Kenangan anak kedua sawan demam panas, Pengalaman ngeri anak sawan demam panas, sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak, demam sawan, panic anak demam sawan, cara menghilangkan sawan demam pada anak, sawan lebih dua minit perlu rawatan segera, demam panas sampai sawan, demam sawan apa kita perlu tahu, anak demam sawan, rawatan sawan secara islam, sawan demam berlaku akibat daripada, demam sawan kanak-kanak


"Kakak taknak adik mati".

 

Ayat tu yang kakak Mardhiyah dok ulang bersulam tangisan masa kami berempat on the way ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Keadaan sangat cemas masa tu.

 

Mardhiyah di seat belakang dok meratib taknak adik mati -

 

Mak di sebelah pula cemas tengok cucunya diam terkaku di atas pangkuan. Sekejap dipanggil nama Raihah kuat-kuat. Sekejap bibir mengucapkan zikir lailahaillah -

 

Bayangkan macam mana perasaan Nur yang perlu hadam situasi tegang dalam satu masa yang sangat cemas tu ketika sedang memandu kereta manual di atas highway Pasir Gudang yang memang terkenal dengan kesesakannya ketika waktu petang.

 

Sekering-kering hati zaman bujang dulu pun tak pernah Nur drive segila itu. Kaw kaw punya tukar lane untuk cilok mana yang boleh Nur cilok. Trafik sangat padat ketika itu. On double signal dengan harapan orang paham kenapa gila sangat kereta ni atas jalan. Kalaulah ada siren macam ambulans tu, mesti on juga. Namun apakan daya...

 

Masa drive ke HSI tu Nur hanya mampu istighfar dan berdoa agar Allah lindungi perjalanan kami supaya selamat sampai ke HSI. Nur sendiri cemas tapi Nur perlu bertenang supaya kami semua selamat sampai ke HSI untuk mendapatkan rawatan buat Raihah yang hanya mampu menangis sepanjang perjalanan.

 

Apa Jadi Dekat Raihah?

 

Kisahnya, awal pagi 26 Februari 2022 suhu badan kedua-dua anak Nur tiba-tiba tinggi menandakan dorang berdua demam. Pelik juga tapi Nur terima jela dengan tenang sebab beberapa minggu sebelum ni pun dorang demam sikit. Agaknya virus belum mati betul-betul kut. Nur jelum kepala & badan dorang untuk kawal suhu. Tak bagi ubat lagi sebab Nur tak ready nak hadap anak teriak pagi-pagi. Anak Nur memang susah nak makan ubat terutamanya kakak Mardhiyah. Dorang berdua baring dekat hall.

-

"Jomlah mak kita pergi".

 

Tanpa berfikir panjang terus jawab macam tu dekat mak bila mak cakap adik ipar tanya jadi tak nak pergi pantai pagi ni. Padehal semalam dah cakap taknak pergi sebab cuaca macam tak panas je sekarang ni. Tetiba je hujan. Karang sampai pantai hujan macam mana?

 

Tapi entah, laju je setuju. Fikiran Nur masa tu, apa salahnya bawak anak-anak pergi pantai. Sebab Nur orangnya yang percaya dengan terapi alam, bukan ubat semata-mata. Nur fikir mungkin mood anak akan okay bila dapat pergi pantai. Bila mood okay anak akan cergas dan kuat untuk lawan virus yang sedang menyerang imun badan dorang.

 

Kami pun ke Pantai Tanjung Leman, Kota Tinggi dengan 2 buah kereta. Tapi sebelum ke pantai Nur sempat masukkan 'ubat bontot' yang diberi adik ipar sebagai alternatif ubat demam dengan harapan suhu badan anak-anak dapat turun.


Kenangan anak kedua sawan demam panas, Pengalaman ngeri anak sawan demam panas, sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak, demam sawan, panic anak demam sawan, cara menghilangkan sawan demam pada anak, sawan lebih dua minit perlu rawatan segera, demam panas sampai sawan, demam sawan apa kita perlu tahu, anak demam sawan, rawatan sawan secara islam, sawan demam berlaku akibat daripada, demam sawan kanak-kanak


Red Flag Bertimpa-Timpa

 

Berpiknik lah kami di tepi pantai macam orang lain. Anak-anak Nur mandi pantai sekejap je dek kesejukan. Kemudian Nur terus mandikan dan siap-siapkan dorang dengan persalinan baru. Mula-mula sampai pantai dorang nampak ceria. Biasalah budak memang sukakan pantai. Tapi lepas mandi tu dorang tak happy. Terkejut agaknya sebab sejuk. Nur tahu ini red flag -1

 

