boleh gam sebab besar dan dalam so choice yang ada jahit sahaja. Nur tak tahu kenapa bila doktor cakap macam tu terus Nur nangis. Hilang dah segala tembok yang Nur cuba bina untuk tahan air mata ni keluar. 

 

Doktor tu pun dia usap bahu Nur. Dia cakap, 

 

"Takde apa-apa puan, sikit je". 

 

Nur kembali tenang bila doktor cakap macam tu. Then kami terus ke bilik bedah mulut untuk procedure jahit bibir Mardhiyah. Nur baring dulu di kerusi pemeriksaa gigi (Nur tak tahu apa nama kerusi tu), pastu Mardhiyah baring atas Nur. Masa ni walaupun Mardhiyah dah meronta dan menangis, Nur tetap grip tangan dan kaki dia sekuat-kuatnya. Lagi sorang doktor tolong pegangkan kepala Mardhiyah. 

 

Mula-mula doktor bersihkan luka, kemudian inject bius dan seterusnya jahit. Walaupun dah bius, Nur ingat laa Mardhiyah ada jerit "sakit". Perasaan Nur sebagai ibu masa tu dah bercampur baur. Koyak. Yela Nur yang hadap dari awal pendaftaran, dapatkan rawatan awal, gam bibir yang tak jadi dan last sekali jahit. Siapa yang tak koyak hati dan perasaannya kan? 

 

Alhamdulillah Mardhiyah selamat menerima 2 jahitan dalam bibir dan 1 jahitan luar bibir 


Kemudian kami balik ke rumah. Nur cakap dengam suami Nur nak mandi nak solat. Lama sangat Nur dalam bilik air. Nur nangis semahunya. Masih terngiang nangis dan ronta Mardhiyah. Marah Mardhiyah dekat Nur sebab grip badan dia kuat-kuat. Terbayang darah yang banyak. Terbayang muka Mardhiyah yang hilang cerianya. Ya Allah ujian apakah ini. 

 

Suami pula tolong bersihkan badan Mardhiyah. Tukarkan baju tidur apa semua. Mardhiyah terus tertidur lepas disiapkan. Nur pun pergi solat. Menangis-nangis masa Nur solat. Lemah betul emosi masa tu. 

 

Usai solat, terus dapatkan Mardhiyah. Dia celik mata. Katanya "nak adik". Gigih dalam kesakitan dan mengantuk dia datang dekat adik dia, semata nak usap tangan adiknya, Raihah. Tak tahu lah sebab rindu atau mencari kekuatan dari adik dia. Nur sebak tengok. Nangis lagi. 

 




Bila Mardhiyah dah nyenyak tidur, Nur bersihkan luka Mardhiyah. Ada lagi sikit darah yang tak bersih. Selembut-lembutnya Nur buat. Takut Mardhiyah terbangun. Alhamdulillah dapat bersihkan. 

 

So malam tu, Nur tidur di tengah katil. Kanan Nur Raihah, kiri Nur Mardhiyah. Suami ambil kerusi dan cuba untuk tidur di sebelah Mardhiyah. Katanya nak jaga Mardhiyah malam ni. Tapi Nur suruh dia tidur di tilam bawah. Tak payah lah susah-susah tidur macam tu nanti sakit tengkuk pulak. Esok hari dah la nak kerja. Biar Nur yang jaga Mardhiyah malam tu. 

 

Mardhiyah tidur memang tak nyenyak. Kejap-kejap nangis. Nur pun ikut sama tidur-tidur ayam untuk tenangkan Mardhiyah. 

 

Esok pagi lepas subuh Nur terus buatkan Mardhiyah bubur, dengan harapan Mardhiyah nak makan. Dia dari semalam tak telan apa-apa lepas jatuh. Minum pun taknak. 9:00AM nak ke hospital Mardhiyah ada check up mulut. 

 

Tapi Mardhiyah taknak makan pun. Dah sampai hospital Mardhiyah nak minum air, tapi sangat sikit. Mulut masih ternganga. Air liur meleleh. Sikit-sikit Nur ajar Mardhiyah untuk berani telan air liur. Bayangkan bibir luka, Mardhiyah masih takut nak tutup bibir, so dengan bibir terbuka tu nak kena telan air liur. Kan sedikit susah tu. Tapi Mardhiyah kena cuba jugak. 

 

Doktor buatkan Mardhiyah belon smiley guna sarung tangan. Sweet sangat :)

Masa check up doktor kata luka & jahitan okay, takde nanah so kena kerap sapu ubat dan makan ubat. Doktor bekalkan paracetamol dan antibiotics dan gel untuk disapu pada luka bahagian dalam bibir. 

 

Ujian untuk Mardhiyah dapatkan rawatan dah lepas, lepastu ujian nak bagi Mardhiyah makan pula datang. Mardhiyah taknak makan dan minum langsung. Bubur yang Nur masak tu, Nur siap blend lagi tapi 2 sudu je dia nak. Itu pun adegan pujuk-paksa dah berlaku. Iyalah mahu Nur tak risau, Mardhiyah ni pesen pemakan. Pastu tiba-tiba taknak makan, tak ke nanti meragam perut tu? Cukuplah sakit luka di bibir, taknak tambah sakit lagi. 

 

So hari kedua berlalu macam tu je. Adegan pujuk-paksa makan minum, makan ubatnya satu hal jugak. Belikan mushroom soup pun sikit je dia nak telan. Tapi alhamdulillah malam kedua Mardhiyah dah boleh tidur sedikit nyenyak. So Nur pun dapat tidur dengan nyenyak juga walaupun 3:00AM Mardhiyah kejut sebab dia muntah. 

