Kulim Susun Langkah Menjadi Peneraju Agribisnes Menjelang 2025
ULU TIRAM, JOHOR, 1 September 2021: Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) meraikan ulang tahun ke-88 dengan melancarkan pelan transformasi lima tahun untuk menjadi peneraju agribisnes.
Sebagai sebahagian daripada rancangan tersebut, Kulim mensasarkan untuk memperkukuhkan perniagaan terasnyanya, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya, dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.
Semasa forum maya diadakan pada 1 September yang lalu, Mohd Faris Adli Shukery, Pengarah Urusan Kulim berkata antara tugas pertamanya di Kulim sejak menyandang jawatan tersebut pada Oktober tahun
lalu adalah untuk menyelaraskan haluan strategik syarikat.
"Tujuan saya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang," kata Mohd Faris pada taklimat media Kulim sempena ulang tahun Kulim yang ke-88.
Mohd Faris berkata pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan
perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan
penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung tahun.
Beliau berkata di samping mengembangkan perniagaan Huluan, tanaman
bernilai tinggi dan kawasan pertumbuhan baharu - khususnya pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan, Kulim juga meneroka hiliran yang akan
menyumbang kepada margin keseluruhan rantai nilai.
"Walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, Kulim berjaya
mencatat peningkatan hasil sebanyak 17% dari RM1.21 bilion pada 2019 menjadi
RM1.41 bilion pada 2020," kata Mohd Faris, sambil
menambah bahawa peningkatan ini adalah hasil tenaga kerja Kulim yang kental,
dibantu oleh program digitalisasi di bawah rancangan transformasi.
"Kami menerapkan sistem baharu untuk meningkatkan sistem
pengurusan, operasi, tadbir urus dan
perakaunan, serta meningkatkan lagi penjenteraan dan automasi dengan melabur
lebih banyak untuk jentera," kata Mohd Faris.
Beliau berkata kunci kejayaan transformasi adalah dengan menghargai
usaha pekerja-pekerjanya, dibantu oleh
digitalisasi dan mekanisasi untuk meningkatkan produktiviti. Dalam pada itu,
Kulim tetap komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus
(ESG) dan menyedari kepentingan ESG di seluruh organisasinya.
“Kami tetap komited terhadap pensijilan
RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama
dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam
sekitar. Kulim juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui
institusi dan program untuk masyarakat, kanak-kanak dan pendidikan, kebajikan
masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama. Syarikat juga komited terhadap integriti, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan
dengan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun 2021,”ujar Mohd Faris.
Pada majlis itu, Mohd Faris turut merasmikan logo dan video korporat
baru Kulim sebagai sebahagian daripada
usaha penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan
menonjol sebagai sebahagian daripada Korporat Malaysia.
0 Comments