Kitsui Whitie Snow : Kejelitaan Kulit Bermula dari Dalaman Kulit lebih cerah dalam masa 7 hari !
Kecantikan, kejelitaan dan kesihatan kulit kita adalah bermula dari dalam. Ramai menganggap dengan menyapu pelbagai ubat, losyen, krim kecantikan pada kulit boleh memberi kesihatan dan kecantikan pada kulit. Namun, apabila bercakap tentang kesihatan kulit, semakin banyak kajian mengaitkan kulit yang cantik dan sihat datangnya daripada usus yang sihat. Bak kata omputih, 'Trust Your Gut, Beauty Begins in The Belly'.
Tapi
kan.... Ikut pemerhatian Nur, dekat Malaysia ni masih ramai lagi yang
mengabaikan penjagaan kulit dari dalam
dan kita kurang sedar bahawa masalah kulit kita menjadi petanda bahawa kesihatan usus kita pun bermasalah
sebenarnya. Kesian hormon selalu dituduh
menjadi punca masalah kulit, sedangkan ada lagi punca lain.
Bercerita tentang jelita dari dalam ni kan, baru-baru
ini Kitsui Malaysia telah melancarkan keluaran terbaru mereka iaitu Kitsui Whitie Snow yang mengandungi 10
Billion CFUs per sachet probiotic dan prebiotic seperti vitagen yang dapat
mempercepatkan proses penghadaman makanan dan menyihatkan usus kita. Tapi apa
kaitan Whitie Snow dengan kesihatan usus?
Tahu tak korang, salah satu cara terbaik untuk
menguatkan kesihatan usus adalah dengan pengambilan probiotic dan prebiotic. Probiotik ialah bakteria hidup yang
kita ambil, melalui makanan dan suplemen. Bakteria baik ini memberi manfaat
kepada penghadaman dan membantu melindungi daripada bakteria jahat dan kulat
berbahaya dalam usus kita.
Manakala, Prebiotik
adalah serat yang tidak boleh dicerna melalui usus kecil dan ditapai oleh
bakteria di usus kita. Prebiotik adalah penting kerana ianya membolehkan
probiotik berkembang dengan lebih baik. Tanpa kehadiran prebiotik, probiotik
akan menghadapi kesukaran untuk menjadi efektif. Kehadiran prebiotik akan
membolehkan probiotik untuk memastikan usus kita sihat dan mempunyai sistem
penghadaman yang bagus.
Usus yang sihat dapat menjadikan nutrisi lebih mudah
diserap ke dalam sistem tubuh badan kita. So bila usus kita bersih dan sihat,
masalah kulit pun berkurang. Tambah pula dengan kehadiran beberapa kandungan
hebat seperti Vitamin C, Vitamin B3/Niacinamide, Ekstrak Biji Anggur, DermaNia
Korea dan Frutafit IQ Inulin. Kulit akan nampak lebih cantik, cerah dalam masa
7 hari dan sihat. Barulah nampak macam Snow White kan?
Vitamin
B3 - Niacinamide
Dalam kajian klinikal, Niacinamide mampu mengurangkan
kesan parut yang gelap dengan ketara dan peningkatan kulit yang cerah dan
sihat selepas penggunaan selama 4
minggu. Kesimpulannya, data menunjukkan bahawa niacinamide adalah pencerah
kulit yang paling berkesan dan selamat digunakan.
Ekstrak
Biji Anggur
Mengandungi antioksidan, mineral dan vitamin yang kuat
yang bekerjasama untuk menghilangkan bintik-bintik gelap dan menghilangkan parut.
Kajian menunjukkan bahawa ia dapat membantu mempercepat proses penyembuhan dan
mengurangkan pembentukan keloid dan parut.
DermaNia
Korea
DermaNia sangat popular dalam kalangan orang Korea. Ia
membantu membuat perbezaan dalam membaiki tekstur kulit pada tahap epidermis.
DermaNia adalah sejenis buluh air atau dikenali juga sebagai ZIZANIA LATIFOLIA,
nama botani saintifik.
Secara ringkasnya, Kitsui Whitie Snow diformulasikan khas untuk mereka yang mengalami masalah seperti:
a) Kulit kemerahan, pori membesar dan kulit berminyak
b) Usus yang tidak sihat dan kotor akibat pemakanan
yang tidak baik
c) Kulit kusam, gelap dan berparut
d) Ekzema dan masalah kulit sensitif
e) Kekurangan nutrisi Vitamin C & Vitamin
B3/Niacinamide
Sejak kebelakangan ni, Nur mengalami beberapa masalah
di atas terutamanya kulit kusam dan berparut. Entah kenapa jerawat rancak
bermaharajalela bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Macam biasa tangan Nur
tak boleh duduk diam. End up berparut lah muka ni.
Nur sangat tertarik dengan kandungan yang ada dalam
Kitsui Whitie Snow ni. Tambahan pula produk Kitsui ni bebas bahan berbahaya
seperti hormon, antibiotik, bahan pengawet, GMO, bahan kimia dan gluten. Dan
yang paling penting ianya selamat diminum oleh ibu menyusu dan ibu hamil. So
Nur tak risau dan rasa selamat aje minum bancuhan Kitsui Whitie Snow.
Pengambilan Kitsui Whitie Snow tersangatlah mudah. 1 hari 1 sachet sahaja selepas makan atau sebelum tidur.
1. Masukkan 150ml air suam ataupun air sejuk je dalam
shaker.
2. Tuangkan 1 sachet Kitsui Whitie Snow.
3. Goncang sehingga larut.
4. Sedia untuk diminum.
Nur baru je minum Kitsui Whitie Snow ni. Mula-mula tu
macam takut sikit nak minum sebab Nur orangnya memang sedikit lemah bab makanan
tambahan ni. Tapi tak sangka betul rasa dia sedap je. Dan yang lagi menarik
Kitsui Whitie Snow ni kurang gula, tiada pewarna tiruan dan tiada perasa
tiruan. Betul-betul sihat dan cantik semulajadi.
Yela, Kitsui ni kan diformulasikan secara unik untuk
pengguna dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik
untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian pengguna. Harap cepatlah
parut dekat muka ni hilang. Kulit muka Nur nampaknya dah tak kusam dah. Tinggal
nak pudarkan parut jerawat ni aje. Tercabar tengok gambar testimoni pengguna
Kitsui Whitie Snow.
Korang kalau nak sihatkan usus dan sihatkan kulit muka try lah Kitsui Whitie Snow ni. Dengarnya ada discount voucher code dan free gift. Guna code "KITSNOW" semasa checkout & nikmati 25% off (capped at RM2) di Kitsui Official Shopee Mall.
Kitsui Whitie Snow Shopee Mall : Kitsui Whitie Snow
Kitsui Website : https://kitsui.com.my/
Kitsui Official Shopee Mall : kitsui.my.hq
Kitsui Official Instagram : kitsuimalaysia
TikTok : kitsuimalaysia
Facebook : Kitsui Beauty
Youtube
: KitsuiBeauty
1 Comments
Alaaa sweetnya pakaging dia yaa.. pinky gitu.. bagus ni, kalau dalam masa 7 hari ada perbezaan, maksudnya kandungan dia memang sesuailah dengan kulit asia...
ReplyDelete