Restoran Primadonna Tempat Makan Best di Johor Bahru
Akhirnyaaaaaa dapat juga pergi ke Restoran Primadonna yang diusahakan oleh Poksu & Moksu Nur di Mutiara Rini. Maklumlah Nur dah jadi orang Kluang bukan orang JB lagi so ambil masa sikitlah nak sampai ke sini. Family Nur semua dah datang, Nur aje yang belum. Geram je 'orang jauh' ni tengok. Hehe.
Excited
tau sebenarnya nak datang sini sebab banyak sangat menu menarik yang ada di
Restoran Primadonna ni. Restoran makcik Nur ni bertemakan "Hawker Street
Style" tau. So, tersangatlah sesuai jadi port lepak, bersantai dan
berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada lebih 10 stall manyajikan
pelbagai jenis makanan baik masakan melayu hinggalah ke western yang pastinya
memenuhi citarasa para pelanggan. Tambahan pula, mereka lebih mengekalkan konsep berbagi rezeki dan pekerja di Restoran Primadonna adalah dalam kalangan keluarga sendiri.
Haritu masa Nur datang Restoran Primadonna, kebetulan ada juga sepupu-sepupu Nur datang makan dekat situ juga. Seronok rasa. Lama sangat tak jumpa. Dapat lah berbual sekejap melepaskan rindu sesama sendiri sambil menikmati makanan masing-masing.
Jadi
asbab juga kan Restoran Primadonna ni. Dapatlah jadi port sedara mara berkumpul
mengeratkan lagi ukhuwah. Maklumlah kebanyakannya dah berumahtangga dan ada
komitmen lain. Nak jumpa tu memang payah. Lagi pulak PKP berpanjangan haritu,
memang lama lah tak jumpa. Alhamdulillah dapat juga jumpa akhirnya walaupun tak
semua ada.
Apa Je Ada di Restoran Primadonna?
Okay Nur
listkan ya apa yang ada di Restoran Primadonna ni. Korang tengok seronok tak
seronok menu yang disediakan dekat sini.
- Western
- Shellout
- Aneka nasi goreng
- Char kuey tiow & mee goreng mamak
- Aneka soto
- Nasi ayam
- Nasi lemak
- Carrot cake
- Aneka nasi ayam penyet
- Laksa sarawak, mee kolok & mee jawa
- Satay
- Burger
- Air sedap ala-ala stabak
- Madu Bee
- Bubur kampung
- Rojak mamak
- Snow ice (bingsu)
- Laksa Johor & Mee Rebus
Buat
yang tak tahu, Restoran Primadonna terletak di hujung lot kedai. Kalau
datang pada waktu malam, dari jauh dah nampak kemeriahan dia dek
deretan globe bulb yang dipasang disitu. Kalau tak tahu jalan, Google Maps
aje "Restoran Primadonna" confirm selamat sampai ke lokasi.
Selain
pelbagai menu makanan, menariknya di Restoran Primadonna adalah dekat sini pun
ada pelbagai jenis kek. Untuk pengetahuan semua, disebelah Restoran Primadonna
ada kedai kek bernama Foodbroad HQ (rangkaian perniagaan keluarga
makcik Nur juga) yang menghidangkan pelbagai jenis kek, benji roll, kek
lapis, kek tapak kuda dan cookies.
Order kek dekat Foodbroad, lepastu celebrate birthday sambil pekena shell out dekat Restoran Primadonna. Mantap kan? |
So
pelanggan boleh nikmati pencuci mulut yang best di kiosk Foodbroad dalam
Restoran Primadonna tu. Mana tahu ada yang nak celebrate birthday dekat situ,
beli aje kek dekat kiosk tu. In case kalau nak tempah sebiji kek, korang perlu
buat order terlebih dahulu dengan makcik Nur.
Nanti
dekat bawah Nur letak nombor phone makcik Nur okay. Puan
Hajjah Zainab namanya. Pandai lah korang deal nak kek apa nak datang
pukul berapa. Usha aje Facebook ataupun Instagram Foodbroad tu untuk tengok kek
apa yang dorang sediakan. Nur sediakan sekali nombor telefon Encik Fairus selaku pengurus Restoran Primadonna. Mana tahu nak tanya apa-apa ke kan, call jela ya.
So
buat yang mencari tempat makan best area Johor Bahru, Nur jemput korang datang
ke Restoran Primadonna ya. Dekat sini macam 1 pit stop yang korang boleh
enjoy bermacam jenis makanan dari masakan melayu hinggalah ke western. Yang
suka makan macam Nur confirm seronok. Makesure perut kosong tau. Boleh laa
order bermacam jenis makanan.
By the way, buat Usu sekeluarga, Ila ucapkan tahniah di atas pembukaan Restoran Primadonna dan Foodbroad HQ. Semoga bisnes bertambah maju dan dipermudahkan segala urusan baik urusan bisnes mahupun urusan peribadi. Moga kalian sihat dan ceria selalu :)
Restoran
Primadonna
No.
2, Jalan Utama 44, Mutiara Rini, 81300, Skudai, Johor.
6:00PM - 12:00AM (Jumaat cuti)
012-7181521 (Pn.
Hajah Zainab)
012-719 1501 (Encik Fairus)
Facebook
: Restoran Primadonna
Instagram
: restoranprimadonna
3 Comments
Wahhh.. nak pergi la nanti.
ReplyDeleteJemput datang kak seri. Makesure perut kosong dulu okay :)
DeleteWahh, nama kedai pun sedapppp! Ni yang kena terjah jugak nih nampak gayanya!
ReplyDelete