Resepi Laksa Penang Menggunakan Ikan Sardin Tin
Seumur hidup baru 2 kali Nur buat laksa penang. Itupun lepas kahwin baru nak cuba buat. Maklumlah Nur ni anak jati Johor yang membesar dengan laksa johor air tangan mak. Seingat Nur mak pun tak pernah buat laksa penang. Tapi takdelah sampai tak pernah makan langsung laksa penang. Selalu juga Nur makan lagi-lagi zaman study dulu.
Baca juga : Resepi Laksa Johor
Baru-baru
ni tetiba tekak teringin nak makan laksa penang lepas terpandang tin sardin cap
Botan dalam gobok. Terbayang rasa sedap masam kuah laksa penang tu. Terliur
betul. Teringat pula memang ada sebungkus mee laksa yang tak berusik lagi dalam
laci dekat dapur tu. Terus lah prepare bahan lain. Semua ada kecuali bunga
kantan. Takpelah, teringin sangat dah ni. Nak pergi kedai malas. Kasi jadi
jelah.
Nur
pun buatlah 2 jenis kuah laksa. Satu pedas untuk dewasa, satu lagi tak
pedas untuk 2 ketul Nurain kesayangan Nur tu. Nur akan masukkan dulu semua
bahan kecuali lada kisar. Agak-agak dah naik bau, baru Nur ambil sedikit untuk
dimasukkan ke dalam periuk yang lain. Kemudian baru letak lada kisar dan
sambung masak.
So
Nur letaklah resepi laksa penang menggunakan sardin dekat sini. Esok-esok
teringin lagi boleh refer sini terus. Alhamdulillah inilah salah satu kegunaan
blog. Bermanfaat untuk diri sendiri dan in shaa Allah harapnya bermanfaat
jugalah untuk orang lain. Cuma rajin atau tak jelah. Haha.
Resepi Laksa Penang Menggunakan Ikan Sardin Tin
Untuk
4 dewasa & 2 kanak-kanak
BAHAN:
Sebungkus mee laksa
2 tin sardin saiz besar
2 biji bawang besar
1" belacan
Lada kisar secukupnya
Segenggam daun kesum
2 batang bunga kantan (tak letak)
6
keping asam keping
CARA:
- Kisar 1 tin isi ikan sardin sehingga lumat. 1 lagi tin boleh hancurkan guna garfu atau apa-apa yang sesuai untuk dapatkan texture kasar. Kuah dalam tin tu ketepikan ya. Jangan masukkan sekali.
- Kisar bawang besar dan belacan sehingga lumat. Kalau lada kering belum kisar, boleh lah rebus & kisar bersama. Tapi Nur memang dah ada stok lada kisar so nanti masa tumis baru letak.
- Kemudian masukkan bahan kisar, lada kisar (secukupnya ikut tahap kepedasan masing-masing), isi ikan sardin halus & kasar, asam keping dan air secukupnya ke dalam periuk dan mula buka api sederhana.
- Bila dah mendidih baru masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak lagi sehingga hilang buih dalam kuah. Tidak lupa juga garam dan perasa secukupnya.
- Hidangkan mee laksa bersama kuah dan accessories seperti daun salad, hirisan bawang besar, cili dan telur rebus. Ada juga orang letak nanas. Ikutlah selera masing-masing.
Senang
je kan nak buat laksa penang. Tak serenyah nak buat laksa johor. Laksa negeri
lain Nur tak pasti sebab Nur tak pernah buat. So far 2 jenis laksa ni jela Nur
baru pandai buat.
Paling
tak sangka anak sulung Nur si Mardhiyah tu suka betul dia makan laksa penang.
Bertambah-tambah dia makan. Suka betul Nur tengok dia selera makan laksa
penang. Umur dah 3 tahun baru merasa laksa penang air tangan ibu dia. Yang
adiknya si Raihah tu tak berminat agaknya. Bila disuap diluahkan balik. Tapi
kalau bagi mee laksa sahaja dia makan pulak. Sah laa dia tak gemar laksa
penang. Anak.... Ohhh.... Anak.... Macam-macam ragam.
0 Comments