Outlet Ke-8 Jalan Jalan Japan Kini Ada di Kipmall Masai, Johor
Dulu
zaman belajar, Nur layan bundle jugak. Biasalah student, duit tak banyak
sangat. Pulak tu Nur jenis suka pakai seluar jeans, memang bundle lah jawapan
dia. Ngam pulak kawan-kawan pun layan bundle jugak, haaa memang seronok laa
ber'sauna' dalam kedai bundle.
Eh
kenapa sauna? Iyalah, dalam kedai bundle bukannya sejuk macam mall. Dah tu nak
pilih yang berkanan dan sesuai dengan badan bukan kejap, kena selak satu-satu
baru jumpa. Bila dah berejam dalam kedai bundle, confirm lencun ketiak. Itu
pasal Nur cakap bersauna. Hehe.
Jalan Jalan Japan, Kipmall Masai, Johor
Sungguh
lah Nur tak tahu dekat Masai pun ada Jalan Jalan Japan. Dekat je dengan rumah
mak Nur. Teruja betul. Tambah lagi teruja sebab dekat sini ada pelbagai jenis
preloved item yang berjenama dan berkualiti tinggi dari Jepun. Tak dapat
merentas negara ke Jepun, kita pergi Jalan Jalan Japan pun jadilah kan.
Jalan
Jalan Japan ni dekat dalam Kipmall Masai. Kalau kita berhadapan dengan bangunan
KipMall tu, dia dekat bahagian kiri. Nak lagi senang mencari korang cari je
kiosk Tealive. Nanti nampak lah signboard Jalan Jalan Japan terpampang terang
benderang berwarna oren.
Banyak Pilihan dan Harga Sangat Berpatutan
Asalnya
kesini ingatkan nak beli baju sendiri. Tapi biasalah mak-mak. Pergi mana-mana
mesti ingat dekat anak. Dia jadi bertambah semangat nak beli untuk anak sebab
baju budak-budak dekat sini dah susun mengikut saiz dan umur. Senang kerja nak
cari baju anak. Pergi aje bahagian saiz anak kita. Selak-selak jumpa lah baju
cantik murah-murah.
Murah
sangat tau. Serendah RM1 pun boleh dapat. Asalkan kena sabar dan tenang selak
satu-satu baju. Itulah tips nak beli baju dekat bundle. Kalau tengok sekali
lalu memang lah nampak macam kurang cantik. Tapi kalau selak satu-satu,
haaaaaaa tak muat bakul tahu tak. Banyak yang berkenan.
Banyak Baby Gear di JJJ
Stroller
dan car seat untuk anak pun ada juga dekat sini. Nur berkenan dengan stroller
kembar brand Graco ni. Body nampak masih cantik dan kukuh. Kain dia pun masih
cantik. RM250 je. Tengok stroller ni teringat dekat anak-anak. Macam nak beli
aje tapi saiz dia agak besar kalau dilipat. Makanya kita tengok jela
dulu.
Baby
product dekat Jalan Jalan Japan ni memang banyak Nur tengok. Play gym untuk
baby pun ada. Kualiti masih tiptop. Baby rocker, baby chair, baby walker,
playpen, bath tub dan macam-macam lagi ada dekat Jalan Jalan Japan. Kadang
sesetengah produk bayi tak pakai lama sebab anak cepat membesar dan keperluan
mereka pun bertukar seiring umur mereka. So kalau nak jimat Nur rasa beli
barang terpakai pun tiada masalah.
Untuk
baju dewasa pun dah susun ikut saiz. Cumanya untuk bersaiz besar macam Nur ni,
kurang sikitlah pilihan yang ada. Tapi yang jenis selim melim, in shaa Allah
banyak sangat pilihan yang ada. From head to toe gitu. Baju ada seluar ada
kasut ada topi ada shawl ada malah handbag dan accessories pun ada.
Set
kimono pun ada tapi Nur tak sempat pula nak cuba sebab rasa macam dah lama
sangat duduk dalam kedai Jalan Jalan Japan ni. Anak-anak dah lah Nur tinggalkan
kejap dengan mak Nur. Nur tak berani bawa anak-anak walaupun sekarang dah
ada kelonggaran. Maklumlah risau sebab anak-anak tak cucuk vaksin Covid-19
macam kita.
OOTD Hasil Menyelam di Jalan Jalan Japan KipMall Masai
So Nur beli je pakaian untuk anak-anak yang Nur berkenan, bila dah basuh pakaian tu baru Nur bagi dorang pakai. Ada yang okay dan ngam tapi ada juga yang besar sikit. Tak sangka boleh dapat pakaian yang cantik untuk anak-anak tapi harga terlajak murah. Kat bawah ni antara ootd anak-anak solehah Nur bersama pakaian yang Nur beli di Jalan Jalan Japan. Ada yang harga dia RM1, ada yang RM3, ada juga yang RM5. Paling mahal pun RM10 tapi tiada dalam gambar. Belum sempat pakai lagi. Tapi cantik kan semuanya?
Kaki bundle jangan lepaskan peluang datang sini okay. Yang penting dah lengkap 2 dos vaksin Covid-19 (14 hari). Jalan Jalan Japan buka setiap hari dari 10:00AM hingga 10:00PM. Ada lagi 7 outlets Jalan Jalan Japan selain di Kipmall Masai. Boleh lah usha outlet mana yang dekat dengan rumah korang.
Outlet Jalan Jalan Japan Seluruh Malaysia
1)
JJJ One City, Subang USJ
2)
JJJ 1 Shamelin, Cheras
3)
JJJ CenterPoint, Seremban
4)
JJJ M3 Mall, Gombak
5)
JJJ KIP Mall, Bangi, Selangor
6)
JJJ Lotus Rawang, Selangor
7)
JJJ Lotus Seberang Jaya, Penang
8) JJJ KipMall Masai, Johor
9) JJJ KipMall Tampoi, Johor
10) JJJ KipMall, Melaka
Website:
https://jalanjalanjapan.com.my/
Facebook: Jalan Jalan Japan
Instagram: jalanjalanjapanmalaysia
1 Comments
Bestnya buat cuci mata.. selalu layan bundle kat facebook je pun dah nampak lawa dia. 😁😁
ReplyDelete