Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast dari Hotel Amansari Desaru yang Awesome
Mekasih Kak Her ambilkan gambar |
Selama ni kalau ada ke pantai area Kota Tinggi tak pernah pula nak singgah menginap dekat Amansari Desaru ataupun mana-mana hotel dekat situ. Iyelah, biasanya kami day trip aje sebab rumah mak tak jauh mana pun dari Kota Tinggi. Adalah dalam 45 minit macam tu. Celah gigi lah orang kata.
Tapi agaknya jodoh dengan hotel bernama Amansari Desaru tu kuat kut. Dapatlah kami staycation 2 hari 1 malam ala-ala girls day out dekat situ. Nur saje ajak 2 orang adik perempuan Nur ikut sekali. Berbaloi ajak sebab Nur ambil Adventure Waterpark Desaru Coast Package. Pakej ni ada sediakan 2 tiket ke waterpark paling famous dekat Johor ni. Cumanya kena tambah ongkos ajelah.
Haaa tak paham lettu. Okaylah Nur cerita sikit apa yang Amansari Hotel Desaru tawarkan untuk pakej Adventure Waterpark Desaru Coast ni ya.
Adventure Waterpark Desaru Coast Package
- Superior room untuk 2 orang
- Bufet sarapan pagi untuk 2 orang
- Tiket ke Adventure Waterpark Desaru Coast untuk 2 orang
- Tambahan RM45 untuk tambahan tiket ke waterpark. Jimat RM5 dari harga promo yang pihak Adventure Waterpark tawarkan; RM50/pax
- Pakej bermula dengan harga RM230
Bayangkan
RM230 tu tolak harga tiket waterpark RM90, Hotel Amansari Desaru hanya charge
RM140 sahaja untuk penginapan 2 hari 1 malam berserta bufet sarapan pagi untuk
2 orang. Berbaloi sangat kan? Awesome betul. Sebab tu Nur tak lepaskan
peluang yang ada ni. Nak tukar bilik pun boleh tapi harga pun berubah lah ikut
jenis bilik yang kita nak.
Kalau ikutkan untuk kami yang 5 orang ni eloknya Nur upgrade ke bilik jenis family suite tapi dek kerana kami datang ke Amansari Hotel Desaru pada waktu long weekend, bilik family suite fully booked lah pulak. Ada yang nak check out juga pada hari tu, tapi nak menunggu tu Nur tak sanggup sebab suami tak ada untuk handle anak-anak so Nur ambil ajelah bilik deluxe king.
Oh lupa nak bagi tahu yang masa check in pihak Hotel Amansari Desaru akan bekalkan 2 keping kad elektronik untuk access pintu dan untuk eccess penghawa dingin dalam bilik. Pihak hotel juga akan berikan password wifi, 2 keping kad access bufet sarapan pagi dan 2 keping tiket ke Adventure Waterpark.
Okay
meh Nur ajak tour sikit dalam bilik deluxe king di Amansari Hotel Desaru.
Cantik biliknya macam ada konsep scandinavian sikit sebab design bilik nampak
minimal saje, perabot dan lantainya pula berwarna cokelat dan ada sebiji
kerusi comel berwarna hijau yang menaikkan seri bilik ni. Just nice aje
semuanya. Sedap mata memandang.
Adventure Waterpark Desaru Coast
Lepas Zuhur dalam pukul 2 macam tu kami berlima bergerak ke Adventure Waterpark Desaru Coast. Ini adalah kali kedua Nur berkunjung ke sini. Macam biasalah sebelum masuk ada pemeriksaan tiket, pemeriksaan suhu dan sebagainya. Okay Nur nak senaraikan beberapa soalan yang kerap ditanya buat first timer yang nak masuk Adventure Waterpark Desaru Coast. Mana tahu ada yang memerlukan jawapan ke kan. Soalan dia berbunyi:
1) Kanak-kanak umur berapa kena bayaran tiket?
