4 Sebab CC Cream Hansaegee Nature Menjadi Pilihanku
Perempuan dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan terutamanya kecantikan muka. Paling selekeh pun kalau tak pakai compact powder mesti pakai bedak baby dekat muka. Itu antara ikhtiar terakhir untuk bagi muka kita nampak 'semenggah'. Betul tak?
Nur orangnya kurang gemar
pakai apa-apa krim dekat muka. Baik BB Cream, CC Cream, DD Cream mahupun
foundation. Nur rasa sangat rimas especially bila cuaca panas dan muka dah
start berpeluh. Dia punya rasa berlengas tu buat tak selesa sangat.
Tapi bila usia dah
semakin meningkat, Nur rasa yang kulit muka Nur perlukan 'sesuatu' untuk
lindungi kulit muka Nur dan menutup mana-mana cela yang ada dekat muka Nur
tanpa buat Nur rasa tak selesa. Lagi dah jadi ibu anak dua ni, Nur nak
'siapkan' muka ni cepat-cepat aje. Karang duduk lama-lama depan cermin mahu
anak-anak solehah Nur tu ngamuk. Tak kuaserrr nak melayan!
Tahun lepas Nur dah jumpa
'sesuatu' yang Nur cakap tadi. 'Sesuatu' yang Nur maksudkan tu adalah Gold Nano
CC Cream dari Hansaegee Nature. Korang pernah dengar tak brand Hansaegee
Nature? Kalau belum, meh Nur cerita sikit.
Hansaegee Nature
adalah brand produk kecantikan 100% dari Korea yang telah wujud di Malaysia
sejak tahun 2011 lagi. Produk Hansaegee Nature adalah produk kecantikan yang
telah berdaftar dengan KKM, so in shaa Allah selamat untuk kita gunakan.
Kenapa Nur pilih Gold
Nano CC Cream Hansaegee Nature sebagai 'sesuatu' yang Nur perlukan tu? Nur ada
4 sebab yang kukuh kenapa Nur pilih dan suka pakai Gold Nano CC Cream.
4
Sebab Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature Menjadi Pilihanku
#1
Menyeimbangkan Ton Kulit Muka
Mula-mula cuba CC Cream
Hansaegee Nature, Nur macam takut sikit tau. Sebab krim dia warna putih. Dalam
hati cakap mesti bercapuk sebab Nur ni orangnya tak putih pun. Tapi bila dah
sapu rata ke seluruh muka, lama-lama krim yang berwarna putih tu bertukar ikut
ton kulit muka Nur. Seiringlah dengan nama dia colour control cream (CC Cream)
dimana walaupun krimnya berwarna putih, tapi bila dah sapu dan blend rata pada
muka, krim tu akan bertukar warna mengikut ton kulit muka kita.
Nampak sekata je
semuanya. Yela muka Nur ni ada uneven skin tone sebenarnya. Tapi overall okay.
Muka tak bercapuk dan akan nampak lebih cerah tapi masih maintain natural. Paling
best tak payah nak pilih colour code macam foundation. Lepas pakai automatik
ikut ton kulit kita. Sesuai sangatlah untuk Nur yang tak berapa pandai nak
pilih colour code foundation yang sesuai untuk muka Nur ni.
Cuba tengok gambar dekat
bawah ni. Nur letak 2 titik cc cream di atas kertas berwarna putih. Kemudian
Nur blend rata krim tersebut dan krim yang asalnya berwarna putih itu akan
bertukar warna mengikut warna kulit jari Nur.
Krim
berwarna putih bertukar warna mengikut warna kulit jari selepas disapu rata |
#2
Muka Nampak Flawless
Nur ni orangnya ada
masalah liang pori yang besar. So muka Nur akan nampak macam ada lubang-lubang
halus gitu. Tak berapa nak flawless laa senang cerita. Tapi lepas pakai CC Cream
Hansaegee Nature, muka Nur nampak lebih flawless sebab cc cream tu dah
mengecilkan liang pori Nur so muka nampak lebih sihat dan flawless.
Ahaaa baru lah yakin nak selfie dekat-dekat. Tak payah pakai filter pun confident je tau. Tersembunyi segala cela di mukaku. Agitewwww.
#3
Texture Krim yang Ringan
Lepastu, CC Cream
Hansaegee Nature ni tersangatlah mudah untuk dibersihkan sebab krim ni texture
dia ringan je. Bila nak solat atau nak tidur malam, Nur cuci muka macam biasa
je untuk bersihkan cc cream tu. Takde tinggalkan kesan pun dekat kulit muka
Nur. So tak risaulah sisa cc cream tu akan menyekat liang pori. Lagi lah yang
jenis liang pori besar macam Nur ni. Senang aje sisa nak melekat.
#4
Senang Dibawa Kemana-Mana
Ni lagi satu sebab kenapa
Nur suka CC Cream Hansaegee Nature. Design botol krim ni memang terbaik. Badan
botol dia slim so senang sangat nak selit dekat mana-mana especially Nur punya
bag jenis kecik (haha pesen tak suka handbag besar gedabak).
Lepastu kepala botol cc
cream ni jenis twist lock cover. Selama setahun Nur guna CC Cream Hansaegee
Nature, tak pernah lagi berlaku kes krim tertumpah ataupun berkecah kat
mana-mana tempat dia duduk. Best sangat.
Kesimpulannya, Gold Nano
CC Cream Hansaegee Nature memang best. Sekarang dah jadi best friend Nur tau.
Kemana-mana Nur pergi memang Nur bawa cc cream ni. Mudah di bawa kemana-mana
dan memberi banyak manfaat untuk kulit muka Nur. Siapa yang tak suka kan?
CC CREAM STOCK CLEARANCE SALE
Oh by the way alang-alang tengah sembang pasal CC Cream Hansaegee Nature ni, Nur nak bagi tahu yang sekarang Hansaegee Nature tengah buat stock clearance. Murah je RM99 je awaknya untuk dapatkan cc cream yang best ni. Jangan cakap Nur tak payung okay :)
Hansaegee
Nature
Online store:
www.hansaegee.com
Shopee:
hansaegeenature
Instagram:
@hansaegeenature
Facebook:
Hansaegee Nature
3 Comments
Senang pakai cc cream ni sebab xpayah pikir color
ReplyDeleteBestnya mesra wudhu je rupa. cuci dngn cleanser memadai. :)
ReplyDeleteSis sampai sekarang masih pakai Nur, walau bukan review berbayo hehehehe.. sebab suka..
ReplyDelete