Atasi Masalah Double Chin dan Kulit Kendur dengan Safi Youth Gold
Wajah menua sebelum waktu. Aihhhhh seram pulak baca ayat ni. Dah nak masuk 30-an ni kena kerja keras sikit jaga muka supaya kekal berseri, flawless, anjal dan awet muda. Haaaa gitu. Lain macam eh feeling dia bila dah nak masuk 30 tahun ni.
Jadinya seiring usia nak mencecah 30-an ni, semestinya Nur perlu mencari skincare yang sesuai dengan kulit dan menawarkan harga yang mampu milik. Dalam banyak-banyak jenama, semestinya jenama SAFI yang paling sesuai dan dekat dihati. Mana taknya, dari zaman sekolah lagi tau dah pakai produk skincare SAFI.
Siapa je tak kenal SAFI kan? SAFI merupakan sebuah jenama skincare halal nombor 1 di Malaysia. Istimewanya, SAFI sentiasa memperkenalkan teknologi baharu yang disokong oleh tuntutan klinikal dan saintifik untuk meningkatkan imej jenama SAFI itu sendiri dan juga kelayakan mereka dalam kalangan pengguna.
Macam sekarang ni lah, SAFI kan baru je melancarkan rangkaian Safi Youth Gold yang merupakan 'versi baharu' pendahulunya, Safi Rania Gold. Rangkaian baharu ini menyasarkan pengguna kategori anti-penuaan yang mencari produk penjagaan kulit anti-penuaan dengan formulasi yang lebih baik dan pembungkusan yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan tanpa mengorbankan keberkesanan produk itu sendiri.
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum & Lifting 24K Serum Cleanser
Jadinya, selaras dengan keperluan semasa pengguna, Safi Youth Gold memperkenalkan dua item terbaru ke dalam rangkaian iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser.
Baca juga: Bio Essence Rose Gold Water
Selain membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti kulit kendur, 2 item terbaru dari SAFI ini dapat merawat secara mikro dan mengurangkan dagu berlapis sebanyak 50% dalam masa 15 minit sahaja. Pengguna akan kelihatan lebih muda dengan kulit yang lebih anjal, runcing, tirus dan berseri.
**50% ahli panel menilai pengurangan dagu berlapis berdasarkan penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.
Istimewanya dalam keluaran Safi Youth Gold kali ini adalah kedua-duanya diformulasikan dengan Teknologi Golden C-Lift, iaitu kombinasi Vitamin C yang diperkuatkan dengan Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa. Formulasi ini juga tidak melekit/berminyak, namun mudah meresap dan selesa pada kulit. Okay meh Nur terangkan satu per satu dengan lebih terperinci ya.
Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser
Pencuci muka yang menggabungkan emas 24K yang lembut dengan Triple Gold yang dapat mengembalikan keremajaan kulit, Super Hyaluronic Acid dan Anti PM2.5 yang membersihkan secara lembut sambil melembapkan dan menegangkan kulit untuk mendapatkan kulit yang licin, lembap dan lebih tegang.
Teknologi Golden C-Lift yang digunakan dalam Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser menggabungkan bahan anti penuaan yang maju dan berkuasa dan bahan penegang kulit (lifting) Golden C dan Nano Gold 24K yang dapat menyediakan penembusan ke dalam lapisan kulit yang lebih mendalam untuk pembaikan secara mikro, menyerikan dan menganjalkan kulit yang menua, mengekalkan keremajaan kulit dan memeberi efek tegang pada kulit muka.
- Golden C – Antioksida yang melindungi kulit daripada benda asing yang berbahaya dan memperbaiki struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit yang baru.
- Nano Gold 24K – Mengembalikan keanjalan dan menghaluskan tekstur kulit dengan berkesan.
- Triple Gold – Melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, menggalakkan keanjalan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit.
- Super Hyaluronic Acid – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat secara intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit.
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum
Formula serum ringan yang mujarab dan diperkaya dengan Duo Age-Correcting 3 untuk °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit yang dapat:
- Menegangkan kulit
- Meningkatkan keanjalan
- Mengurangkan garis halus dan kedutan
- Meningkatkan kelembapan kulit
- Melindungi kulit dari pengoksidaan
- Meningkatkan kehalusan kulit
- Memperbaiki kulit yang rosak
Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan menaikkan seri wajah serta memeberi efek bersinar (glowing) yang sihat.
Review Nur:
Alhamdulillah Nur dah cuba kedua-dua keluaran terbaru Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum & Lifting 24K Serum Cleanser. Benda pertama yang Nur suka sejurus Nur pump pencuci muka tu dekat tapak tangan ialah bau dia. Bau dia wangi yang menyegarkan. Serum pun memiliki bau wangi yang sama. Paling best waktu malam la. Nur boleh nikmati bau wangi tu lama sikit berbanding siang dek kesibukan rutin harian.
Seperti yang Nur cakap dekat awal entry, Nur mencari skincare yang mampu milik. Harga yang ditawarkan SAFI pada Nur mampu milik dan berpatutan. Bayangkan kulit kita dapat banyak manfaat dengan hanya RM19.80 untuk Lifting 24K Serum Cleanser dan RM59.00 untuk Lifting Golden C Duo Serum.
Nur dapat rasakan kulit Nur serasi setelah beberapa hari menggunakan Lifting 24K Serum Cleanser dan Lifting Golden C Duo Serum. Tiada tanda-tanda yang aneh seperti kulit kering, naik jerawat, kulit terasa pedih atau panas, kulit kemerahan, kulit mengelupas dan gatal-gatal. Overall Nur memang suka dengan rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold ni.
So buat pembaca yang mahu kuruskan muka ataupun nak runcingkan dagu korang boleh beli Lifting 24K Serum Cleanser dan Lifting Golden C Duo Serum di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.
#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.MY
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia
2 Comments
wow kalau dapat kurangkan double chin kita pun nak ni. hehe
ReplyDeleteNice lah, trusted brand gitu, kannn
ReplyDelete