Dookki Korean Topokki Buffet Kini Ada di Kluang
Sebagai seorang insan yang baru nak masuk 5 tahun menetap di Kluang, Nur rasa sangat teruja bila dapat tahu yang kedai makan Dookki akan di buka di Kluang. Nur yakin ramai juga warga Kluang yang lain, terutamanya peminat makanan Korea excited bila nampak signboard Dookki terpampang megah di hujung lot kedai yang bersebelahan dengan Kluang Mall.
Buat pengetahuan korang, Dookki
Korean Topokki Buffet di Kluang merupakan cawangan Dookki Malaysia yang ketiga
selain di R&F Mall Johor Bahru dan IOI City Mall Putrajaya. Mula-mula rasa
macam pelik juga kenapa cawangan ketiga dibuka di Kluang. Rupa-rupanya bila di
riki-riki, bos Dokki Kluang berasal dari Kluang. Untung orang Kluang tau, tak
perlu pergi jauh-jauh untuk menikmati keenakan bufet topokki, dekat Kluang je
boleh dapat.
Nak dijadikan cerita, Nur
berkesempatan untuk pergi makan di Dookki masa hari pertama grand opening
Dookki Kluang pada 10 Februari tempoh hari. Kebetulan hari tu pun hujan
renyai-renyai membasahi bumi Kluang. So Nur rasa memang betul lah timing Nur
datang ke Dookki tu. Yela cuaca sejuk, lepastu pekena topokki bersama sos dia
yang manis-pedas tuu. Fuhhhh memang ngam!
Masuk je dalam Dookki, terus
disambut dengan laungan mesra 'annyeonghaseyo' dari krew Dookki Kluang. Wahhhh
seronok rasa ada orang sambut kita. Masa Nur datang tu pun belum ramai orang
lagi. Wahhh kemain seronok anak-anak Nur berjalan ke sana ke sini. Ruang besar,
dekorasi minimalis yang buatkan pelanggan bertambah selesa untuk menikmati
bufet topokki disini.
Penjarakan selamat untuk setiap meja
Okay Nur nak bagitahu kalau
korang datang ke Dookki buat kali pertama, korang jangan segan dan risau ya.
Dekat sini ramai je krew yang akan guide korang. Mula-mula dorang akan bagitahu
kegunaan setiap set pinggan mangkuk stainless steel yang ada di atas meja
makan. Kemudian, dorang akan bagitahu cara makan bufet topokki dekat Dokki tu
macam mana.
Oh ya, sebelum Nur cerita lebih
lanjut apa je yang boleh kita nikmati dekat Dookki ni, Nur nak share sikit
dengan korang maksud "Dookki". Penting tau untuk kita tahu sebab
maksud Dookki sangat berkait rapat dengan cara makan di Dookki.
Dookki bermaksud dua hidangan
dalam bahasa Korea. So secara literalnya, Dookki membawa maksud kita
(pelanggan) akan memulakan hidangan pertama dengan menikmati topokki terlebih
dahulu dan diikuti dengan nasi goreng gaya Korea dengan sisa sup topokki yang
kita makan mula-mula tu. Menarik kan?
So mula-mula tu, Nur ambil bahan-bahan untuk masak topokki. Nur cuba kesemua jenis topokki (rice cake) yang ada dekat kaunter topokki tu. Rasanya ada 6 jenis kut. Diterbangkan khas dari Korea ya. Memang terasa kelembutan topokki tu lain dari yang lain. Dia kenyal tapi lembut. Nur paling suka rice cake warna purple. Dalam dia ada inti keledek. Lemak manis rasa dia.
Selain rice cake, dekat kaunter
topokki ada berbagai jenis sayur-sayuran, berbagai jenis fish cake, meat loaf,
telur rebus, lala, kupang dan banyak lagi. Amek lah mana yang berkenan di tekak
tapi beragak-agak ya sebab kalau tak habis makan, pelanggan akan didenda RM20
tau. Ramen, yee noodle, QQ noodle dan glass noodle pun ada juga so nak masuk
dalam bahan nak masak topokki pun boleh.
Siap ambil bahan, Nur ambil sos
pulak. Ada 5 jenis sos dekat situ seperti dooki sauce, topokki sauce, flame
sauce, jajang sauce dan gunjung sauce. Campurkan sos tu ikut kepedasan yang
kita nak. Nur pilih yang paling pedas, tapi masih manja-manja je rasa pedas dia
tu.
Pastu masak lah semua tu.
