Panduan Jalan Masuk Jeti Lama Sungai Rengit
Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua :)
Kemain kan tajuk. Biar dia. Geram tau. Sejak zaman bujang
lagi nak pergi sini tapi tak jumpa. Dah beranak dua baru jumpa tempat ni. Mujur
tak mengalah masa mencari lokasi sebenar Jeti Lama Sungai Rengit ni.
Alkisahnya lepas check out dari Hotel Amansari tu hari,
saje lah nak mencari jeti lama ni. Alang-alang dah ke area perairan Kota Tinggi
ni, Nur ambil lah peluang. Lagipun takde apa-apa plan masa tu so kita try lah
cari.
Kalau Google katanya dekat Sungai Rengit. So Nur on maps
search Sungai Rengit. Dah sampai area Sungai Rengit tapi masih buntu dekat mana
lokasi sebenar. Tak boleh jadi ni. Mana boleh dah sampai tapi tak jumpa. Nur
singgah laa satu kedai makan dan bertanya.
Orang kedua yang Nur tanya tahu lokasi dia. Tapi dia
orang Indonesia. So paham tak paham la apa yang dia cakap. Dia ada sebut balai
bomba dan kubur. Itu aje key point yang Nur dengar. Nur pun patah balik mencari
dan akhirnya jumpa!
Lokasi Sebenar Jeti Lama Sungai Rengit
Nak masuk ke kawasan jeti lama ni, korang perlu korbankan
kebersihan kereta sebab jalannya tanah merah dan ada lopak dimana-mana. Korang
juga perlu pandai dan cekap untuk memandu sebab jalan nak ke jeti lama boleh
tahan mencabar sebab dia kawasan terbiar.
Korang juga perlu bermain teka teki untuk pilih jalan
mana yang sesuai korang lalu sebab laluan dia ada bercabang-cabang.
Berhati-berhati ya sebab lopak tu kadang nampak okay dan tak dalam tapi rupanya
dalam dan berselut so risiko untuk kereta sangkut tu ada.
Gigih ya Nur nak ke sini. Dah lah pergi tanpa suami.
Bahaya juga sebenarnya tapi demi sekeping (di baca berpuluh keping) gambar
menarik, Nur gagahkan juga. Orang yang sukakan tempat menarik untuk port
bergambar memang macam ni perangai dia. Nur bukan kaki selfie pun tapi Nur suka
ambil gambar tempat cantik tapi rare.
Terima kasih pada pekerja Indonesia tu Nur jumpa lokasi
sebenar. Jalan masuk ke jeti lama adalah betul-betul di sebelah tanah
perkuburan. Atau kata lain jalan masuk ke jeti lama tu adalah di antara balai
bomba dan tanah perkuburan. So kalau korang nak pergi jeti lama Sungai Rengit
ni, korang Google maps atau waze Balai Bomba Sungai Rengit. Nur tak sure nama
tanah perkuburan tu so better search for balai bomba. Tapi janganlah korang
masuk balai bomba tu ya. Balai bomba tu benchmark sahaja.
***Info terbaru kalau nak ke sini Google Maps: Sungai Rengit Secret Attraction Punch
Masuk je ke jalan masuk tu, haaaa pandai-pandai lah
korang gayakan nak lalu jalan tanah merah tu macam mana. Di hujung jalan baru
jumpa Jeti Lama Sungai Rengit. Masa Nur datang tu Nur ingatkan takde orang,
tapi bila dah sampai hujung, boleh tahan ramai juga tengah ambil gambar.
Ni dari pandangan atas. Kalau nak ke bawah korang kena jalan sikit merentasi batu |
Nasib tak berapa baik masa Nur datang tu air laut tengah
pasang. Kalau tengah surut, Nur rasa lagi cantik untuk ambil gambar. Lagipun phone yang Nur pakai masa tu takde tool wide angle so gambarnya kurang mmmppphhhh. Pakai phone Huawei Nova 3 je wak.
Tapi Nur tetap berpuas hati akhirnya dapat juga ke Jeti
Lama Sungai Rengit. So yang duduk Pengerang atau kerja dekat Pengerang yang
belum pergi tu boleh lah pergi. Tambahan lagi, selain air surut Nur rasa pergi
pada waktu lewat petang masa matahari nak tenggelam lagi cantik hasil
gambarnya. Tapi biasalah tempat terbiar macam tu, pergi pada waktu senja, hehe
paham-paham jela risiko dia apa.
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba ya korang!
11 Comments
lawa ni.. boleh singgah kalau ke sana nanti. hehe
ReplyDeleteJemput singgah bergambar buat kenangan
DeleteMenarik!!! So canntik! Tapi tuhla..rasa ghisauuuu kat kereta....Nak naik grab ah gitu..HAHAHAHA
ReplyDeleteLain maciam ni naik grab nak datang sini. Mahu dia hantar sampai pintu depan tanah perkuburan je karang haha
DeleteTakde wide pun lawa Nur.. sebab original view.. kalau pakai wide kang nampak kembang hahahaha..
ReplyDeleteKena pergi lagi ni amek gambar guna wide pulak tengok kembang dia macam tukang ambik gambar tak hahaha
Deletetak sangka ada tempat yang cantik macam ni kat rengit
ReplyDeleteJangan salah Rengit tau. Ni Sg Rengit Pengerang bukan Rengit Batu Pahat hehe
DeleteLawa tempat ni nur. Rajin betul nur explore
ReplyDeleteLama sgt nak pergi dr zaman bujang lagi. Memang suka explore tempat cenggini. Tapi dah berkeluarga & ada anak terbatas sikit la
Deletecantiknyaaa kene pegi ramai2 baru syok gambar
ReplyDelete