Nur urut badan anak-anak. Memang kebiasaan bila anak tak sihat Nur suka urut badan anak-anak bagi dorang lega dan rasa tenang dengan sentuhan si ibu. Alhamdulillah dorang nampak tenang dan mahu tidur. Thermometer tunjuk suhu anak-anak Nur masih tinggi. Nur tahu ini juga red flag -2

 

Jadinya Nur bersiap untuk balik. Fikirannya nak bagi anak makan ubat demam dekat rumah sebab Nur terlupa nak bawa ubat demam. So berkemas lah kami untuk pulang. Tapi adik-adik Nur yang lain tak balik. Dorang nak pergi sambung berhibur di SKS Mall. Katanya situ ada bowling.

 

Jadinya Nur balik ke Masai bersama 2 orang anak Nur dan mak. Mulanya Nur minta Mardhiyah duduk di seat depan dan mak duduk di belakang bersama Raihah yang duduk dalam car seat. Fikirannya dapatlah Nur pantau Mardhiyah dan mak pula pantau Raihah. Nak jelum ke nak apa ke mudah sikit.

 

Tapi Mardhiyah menolak. Dia nak duduk di seat belakang bersama adik kesayangan dia. Mardhiyah memang peelnya begitu kalau nak tidur. Mesti nak ada Raihah sebab dia suka gentel jari Raihah. Ini juga red flag tapi Nur turutkan juga kemahuan Mardhiyah -3

 

Kenangan anak kedua sawan demam panas, Pengalaman ngeri anak sawan demam panas, sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak, demam sawan, panic anak demam sawan, cara menghilangkan sawan demam pada anak, sawan lebih dua minit perlu rawatan segera, demam panas sampai sawan, demam sawan apa kita perlu tahu, anak demam sawan, rawatan sawan secara islam, sawan demam berlaku akibat daripada, demam sawan kanak-kanak

Sejak berbadan dua ni memang Nur banyak turutkan kehendak anak. Nur rasa tak larat nak pujuk anak lama-lama sebab keadaan diri pun seakan perlu dipujuk. Nur mabuk. Pambawakan ibu mengandung. Begitulah -

 

Baru keluar dari kawasan pantai baru Nur perasan dah pukul 3 lebih. Allahu. Tak solat zuhur lagi. Ajak mak solat di area situ. Ada surau yang disediakan. Tapi perlu ambil wudu' di tandas. Mak menolak. Begitu juga Nur. So kami plan nak solat di Masjid Bandar Penawar. Nur follow kereta yang dipandu adik ipar. Tapi pelik, dorang terus je. Ingatkan dorang nak ke surau lain. Bila call katanya nak solat dekat SKS Mall.

 

Lahhh kenapa tak bagitahu awal, kitorang kat belakang ni follow aje. Nak patah balik rasa buang masa. Nak masuk SKS Mall rasa tak patut sebab takde keperluan nak ke situ. Nak balik rumah cepat-cepat kalau boleh. Mak insist suruh pergi klinik dulu.

 

Nur menolak sebab kalau budak demam ni doktor akan bagi ubat demam je. Kadang bagi antibiotik. Campur kos consultation doktor berpuluh ringgit perlu dibayar sedangkan ubat demam dah ada dirumah. Golongan B40 ni beginilah percaturannya. Mana boleh jimat, kita cuba jimat. Ini pun red flag juga mungkin -4

 

Belum solat zuhur lagipun. Area situ takde surau. Tanpa berfikir panjang, Nur teruskan perjalanan balik ke Masai. Ikut percaturan, sempat untuk solat zuhur di RnR. Punya kalut fikir nak cepat sampai RnR untuk solat zuhur, Nur terlupa kejap anak tengah demam. Anak-anak tidur dengan tenang di seat belakang. Itu yang lagi tambah terlupa.

 

Lepas solat di RnR, Nur teruskan perjalanan. Anak-anak masih tidur. Perut lapar minta diisi. Nur singgah kedai makan area Cahaya Masai. Mak setuju bila Nur minta untuk tapaw je. Fikirannya nak cepat sampai rumah untuk bagi anak makan ubat demam.

 

Kenangan anak kedua sawan demam panas, Pengalaman ngeri anak sawan demam panas, sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak, demam sawan, panic anak demam sawan, cara menghilangkan sawan demam pada anak, sawan lebih dua minit perlu rawatan segera, demam panas sampai sawan, demam sawan apa kita perlu tahu, anak demam sawan, rawatan sawan secara islam, sawan demam berlaku akibat daripada, demam sawan kanak-kanak


Detik Cemas Tiba

 

Sedang menunggu makanan siap, tiba-tiba Nur dengar jeritan mak. Tak dapat didengar dengan jelas apa mak cakap tapi Nur yakin tu suara mak. Nur pun berlari keluar kedai. Mak cakap Raihah sawan. Allah. Badan Raihah kejang. Nur terus ambil Raihah. Cuba untuk letak Raihah di atas bonet sambil minta air dengan mak. Tapi tak jadi.