Mula-mula kena panaskan dulu sup (tak perlu ambil, atas meja dah ada), kemudian
masukkan sos dan akhir sekali masukkan bahan topokki. Nur tak sure kita kena
masak sendiri atau krew masakkan, tapi masa Nur datang tu krew yang tolong
masakkan.
Nampak tak keliling pot tu ada Double Ring Cheese. Gasak makan lupa nak ambil gambar cheese betul-betul |
Pastu makan laaa puas-puas
topokki tu. Nak tambah lagi kepuasan tu, korang bolehlah add on Cheese Ring.
Peminat cheese mesti suka ni. Boleh gulung rice cake dengan cheese. Ada ayam
goreng juga tau dekat area K-Snack. Nur sarankan korang ambil beberapa ketul
dan gulung dengan cheese tu. Tapi ada tambahan harga la. Nanti dekat hujung
entri Nur bagi tahu ya.
Hidangan Kedua: Nasi Goreng
Lepas makan topokki, kita makan
hidangan kedua iaitu nasi goreng. Tapi Nur tak ambil banyak pun. Makan topokki
tak ingat dunia sampai penuh dah perut. So korang makan topokki tu beragak ya,
kena simpan ruang untuk nasi goreng dan K-Snack yang Dookki sediakan.
Kalau takde balance kuah topokki,
korang boleh ambil lagi sos dekat kaunter sos. Pastu masak lah nasi goreng tu
macam masak topokki tadi tapi tak perlu letak sup ya. Benyek karang nasi tu.
Pastu jangan stop makan dulu tau,
ada K-snack lain yang boleh dinikmati seperti berbagai jenis ayam goreng, rice
ball, kimari, mandu, fries dan lain-lain. Nak kunyah-kunyah eomuk (Korean fish
cake) pun boleh awaknya. Nur makan eomuk ni last sekali tapi Nur rasa nak lagi
sedap korang makan eomuk ni masa tengah makan topokki. Sama ada nak masak
sekali dengan topokki atau cicah dengan sos topokki tu. Lagi kick!
Cerita pasal makan je ek. Tak
cerita pasal minum ke? Tak tercekik ke Nur ni? Tidaklah awaknya. Mesti lah
minum. Masa tengah pilih bahan topokki, krew ada tanya nak air pepsi ke 7-up.
Nur pilih pepsi dan air jarang untuk anak-anak.
Sebut pasal anak-anak ni kan,
korang yang nak datang Dookki jangan risau ya. Dekat sini mesra kanak-kanak.
Baby chair ada, cutlery set untuk kanak-kanak pun ada.
Kalau yang tak makan pedas atau
tak pandai makan topokki, boleh laa makan ayam goreng ke, fries ke, eomuk ke.
Takpun makan ramen masak dengan sup. Tak tahu lah orang lain ada buat ke tak
tapi Nur buat untuk anak Nur. Hahaha geli hati pula. Anak Nur lah suruh buat.
Betul-betul dia buat macam dekat rumah.
Overall memang seronok makan
dekat Dookki Korean Topokki Buffet ni. Nur ada dengar orang kata tak seronok
sebab tempoh makan 90 minit sahaja untuk nikmati semua. Tapi pada Nur okay je,
seronok je, cukup je masa nak makan dalam 90 minit tu. Yang cakap tak best tu
agaknya makan sambil membawangkan orang kut tu yang jadi tak seronok tu.
Opsssss!
Promosi Grand Opening
Korang yang nak datang makan dekat Dookki jangan tangguh-tangguh ya. Sempena Grand Opening Dookki Korean Topokki Buffet (10 Februari - 23 Februari), pihak Dookki ada buat promosi menarik tau seperti:
- Setiap 1 meja yang korang dine in, korang akan terima voucher 1 pax untuk pembelian atau dine in seterusnya.
- Kalau korang datang dine in sekurangnya 4 orang, korang akan dapat FREE Double Cheese Ring.
So tunggu apa lagi kan? Cepatlah
serbu Dookki Kluang especially sebelum 23 Februari ni. #jomdookki
Dookki Korean Topokki Buffet Kluang
Alamat: Jalan Berangan, Taman
Suria, 86000, Kluang, Johor (sebelah Kluang Mall)
Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/zwbLuyqWLNG63EJ39
Harga dewasa: RM39.80
Harga kanak-kanak (110cm -
140cm): RM19.80
Harga double cheese ring: RM18.80
Harga snow cheese: RM9.80
Instagram: mydookki
Facebook: Dookki Malaysia
2 Comments
Suka kedainya macamtu sebab senang nak walk-in masuk, tak macam kat JB ni, kena masuk Mall dulu hehehehe.. tiberr teringin plak...
ReplyDeleteTak sabarnya nak try!
ReplyDelete