Itu jela kut soalan yang biasa Nur dengar. Balik pasal cerita dekat waterpark, masuk je dalam Adventure Waterpark tu, terus Nur main Swinging Ship. Kapal besar yang berayun ke kiri dan ke kanan tu. Boleh tahan seram bila kapal tu dah berhayun tinggi. Selamat boleh control macho lagi.
Pastu layankan 2 ketul Nurain main air dekat area Kids Ahoy. Ni tempat favourite Mardhiyah sebab ada slide dia tinggi. Ulang alik naik turun tangga berkali kali demi nak kepuasan main slide tu. Yang adiknya Raihah main dekat bawah je. Kecik lagi belum tahu keseronokan main slide tinggi. Nantilah dah besar sikit pandai lah tu macam kakak dia.
Baca juga: bangi wonderland
Pastu
terus ajak Mardhiyah dan Raihah pergi ke area Tidal Wave Beach. Layan ombak
buatan yang kuat ala-ala dekat pantai yang real. Tapi serius ehh ombak dia
memang kuat. Nur main dengan anak-anak dekat tepi-tepi je. Orang panggil gigi
air eh? Takde suami ni tak berani lah nak bawa ke tengah even anak-anak dah
pakai life jacket. Tak cukup tangan rasa nak handle 2 orang anak kecil dekat
tempat awam.
Adik-adik
Nur dah pergi ke area lain yang lebih seronok. Dorang pergi main Kraken's
Revenge (roller coaster), The Tempest dan banyak lagi. Nur ni kalau takde anak
memang dah balun main semua tu. Tapi dah jadi ibu anak dua ni kita slow down
sikit la demi anak-anak. Korang kalau datang sini planlah betul-betul nak pergi
mana dulu sebab biasanya tempat yang adventure tu ramai yang beratur.
Puas
main air Nur terus bawa anak-anak balik ke hotel. Masing-masing tak cukup
tidur. Pulak tu waktu-waktu sebelum asar tu memang waktu tidur dorang. Sebelum
adegan meragam yang teruk bermula lebih baik Nur bagi dorang tidur dalam hotel.
Nak bagi tidur dekat kawasan waterpark tu Nur tak berani lah. Dekat situ ramai
orang. Musim wabak Covid ni, ibu anak dua masih paranoid even dah 2 tahun kita
hidup dengan virus tu.
Dekat
dalam hotel dapatlah berehat kejap sebelum waktu maghrib tiba. Settle solat
maghrib kami pergi dinner pulak. Korang jangan risau tau kalau tak dapat dinner
atau lunch dekat dalam hotel. Sekitar Hotel Amansari Desaru banyak sangat kedai
makan yang ada. Pilih je nak makan masakan melayu ke, ala thai ke, arab ke.
Fast food pun ada. Tak risau lapar kalau stay dekat Hotel Amansari Desaru.
Korang pilih aje mana nak pergi.
Kalau
barang keperluan tak cukup pun boleh pergi SKS Mall. Kot ya korang lupa bawa berus
gigi ke kan, haaa pergi singgah SKS Mall tu beli berus gigi dan apa yang patut
ya.
Untuk
sarapan pagi pula Nur rasa lepas solat subuh dah boleh turun ke Cafe The Pine
untuk bersarapan. Haritu Nur turun dalam 6:30AM, adalah dalam 10-15 orang dah
ada dalam kafe The Pine untuk bersarapan. Terkejut juga Nur sebab awal pagi dah
ramai. So maknanya orang Malaysia ni ramai jugalah yang morning person.
Kalau
turun lambat, lagi-lagi peak hour dalam 7:30AM ke 8:30AM tu, korang kena
beraturlah untuk masuk ke dalam kafe. Part ni yang Nur suka tengok. Sebab Nur
ada dekat kafe 2 kali iaitu pada waktu awal pagi dan pada waktu lewat pagi
(dalam pukul 9 macam tu sebab adik-adik dan anak-anak Nur bangun lewat). Staf
yang jaga dekat pintu masuk kafe The Pine tersangatlah tenang handle orang
keramaian.
