Disclaimer : Ni entry lama. Tapi berkurun dia kena draft. Publish je lah. Apa salahnya kan :)


Sejak setahun berjinak dalam dunia blogging, ni first time Nur sembang pasal tumbuh-tumbuhan. Nur suka hijau. Nur suka pokok tapi rumah Nur tak berkesempatan lagi nak diserikan dengan hijaunya tumbuh-tumbuhan. Sebelum ni ada juga pokok lavender, serai, daun pandan, daun kesum dan apa entah lagi. Lupa dah. Tapi umur dorang semua tak panjang. Hahaha.


Nur jenis yang tak melekat dekat rumah. Sekejap kesana sekejap kesini tinggalkan rumah berhari-hari. Pokok pun sampai tak terjaga. Itu yang pokok kat rumah Nur cepat je jumpa ajal. Belum lagi cerita si Mardhiyah pergi petik daun petik bunga buat main. Kesudahnya, Nur buang terus semuanya.


Yang tinggal dan masih hidup pokok lidah jin aje kat dalam toilet. Dia aje yang tahan lama. Apalah khabar dia sekarang ni. Masa menaip ni pun, Nur takde kat rumah. Moga sihat lah dia dalam toilet.


Panjang mukadimah. Sebenarnya nak cerita pasal lain. Pasal daun kesum ni ha.



Alkisahnya....


Masa Nur pantang bulan Mei haritu, daun kesum dekat rumah mak ni hidup segan mati tak mahu. Kebetulan pula Nur punya susu oversupply. Lepas pam, Nur tak simpan pun susu tu sebab tak plan pun nak susukan Raihah guna botol since Nur full time housewife. Daripada membazir buang, baik Nur siram dekat pokok kan? Baja natural gitu.


So bila ada pam susu, Nur pun mintak tolong mak atau adik siramkan dekat pokok daun kesum tu....


Bila dah habis pantang, Nur balik ke Kluang semula. Pastu bila ada balik semula ke Seri Alam, tak sangka pokok kesum tu jadi subur macam dalam gambar haa. Asbab susu lah kut kan? Kussss semangat merimbun daun dia. Sampai tak terpetik dah. Takkan lah hari-hari nak masak asam pedas pulak kan... 


Excited punya pasal, saje lah nak share dalam Facebook. Lepastu, ada 1 hamba Allah ni komen.


x baik sis bagi susu kita dekat pokok...sbb tu drah daging x boleh buang suka2..nanti ada benda luar mkn susu tu..kesian dekat anak2 sis nanti...duk kongsi susu dgn benda lain..seeloknya susu buang dekat air y mengalir... maaf di atas tegoran sya..


Nur terus macam.... "Alamak! Aku buat salah ke?". Terus jadi was-was. Eh betul ke? Tapi tak pernah dengar pun selama ni orang kata gitu. Sampaikan saat Nur menaip ni pun masih memikirkan betul ke tak apa yang orang tu cakap.


So saje lah tanya kawan-kawan dekat story Instagram. Boleh kata semua yang vote tu mengatakan TIDAK tanda tak bersetuju dengan komen hamba Allah tersebut. Bila pikir balik pun rasa tak logik pula "kesian anak kongsi susu dengan benda lain". Nur tak kecam, Nur hormat pendapat orang lain. Tapi takut kalau kepercayaan macam tu boleh mendatangkan ciri-ciri mengarut & khurafat. Bahaya juga kan.


By the way, ni antara reply yang Nur dapat dari kawan-kawan.




Dan yang paling kelakar adalah jawapan dari Fynn Jamal. Tak terpikir di kepala otak Nur jawapan macam tu. Kelakar sungguh! 


"Dia takut pokok tu jadi anak susuan dia kot"



Jadinya, pada Nur tak ada apa pun kalau nak siram pokok dengan susu kita. Daripada membazir, eloklah susu yang banyak nutrients tu kita siram dekat pokok. Bermanfaat juga sampai subur pokok kesum kat rumah mak tu. Tapi tak tahu lah pendapat orang lain macam mana pula. 


Baca juga: Resepi asam pedas tanpa daun kesum


Pendapat korang macam mana? Ceciter...... 

1 Comments