 

Nur suruh mak masuk kereta pegang Raihah dalam keadaan mengiring. Nur minta juga mak untuk basahkan kepala dan badan Raihah. Sempat juga Nur jerit dengan orang kedai minta maaf terpaksa cancel order emergency.

 

Klinik Tak Membantu

 

Mak nampak sangat cemas. Ya mak orangnya sedikit clumsy. Nur cuba untuk bertenang. Bila situasi macam ni, kita sebagai ibu perlu bertenang. Lagilah suami takde disisi. Terus drive cari klinik terdekat untuk dapatkan rawatan awal. Yang jumpa pun di Kota Masai, tapi sungguh klinik tu tak membantu langsung.

 

Kenapa Nur berkata begini sebab Nur ada pengalaman anak sulung Nur sawan demam panas juga. Kebetulan ketika kejadian, Nur tengah daftar di klinik. Ketika itu, doktor terus panggil masuk dalam even ada patient lain. Doktor check suhu, doktor masukkan ubat bontot, doktor basahkan kepala dan badan Mardhiyah sambil Mardhiyah mengiring sehingga Mardhiyah sedar dan tak kejang lagi. Barulah doktor suruh pergi ke hospital bersama pesanan berapa suhu Mardhiyah ketika itu, ubat jenis apa diberi, macam mana pattern sawan Mardhiyah. Semuanya FOC.

 

Tapi klinik di Kota Masai ni sebaliknya servis dia. Yang diratibkan doktor tu adalah dia takde alat/ubat untuk rawat sawan dan menyuruh Nur untuk ke hospital. Bukannya bantu untuk bagi rawatan awal yang sepatutnya hatta periksa suhu badan Raihah pun tak! Nur sendiri yang minta bagi ubat bontot. Nur sendiri yang minta tolong staf basahkan tuala untuk dilapkan di badan Raihah.

 

Bukan niat nak terlebih ajar tapi dalam keadaan cemas tu Nur sebagai ibu mesti demand rawatan yang sepatutnya sebab dah ada pengalaman yang lebih baik sebelum ni.

 

Kenangan anak kedua sawan demam panas, Pengalaman ngeri anak sawan demam panas, sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak, demam sawan, panic anak demam sawan, cara menghilangkan sawan demam pada anak, sawan lebih dua minit perlu rawatan segera, demam panas sampai sawan, demam sawan apa kita perlu tahu, anak demam sawan, rawatan sawan secara islam, sawan demam berlaku akibat daripada, demam sawan kanak-kanak


Lepas bayar kos rawatan Nur teruskan perjalanan menuju ke HSI. Nur on Google Maps untuk tengok laluan mana lagi pantas. Selok belok jalan Pasir Gudang Nur kurang mahir. Mana tahu ada shortcut ke kan. Dari Kota Masai nak ke HSI mengambil masa dalam 30 ke 40 minit. Lama tapi apakan daya. Mak insist suruh hantar ke KPJ Pasir Gudang je. Mak tawarkan untuk bayar semua kos tapi Nur menolak.

 

Nur kurang arif bab costing rawatan di hospital swasta tapi Nur tahu mesti mahal. Nur taknak susahkan sesiapa jadinya kami teruskan perjalanan ke HSI diiringi tangisan Mardhiyah dan Raihah sepanjang perjalanan.

 

Selamat Tiba di Hospital

 

Syukur alhamdulillah kami selamat sampai ke bahagian emergency HSI untuk dapatkan rawatan. Raihah dimasukkan ke zon kuning, manakala Mardhiyah didaftarkan untuk berjumpa dengan doktor. Nur sedia maklum kalau anak sawan demam panas, anak perlu dimasukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan dan pemantauan selanjutnya.

 

So berkampunglah kami di HSI selama 3 hari. Terpaksa berpisah dengan Mardhiyah buat sementara waktu. Syukur juga ujian darah Raihah semuanya okay.

 

Setiap Ujian Ada Hikmah


Berdasarkan kejadian Raihah sawan demam panas ni, Nur akui Nur banyak melakukan kesilapan yang Nur perlu ambil pengajaran sebagai ibu.