Masih
steady bercakap dengan nada yang lembut berserta ekspresi muka yang tenang
walaupun dia dah berdiri dekat tempat yang sama untuk tempoh yang lama. Bila
dah ramai orang, pihak hotel minta pengunjung untuk beratur dan diberikan
nombor giliran. So sementara menunggu nombor giliran dipanggil, dapatlah
pengunjung duduk santai dekat lounge area tu.
Makanan
dekat kafe The Pine, Hotel Amansari Desaru memang sedap-sedap belaka
ya. Ada banyak pilihan makanan yang disediakan. Nur suka betul kopi mesin
dia. Terasa betul-betul rich air kopi tu. Korang kalau datang sini jangan lupa
minum kopi dia okay. Nak tengok lagi gambar bufet sarapan pagi di Kafe The Pine Hotel Amansari Desaru boleh usha Instagram Nur ya. Klik SINI kalau nak tengok.
Lepas
makan boleh naik bilik santai-santai atau sambung tidur. Kalau nak pergi
exercise dekat gym pun tiada masalah. Tapi kalau dah mood holiday tu, duduk
bergulungkan comforter dalam kesejukan bilik tu yang nikmat kan? Pastu pergi
mandi air panas. Fuhhhh memang nikmat.
Malam VS subuh dari tingkap bilik 601 |
Korang
jangan lupa tau promo Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast di Hotel Amansari
Desaru ni sehingga 5 Disember 2021 ni. Lebih baik korang book awal takut kalau
tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang pulak. Lagi satu, kalau nak masuk waterpark dan main air dengan puas, Nur cadangkan korang datang seawal pagi. Jangan risau bab tempat solat sebab dalam waterpark ada kemudahan surau yang selesa untuk pengunjung. Buat mereka yang ada anak kecil, Nur sarankan bawa stroller sebab jarak dari tempat parking nak masuk ke dalam waterpark tu agak jauh.Memudahkan bila ada stroller. Kalau boleh bawa tikar atau alas yang selesa. Nur rasa berguna juga sebab kadang tak cukup tempat untuk pengunjung letak barang dan landing. So better bawaklah ya.
Sebarang pertanyaan tentang promosi ni korang boleh contact person in charge. Nur letak details dekat bawah ni okay.
13 Comments
Selamat beriadah dan beristeri rehat
ReplyDeleteTerima kasih wak
DeleteAssalamualaikum, harga mahal juga tetapi melihat keadaan bilik sangat cantik. Dengan keadaan sekarang kena berhati-hati bila pergi tempat awam sebegini. hehe Terima kaish berkongsi ya. :)
ReplyDeletePada nur murah ni naim. Bayangkan rm230 tolak harga waterpark rm90 (2 org) tinggal RM140 utk kos penginapan 2h1m berserta bufet sarap utk 2 org
Deletebestnyaa..since dah boleh rentas ni belum pi holidays lagi, boleh masukkan hotel ni dalam list
ReplyDeleteJemput dtg johor ya bae :)
DeleteMenarik gak kan. Rawlins pun tak menyampai lagi kat Desaru, insyaAllah ada rezki sampai la kelak. Dah ada lokasi boleh pergi nie
ReplyDeleteJemput dtg johor rawlins :)
DeleteBerbaloi dah tu harga siap tiket theme park. Memang sonok pergi lepak main air ramai2 nih.
ReplyDeleteBetul. Pada nur mmg berbaloi :)
DeleteMenariknya..dulu xder package cenggini.. siap pakej waterpark desaru coast.. kena grab nie utk cuti2 bersama keluarga..
ReplyDeleteBetul. Pada nur berbaloi grab promo pakej ni. Sebelum 5 dec ni tau
Deleteomg besarnya water park diaaaaa. and i love how comforable and new rooms are. super inviting and welcoming :)
ReplyDelete