Jom Bantu Komuniti Memerlukan dengan Support Kempen #kulim88
Sedar tak sedar dah setahun lebih kita semua 'dikurung'. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang terjejas, baik dari faktor kesihatan mahupun kewangan. Selain bantuan yang diberikan kerajaan, pelbagai pihak tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi tampil menghulurkan bantuan buat mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Tidak ketinggalan, Kulim (M) Berhad turut sama menghulurkan bantuan meringankan beban buat mereka yang memerlukan. Sempena ulangtahun Kulim (M) Berhad yang ke 88, mereka ingin mencipta kenangan yang berbeza dari sebelum ini dengan menganjurkan satu kempen yang dinamakan #kulim88.
Bila
ada hashtag, mesti melibatkan media sosial kan? Iya betul tekaan korang.
Menariknya kempen #kulim88 ini adalah ianya menggunakan
satu pendekatan yang sangat dekat dihati kita semua. Maklumlah zaman
sekarang ni majoriti masyarakat kita ada akaun media sosial, so why not Kulim (M) Berhad gunakan medium ni kan?
So Macam Mana Kempen #kulim88 Ni Berjalan?
Mudah
je. Dengan hanya 1 hantaran gambar ataupun video yang positif ke media
sosial kita, pihak Kulim Berhad akan menyalurkan sumbangkan sebanyak RM1
kepada MyFundAction. Senang katanya disini, sambil kita bersosial di alam
maya, dapatlah kita menambah amal dan membantu mereka yang memerlukan.
So
apa yang korang perlu buat adalah:
- Follow Instagram/Facebook @kulimberhad
- Gunakan kreativiti dan juga semangat yang positif dengan membuat hantaran gambar ataupun video ke media sosail korang.
- Jangan lupa tag @kulimberhad bersama hashtag #kulim88. Dan jangan lupa juga account media sosial tu korang set kepada 'public'.
Nur
tunjukkan contoh ya. Kut masih ada lagi yang 'blur katak' hantaran macam mana
yang boleh kita post. Tengok kat bawah ni Nur post video Nur proses buah nanas
dari pokok sampailah selamat masuk ke dalam mulut anak-anak Nur. Kan positif
video tu. Nampak lah yang Nur cuba untuk galakkan orang lain untuk makan
buah-buahan tempatan. So korang nak post gambar atau video tengah bagi kucing
makan pun boleh. Apa-apa je as long as you promote positivity.
Hadiah Utama Bernilai RM888 dan Hadiah Mingguan Bernilai RM88
Wow
ada hadiah. Menarik kan? Setiap minggu Kulim Berhad akan pilih 10 orang
peserta dengan jumlah likes dan comment yang paling tertinggi untuk
menerima hadiah bernilai RM88. Pemenang utama pula akan menerima wang tunai
sebanyak RM888 yang akan diumumkan pada 25 Ogos 2021 ini.
Siapa Kulim (M) Berhad?
Kulim
(M) Berhad adalah sebuah syarikat yang diasaskan pada tahun 1933 dan ia
berpangkalan di Ulu Tiram, Johor. Kulim (M) Berhad merupakan antara satu
syarikat peneraju utama penanaman sawit di Malaysia.
Kulim
(M) Berhad juga diakui sebagai pengeluar minyak sawit terawal yang
mengamalkan standard Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan juga
Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dimana konsep kemampanan/kelestarian
digunapakai sebagai pembangunan untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa
menjejaskan kebolehan untuk memenuhi keperluan generasi masa hadapan.
Atau
dalam kata lain Sustainable Palm Oil adalah:
- Memenuhi peningkatan permintaan makanan (food demand)
- Menyokong harga makanan yang berpatutan
- Menyokong pengurangan kemiskinan
- Melindungi kepentingan sosial, komuniti & pekerja
- Melindungi alam sekitar & hidupan liar
Kulim
(M) Berhad juga menyediakan peluang pekerjaan dengan mengambil pekerja
untuk bekerja di ladang (pekerja mahir dan tidak mahir) di mana ini
adalah usaha lain untuk membantu masyarakat dan mereka yang memerlukan
pekerjaan. Kulim Berhad kini mempunyai 9000 pekerja dan berhasrat untuk
memiliki lebih banyak pekerja menjelang akhir tahun ini.
Oleh
kerana situasi lockdown akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda
dunia ini membuatkan masyarakat sering terasa seperti
'dikurung', pihak Kulim (M) Berhad berharap agar dapat menyebarkan
perkara positif di media sosial dengan menganjurkan kempen #kulim88.
Nur
doakan semoga usaha murni pihak Kulim (M) Berhad berjaya seperti yang
diharapkan. Jom semua! Kita support kempen #kulim88 yang bakal berakhir 29
Ogos 2021 ini.
Perjalanan hidup yang indah adalah ketika kita mampu hidup berbagi, bukan menikmatinya sendiri.
Laman
web : www.kulim.com.my
Instagram
: kulimberhad
Facebook
: Kulim Malaysia Berhad
0 Comments