Dulu masa umur Nur belasan tahun benda yang paling Nur takut akan timbul setiap bulan adalah jerawat di muka. Maklumlah zaman sekolah, walaupun tak pandai melawa macam budak-budak zaman sekarang, tapi kita tetap nak jaga penampilan lagi-lagi bahagian muka. Maklumlah jerawat kan boleh menggugat keyakinan seseorang. 

 

Bila dah meningkat dewasa, lagikan pula dah lewat 20-an ni, makin bertambah kerisauan akan masalah kulit muka. Bukan jerawat je. Banyak lagi masalah kulit yang lain. Contohnya pigmentasi, liang roma besar, bekas jerawat, lingkaran gelap bawah mata, kedutan mata, kedutan senyuman, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan kulit kusam. 

 

Aaaaaaaaa. Aku buntu.....!!!! 

 

Tula, awal 20-an pandang enteng aje perihal penjagaan kulit muka, ni dah lewat 20-an baru nak sibuk. Syukur Nur jumpa 1 produk yang bagus untuk penjagaan kulit muka dan sistem pencernaan badan. Nur yakin, diet dan pemakanan kita memberi impak kepada kesihatan kulit muka kita juga. 

 

Nur pun yakin, tak semua orang ada masa dan peluang untuk memastikan kita makan cukup nutrien yang diperlukan kulit muka kita, kadang sistem pencernaan badan pun bermasalah so pilihan yang ada ialah dengan mengambil makanan tambahan seperti Kitsui WhiteBerries BB Beaute dan Kitsui Fedloss Fibre D'Tox. 

 

Eh kejap. 

 

Apa kaitan nak kulit muka cantik dengan detox ni? Yak iyalah, korang tahu tak masalah kulit tu sebenarnya salah satu tanda badan kita dah penuh toksin? Tanda lain adalah seperti bau mulut, bau badan dan cepat letih. 

 

So bila badan dah banyak toksin, kita kena buang (detox) bahan toksin tu. Nak buang pulak, kena lah ada sistem pencernaan badan yang baik. Haaaa sebab tu Nur cerita pasal Kitsui WhiteBerries BB Beaute dan Kitsui Fedloss Fibre D'tox. 

Apa yang Menarik dengan Produk Kitsui?

Sebelum Nur cerita dengan lebih lanjut, Nur nak korang tahu yang produk keluaran Kitsui bebas bahan berbahaya seperti hormon, pengawet, gluten, GMO, antibiotik dan bebas bahan kimia. Sebab tu Nur yakin dia selamat untuk Nur makan. Yang kenal Nur mesti tahu Nur sangat memilih dalam bab makanan tambahan. So kalau Nur makan tu, maksudnya memang Nur yakin lah produk tu berkualiti dan selamat untuk Nur makan. Lagipun, Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk kita dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian kita bagi mendapatkan badan yang sihat dan cantik secara semulajadi.

 


Lagipun rangkaian produk Kitsui diyakini halal dan sangat sesuai untuk mereka yang vegan sebab kandungan dia campuran buah-buahan je. Kitsui juga telah pun memenangi pelbagai Anugerah Antarabangsa, so apa lagi yang kita nak ragukan, kan?

 

#1 Kitsui WhiteBerries BB Beaute



Apa Kelebihan Kitsui WhiteBerries BB Beaute? 

Secara ringkasnya, Kitsui WhiteBerries BB Beaute mampu untuk:

  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan kemerahan kulit
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan parut pada kulit muka 

Antara testimoni customer selepas 7 hari 


Bahan Utama dalam Kitsui WhiteBerries BB Beaute 

Kitsui WhiteBerries BB Beaute yang menggunakan formulasi terkini Korea ini mengandungi 6 jenis beri yang terpilih dimana ianya kaya dengan antioksida aktif. So antara beri yang ada ialah beribiru, kranberi, strawberi, rasberi, plum dan anggur. 


a) Beribiru 
  • Raja antioksidan ini dipilih oleh Time Magazine iaitu beribiru adalah antara buah superfood yang paling disyorkan.
 
b) Kranberi 
  • Buah yang dikenali sebagai buah Rubi ini kaya dengan antosianin.

c) Strawberi 
  • Buah ini tinggi vitamin C dan melebihi buah oren. Juga dikenali sebagai buah Rubi.

d) Rasberi 
  • Buah ini kaya dengan flavonoid dan magnesium.

e) Plum 
  • Kaya dengan serat dan potasium.

f) Anggur 
  • Kaya dengan serat, vitamin K & B6. 