 

Allah. Ujian lain pulak. Dalam mengantuk tu Nur bersihkan cadar, bersihkan Mardhiyah dan baju dia yang kotor dengan muntah. Siap semua Mardhiyah cakap dia nak makan mushroom soup. Bila buka peti ais nampak kek, Mardhiyah kata dia nak makan kek. Allahuakbar. Kesian anak ibu yang pemakan ni mesti dia lapar sangat kan. 

 

4:00AM teman Mardhiyah makan. Gambar sebelum muntah. Mardhiyah kalau tak sihat memang muka dia automatik cempung

Mardhiyah insist nak suap sendiri. Bagi sudu kecil taknak, dia nak sudu yang biasa kita guna tu. Mardhiyah cuba suap sendiri makan kek. Mardhiyah cuba untuk berani kunyah makanan. Ya Allah menitis air mata tengok Mardhiyah nak makan. Banyak dia makan. Mushroom soup pun dia makan. Tak berhenti Nur doa moga tak dikeluarkan balik makanan tu. 

 

Tapi hampa, Mardhiyah muntah masa tengah makan. Lepas Nur bersihkan muntah, Mardhiyah sambung makan lagi. Ya Allah kesiannya mesti lapar sangat. Dah muntah pun nak makan lagi. Tukar baju buat kali kedua, Mardhiyah kata nak tidur. Ok lah dia pergi tidur. Tapi Nur syukur sangat Mardhiyah dah berani nak makan. Terima kasih Allah. 

 

Pagi tu Nur call hospital bahagian Klinik Bedah Mulut nak tanya kenapa Mardhiyah muntah. Sebab perut masuk abgin atau sebab Mardhiyah allergy antibiotics sebab Mardhiyah memang ada history allergy antibiotics siap dapat kad lagi dari hospital. So doktor suruh stop dulu makan antibiotics. Yela kuta risau anak dah selera nak makan, tapi muntah-muntah. Alhamdulillah lepas stop antibiotics Mardhiyah tak muntah lagi dah. 

 


Paling amazed Mardhiyah berani nak minum air guna cawan. iCry :'(


Bertambah selera dia makan. Macam orang qada' makan tau. Yelaaa budaknya memang pemakan. 2 hari tak makan sangat, tudia hari ketiga dia betul-betul qada' makan. Menangis kesyukuran Nur tengok Mardhiyah dah selera nak makan. Tak lama lepas tu dia qada' bercakap pulak. Banyak yang dia cerita. Sampaikan macam mana dia jatuh pun dia cerita. Hari ketiga Nur baru tahu cerita yang sebenar. 

 

Sebab masa kejadian Nur takde dengan Mardhiyah. Nur tinggalkan Mardhiyah dekat luar kejap sebab Raihah nak kacau suami Nur buat kerja. Berani tinggalkan dia sebab ada makcik Mardhiyah (adik ipar Nur) dekat situ. Tapi nak buat macam mana kan, benda nak jadi. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Nur pun dah cakap dengan adik ipar tak perlu rasa bersalah sebab benda ni accident. Kita tak boleh jangka apa nak jadi cuma pengajaran yang perlu diambil adalah kita perlu lebih peka  dan berhati-hati lepas ni. 

 

Alkisahnya Mardhiyah cuba untuk langkah longkang tu. Boleh pulak datang berani budak ni. Sebelum ni kalau main dekat luar, memang Mardhiyah tak pergi dekat longkang tu sebab Nur memang pesan dekat dia longkang tu besar Mardhiyah belum sesuai nak langkah walaupun sebenarnya dah boleh. Tapi benda nak jadi kan. Hmmmm terimalah dengan hati yang redha. 

 

Alhamdulillah sekarang Mardhiyah dah okay. Bertambah baik, bertambah sihat. Cumanya jahitan di luar bibir tu belum lerai lagi. Yang dalam bibir dah lerai. Lukanya pun dah bercantum cantik. Semalam Mardhiyah tertarik benang jahitan luar bibir tu. Habis dah berdarah balik. Risau Nur tengok. Tapi doktor kata kasi pantau dulu. Bersihkan aje tempat berdarah tu. Kalau tak bernanah, tunggu je benang tu lerai sendiri. Tapi Nur tak tahan dah tengok benang tu lama-lama. Masa Mardhiyah nyenyak tidur, Nur potong sikit benangnya, lepastu tarik sikit dah tercabut. Hehe don't worry luka Mardhiyah dah bercantum, sebab tu Nur berani cabut benangnya. Lagipun Mardhiyah dah start 'gatal tangan' so sebelum dia cuba-cuba nak tarik lagi benang tu, baik Nur buang dulu benangnya.





Haritu lepas check up seminggu selepas kejadian, doktor tengok luka Mardhiyah tiada masalah. Alhamdulillah happy sangat. So lepas balik dari check up, kami celebrate kecil-kecilan berdua di satu kawasan dekat dengan perumahan. Kawasan ni kawasan terbiar, tapi cantiknya semulajadi. Jemput tengok videonya dekat atas tuu. 


Seronok dapat berdua-duaan dengan Mardhiyah. Lama tak dating berdua dengan Mardhiyah sejak dah ada adik merangkap sejak munculnya wabak Covid-19 ni. Haha maklumlah, adik Mardhiyah ni #babyPKP. 

 

Buat Mardhiyah, 

Ibu doakan Mardhiyah baik sepenuhnya ya. Bibir Mardhiyah mungkin tak sesempurna sebelum ni, tapi jangan risau sayang. Anak ibu tetap cantik di mata ibu. Jangan jatuh berdarah luka berjahit macam ni lagi please. Ibu tak sanggup nak tengok. Luluh hati ibu. Nanti dah besar baca ya :) 

2 Comments

  1. Yang tengok pun rasa nyilau nau lah hai, inikan budak.Alhamdulillah, dia semakin sihat

    ReplyDelete