 

Membawa anak untuk terapi alam ketika tidak sihat tidak salah tapi perancangan perlu lebih teliti supaya dapat mengurangkan risiko yang bakal terjadi. Dah jadi ibu ni, perlu berfikir 10 langkah ke hadapan apakah yang bakal terjadi jika kita mengambil sesuatu keputusan. Silap langkah padah menimpa. Nur lah tu silap langkah.

 

Kalau nak juga ke mana-mana bila anak demam, ubat jangan lupa dibawa supaya dapat bagi anak ubat mengikut masa, termasuklah keperluan lain yang sepatutnya. Atau sebaiknya, duduk sajelah dirumah. Tangguhkan keinginan, laksanakan bila anak dah lebih baik kesihatannya.

 

Kenangan anak kedua sawan demam panas, Pengalaman ngeri anak sawan demam panas, sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak, demam sawan, panic anak demam sawan, cara menghilangkan sawan demam pada anak, sawan lebih dua minit perlu rawatan segera, demam panas sampai sawan, demam sawan apa kita perlu tahu, anak demam sawan, rawatan sawan secara islam, sawan demam berlaku akibat daripada, demam sawan kanak-kanak

Jangan terlalu berkira untuk kos rawatan anak-anak. Nur bukan anti doktor, anti ubat sekalipun anti vaksin. Tidak. Nur percaya akan kepakaran setiap bidang. Mungkin dek pengalaman lalu, kakak Mardhiyah kerap demam dan kami kerap ke klinik untuk dapatkan rawatan buatkan Nur rasa yang Nur boleh handle sendiri bila anak demam selagi simptom yang anak-anak Nur alami tu menunjukkan simptom yang normal.

 

Kos sekali jumpa doktor bila anak demam dah menjangkau amount RM100. Lagikan ini 2 orang. Tapi bila anak refused makan ubat, kita fikir ianya adalah suatu pembaziran. Entahlah. Tergolong dalam golongan B40 ni buatkan Nur sangat berhati-hati dalam pengeluaran duit. Suami cari duit bukan senang. Nur pula hanya surirumah/part time blogger berapa sangatlah yang ada.

 

Mungkin kalau Nur turutkan suruhan mak untuk ke klinik, Raihah tak akan sawan. Tapi benda dah jadi, tak perlu salahkan ini itu. Percaya setiap ketentuan Allah mesti ada hikmahnya. Inilah hikmahnya agar Nur lebih berhati-hati dan berfikiran lebih jauh dalam setiap keputusan yang Nur buat.

 

Mungkin juga ditakdirkan Nur dan Raihah untuk duduk di wad beberapa hari supaya dapat meluangkan masa berdua dengan lebih baik. Mungkin sejak Nur berbadan dua, Raihah kurang dapat perhatian dari Nur. Mungkin inilah masanya untuk Nur ganti semula kekurangan perhatian tersebut.

 

Dan sebagai orang Islam Nur yakin yang bila kita diberi ujian, itu menandakan Allah sayangkan kita. Terimalah ujian tersebut dengan berlapang dada dan bersangka baik selalu dengan Allah. Setiap ujian itu ada hikmah yang Allah nak tunjuk pada kita. Bersyukurlah, ujian itu tanda Allah sayang.

 

Apa Nak Buat Bila Anak Sawan?

 

Akhir kata, sebelum mengakhiri entry, Nur nak selitkan sedikit pesanan dan tips buat pembaca. Bila berada di situasi anak sawan, apa kita perlu buat supaya keadaan tak menjadi lebih buruk.

 

  1. Bertenang. Ni benda yang paling penting untuk mengelakkan kita blur dan mengakibatkan keadaan anak bertambah buruk.
  2. Bawa anak ke tempat yang selamat. Bila anak sawan, badan dorang akan kejang. Takut terlanggar apa-apa objek berbahaya.
  3. Posisikan anak mengiring ke kiri. Bila sawan, anak akan meleleh air liur ataupun boleh jadi dia muntah. Mengiringkan ke kiri dapat mengurangkan risiko anak tertelan balik cecair tersebut yang ada kaitan dengan jangkitan paru-paru jika tertelan.
  4. Jangan masukkan apa-apa objek ke dalam mulut ketika anak sedang sawan untuk mengurangkan risiko tertelan objek tersebut dan menghalang pernafasan.
  5. Longgarkan bahagian baju anak yang ketat.
  6. Boleh juga basahkan kepala dan badan anak untuk kawal suhu.
  7. Segera berjumpa doktor atau ke hospital.


Baca juga: 6 Fakta Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Sawan Demam Panas


Semoga perkongsian yang panjang ni bermanfaat buat pembaca diluar sana. Doakan urusan Nur dimudahkan selalu ya :)

0 Comments