Sedapnya Makan Kuih Bulan Buatan Tangan yang Halal dari Wan Li Chinese Restaurant
Mid Autumn Festival is coming...!!!
Mid Autumn Festival adalah perayaan kedua terpenting selain dari Perayaan Tahun Baru Cina. Ia dikenali juga sebagai Perayaan Bulan atau Perayaan Kuih Bulan. So secara logiknya sebut aje pasal Mid Autumn Festival, mesti ada kuih bulan.
Menurut apa yang Nur baca, Kuih Bulan merupakan satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Adat makan kuih bulan menjadi adat yang tetap semasa Dinasti Ming untuk menyambut pemberontak yang berjaya kepada Dinasti Yuan.
Mengikut budaya Cina, bentuk bulan melambangkan kesempurnaan
dan perpaduan. Oleh itu, perkongsian kuih bulan bulat di kalangan ahli keluarga
memberi maksud kesempurnaan dan perpaduan keluarga.
Zaman sekarang, bukan orang Cina je yang makan kuih
bulan. Kita yang Melayu ni pun makan. Yela, dulu kita ragu-ragu nak makan
sebab kita tak tahu kuih bulan ni halal ke tak. Tapi sekarang tak risau lagi
dah sebab banyak je orang yang buat kuih bulan versi halal, contohnya kuih
bulan dari Hotel Renaissance Johor Bahru.
Bagi menyambut Mid Autumn Festival, Wan Li Chinese Restaurant dari Hotel Renaissance Johor Bahru hadir dengan 2 jenis kuih bulan iaitu traditional baked mooncakes dan juga snow skin mooncakes yang datang bersama sebuah kotak dengan rekabentuk kotak harta karun yang berwarna violet. Serius Nur cakap kotak dia cantik dan nampak exclusive sangat.
Menariknya adalah kesemua 16 jenis kuih bulan
traditional baked mooncakes dan juga skin mooncakes adalah buatan tangan. Bukan
buatan kilang ya. Kuih bulan ini boleh didapati di Mooncake Counter di
lobi utama Hotel Renaissance Johor Bahru. Pengunjung diberikan masa untuk
menikmati, pilih dan beli kuih bulan di Mooncake Counter sehingga 21 September
2021 nanti.
Buat pengetahuan semua, Chef Lim Pei Shi membuat dan menghasilkan baked traditional mooncakes menggunakan resepi klasik. Kuih bulan ini dibuat setiap hari menggunakan bahan semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet. Itulah istimewanya traditional baked mooncakes dari Hotel Renaissance Johor Bahru.
So antara baked traditional mooncakes yang chef hasilkan ialah:
- Pure Lotus Paste
- Lotus Paste with Single Yolk
- Lotus Paste with Double Yolk
- Green Tea Paste with Single Yolk
- Jade Custard
- Assorted Fruits & Nuts
- Red Bean Paste
Okay kita beralih pula pada handcrafted snow skin
mokncakes. Tahun ni chef Wan Li Chinese Restaurant menghasilkan 2 flavor baru
iaitu Golden Peach Truffle dan Blueberry Truffle yang diperbuat daripada pes
buah peach dan blueberry yang original.
7 flavor snow skin mooncakes yang lain adalah:
- Strawberry Truffle
- Orange Truffle
- Taro Paste Truffle
- Peppermint Truffle
- Chocolate Crunchy Pearl
- Matcha Truffle
- Durian Truffle (all time favourite)
Snow skin ni dia punya kulit macam mochi tu haa. Snow skin
mooncakes ni kena simpan dalam freezer untuk jaga kualiti & kesedapan dia.
Nama pun kulit salji kan, so tak boleh lah kena cahaya dan kepanasan. Ala-ala
puteri lilin gitu.
So buat yang berminat nak dapatkan treasure hunt box
berwarna violet yang cantik ni, korang bolehlah beli 1 set Snow Skin Mooncakes
(8 biji) berharga RM108 ataupun 1 set Traditional Baked Mooncakes (4 biji)
berharga RM108 ataupun 1 set Durian Truffle (8 biji) berharga RM148 satu
kotak.
Jangan risau semua. Pihak Hotel Renaissance Johor
Bahru ada tawarkan promosi menarik. Banyak tau promosi dia. Baca elok-elok
ya.
- 10% discount for early bird purchase starting from 5 August until 31 August 2021
- 15% discount for purchase above 25 boxes
- 25% discount for purchase above 100 boxes
- 15% discount for Club Renaissance Johor Bahru Member
- Up to 20% for Marriott Bonvoy Member
For any pre-order and more information, please call +607-3813388 or email to henry.lee@renaissancehotels.com
FREE DELIVERY within 7 business days for all states
except Sabah and Sarawak if order via WhatsApp Business at +6012-7719056.
Renaissance Johor Bahru Hotel's Handcrafted Mooncakes also available on Shopee,
Lazada and TableApp (https://bit.ly/WanLiTakeaway) platform. Visit
www.wanlichineserestaurant.com and sign up for exclusive updates and
special deals to stay in the know.
Ok terima kasih semua yang sudi baca. Selamat
menyambut Festival Kuih Bulan buat mereka yang menyambutnya :)
10 Comments
Kuih Bulan is my favourite! Renaissance punya sodappp.. i dah try... Comel pulak snow skin tu . sekali ngap ajeee.. Settlem. hhehee
ReplyDeleteItulaaaa comel betul. Yg warna pink anak aku sebat dulu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOh wow.....these moon cakes look soooooo lovely. You make me wanna try them. I also like the purple packaging.
ReplyDeleteKek bulan tradisi di lupa jangan tapi yang hipster macam mochi tu sedap laa pulak ekkk hahahaha.. tahun ni puas makan kek bulan..
ReplyDeleteCantik mooncake dia. Teringin nak rasa yg snowskin tu sbb kte suka mochi
ReplyDeleteNampak lazat dan unik dengan pelbagai warna. Rawlins baru makan a few last weekend nie sebab ada kawan hadiahkan.
ReplyDeleteSedapnya mooncake. Dah lama xmakan. Sebenarnya xpandai pilih yang mne sedap yg mne xsedap. Hehehhe tp hat ni comel dan nampak sedap tgk.
ReplyDeletex sempat rasa kuih bulan thn ni.. nampak sedap sgt dr brand ni.. boleh cuba nanti
ReplyDeleteHappy Mid Autumn Festival, i felt very happy when all the races celebrates festive together.
ReplyDelete