Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Muncul Semula
Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama
TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar
Sekolah Rendah
Kuala Lumpur, Disember 13, 2021 – Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga
bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih
150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan
mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan
kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan
secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar
kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan
perbelanjaan yang terhad.
Menyedari keperluan ini,
kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan
Bersama TOP (Brighter Future with TOP)
kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk
memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu
tunggal bagi tahun persekolahan 2022.
JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri
daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM
turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang
terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak
TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan
diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan
Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk
mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333
kanak-kanak terlibat.
Sebahagian daripada
jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform
Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember
2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.
Kelengkapan kembali ke
sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut,
stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan
menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima
mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi
terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah
menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.
TOP akan menghantar pek
peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada
keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang
baharu bermula.
Sejak dimulakan pada
tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan
Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar
daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci
TOP kepada penjaga dan keluarga.
Bersempena kempen
kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle
Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19
dan Influenza A) dan bakteria.
TOP Gentle Care
diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh.
Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima
perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan
kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara
dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang
lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan
kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi
menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care
menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik
pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih
lama.
Semasa pandemik, TOP
telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga
mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan
golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama
tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.
“Dalam kesukaran akibat
pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit
semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama
sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin
penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu
tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke
sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan
untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan
kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik
oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing
kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan
untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian
Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.
Mengulas mengenai
kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak
pengurusan TOP dalam menganjurkan
inisiatif Cerah Kehidupan ini yang
dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”
Bagi Emila Yusof,
kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan
dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan
perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang
menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa
berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.
“Kanak-kanak mengingati
kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan
ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka
lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan
dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.
Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila
Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku
ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai
RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON
atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke
018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.
Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.
0 Comments