 

Selain 6 jenis beri, Kitsui WhiteBerries BB Beaute juga mengandungi 3 jenis vitamin iaitu A, C dan E dimana:

  • Vitamin A - Membantu menjadikan kulit lebih sihat dan penglihatan yang lebih baik. 
  • Vitamin C - Membantu mencantikkan kulit dengan meningkat penyerapan zat besi dan pembentukan kolagen. 
  • Vitamin E - Membantu melindungi kulit muka dari radikal bebas. Vitamin E juga mengandungi antioksidan yang membantu melambatkan tanda-tanda penuaan, disamping mencerahkan dan melembapkan kulit muka. 



Kitsuit WhiteBerries BB Beaute menggunakan teknik pembekuan berpekatan tinggi untuk dijadikan serbuk. Kemudian dibungkus dan dipaket dalam bentuk sachet untuk kemudahan pengguna dengan menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol. So boleh kata selain bebas bahan kimia berbahaya, Kitsui WhiteBerries BB Beaute ni juga bebas alkohol lah kan? 

 

#NurReview : 

 Lately Nur banyak berjemur di luar. Banyak kerja diluar rumah yang perlu Nur uruskan. Dengan cuaca yang panas ni, of course kulit muka Nur jadi sedikit merah dan gelap. So Kitsui WhiteBerries BB Beaute ni sangat membatu untuk mengurangkan kemerahan muka Nur, malah membantu mencerahkan kulit muka Nur juga. Tidak lupa juga, harga yang perlu Nur bayar sehari untuk mendapatkan manfaat dari 6 jenis buah beri dan vitamin A,C & E tersangatlah murah berbanding jenama lain, dimana Kitsui WhiteBerries BB Beaute cuma berharga RM1.78/sehari.




#2 Kitsui Fedloss Fibre D'tox 



Apa Kelebihan Kitsui Fedloss Fibre D'tox? 

Secara ringkasnya, Kitsui Fedloss Fibre D'tox ni mampu untuk:

  • Rendahkan kalori
  • Menggalakkan pergerakan usus
  • Meningkatkan metabolisma
  • Melancarkan sistem pencernaan 
  • Melancarkan sistem penghadaman

 


Antara testimony customer selepas consume Kitsui Fedloss Fibre D’Tox. Tercabar Nur tengok customer tu dapat turunkan berat badan


Bahan Utama dalam Kitsui Fedloss Fibre D'tox 

Kitsui Fedloss Fibre D'tox dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Malah ianya memiliki serat harian yang mengandungi bahan semulajadi termasuklah ramuan herba asli dan serat buah-buahan. Berikut merupakan bahan utama yang ada dalam Kitsui Fedloss Fibre D'tox:


a) Buah-buahan (epal, kiwi, oren, avokado, tomato, lemon & nanas)

  • Nutrisi : Serat tinggi, zat besi, magnesium, potasium, sodium, kalsium, vitamin A, B, C. 
  • Fungsi : Rendah kalori dan membantu tubuh kekal terhidrasi. 

 

b) Acacia Gum

  • Nutrisi : Serat prebiotik
  • Fungsi : Membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengekalkan kesihatan usus. 

 

c) Psyllium Husk (Sekam Beras) 

  • Nutrisi : Prebiotik & serat larut dalam air. 
  • Fungsi : Membantu melancarkan sistem pencernaan.  

 

d) Senna

  • Nutrisi : Sennosides
  • Fungsi : Membantu menggalakkan pergerakan usus. 

 

e) Teh Hijau

  • Nutrisi : Catechin
  • Fungsi : Meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan. 

 


#NurReview : 

PKP ni memang banyak masak dihabiskan dirumah. Nak keluar tak boleh so bila dah terlalu boring dekat rumah, apa lagi kan? Mestilah makan, makan dan makan aje kerjanya. Masak sendiri lain,order dengan orang pun lain. Bila makan pun macam-macam, pencernaan badan pun jadi tak betul. So Kitsui Fedloss Fibre D’Tox ni sangat membantu melancarkan kembali system pencernaan dan penghadaman Nur. Nak membuang pun mudah saje. Tidak lupa juga, harga yang perlu Nur bayar sehari untuk mendapatkan manfaat dari buah-buahan, acacia gum, sekam beras, senna dan the hijau tersangatlah murah berbanding jenama lain, dimana Kitsui Fedloss Fibre D’Tox cuma berharga RM1.60/sehari.




Info lebih tentang rangkaian produk Kitsui boleh dapatkan maklumat di website dan media sosial Kitsui:


Instagram: kitsuimalaysia

Facebook: Kitsui Malaysia

Tiktok : kitsuimalaysia

Shopee: kitsui.my.hq

2 Comments

  1. Ramai cuba kata okay, so camne Nur? Okay tak lepas dah cuma lepas seminggu?.. nanti nak try juga laaa

    ReplyDelete