Luahan Si Ibu Mengandung
Mengandung kali ketiga ni terasa betul cabarannya, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ni. Mual walaupun tak seteruk dulu, tapi masih ada. Tengah solat pun tetiba boleh nak uwekkkkk. Sesungguhnya diri ini letih. Tapi nama pun wanita kan? Inilah cabarannya.
Mengandung. Melahirkan. Menyusukan. Membesarkan.
Repeat. Sampai cukup quota yang dipersetujui laki bini. Kalau ikutkan Nur,
cukuplah tiga ni. Tapi suami Nur suka anak ramai. Katanya nanti meriah bila
hari tua nanti. Allahu. Tersenyum kelat ajelah mampu.
Bukan menolak rezeki. Tapi, Nur takut banyak-banyak
nanti, kualiti tak terjaga. Ada anak ni pun ujian juga. Semakin bertambah
pahala atau semakin bertambah dosa? Anak ni amanah. Anak ni tanggungjawab kita
sebagai ibu bapa sehingga akhir nadi kita. Mampukah aku?
Sekarang ni pun, allahu..... Mesti anak-anak pikir ibu
dorang ni singa jelmaan. Kejap garang. Kejap okay. Eh tetiba garang balik.
Betul-betul macam ombak di pantai. Sekejap pasang. Sekejap surut emosinya. Begitulah ibu mengandung, bila sistem tubuh badan huru hara, emosinya pun ikut sama.
Nurain Mardhiyah, yang sulung. Dekat rumah ni kami
panggil dia kakak. 4 tahun dah dia. Besar dah anak dara ibu. Makin pandai bawa
diri. Makin pandai hulur bantuan dekat ibu dia.
"Ibu, biar kakak mandikan adik. Ibu tak payah
susah-susah".
"Ibu, biar kakak yang basuh pinggan. Ibu tak
payah susah-susah".
Syukur alhamdulillah. Rajin anak ibu. Sejuk perut ibu
nak. Tapi Mardhiyah ni rajin juga mengusik adik dia. Karakter anak sulung
agaknya. Sebiji abah dia. Kuat menyakat. Muka pun sebiji abah dia. Copy paste.
Nurain Raihah, yang kedua. 2 tahun. Dekat rumah ni
kami panggil dia adik. Silap juga panggil adik. Tu yang manja lain macam.
Ataupun simptom nak dapat adik baru. Sungguh, sangat manja. Kuat merengek.
Itulah salah satu cabaran yang meletihkan Nur.
Salah sikit merengek. Kena usik merengek. Tak dapat
apa yang dia nak, merengek. Kesian juga kakaknya. Banyak kena mengalah sebab
sungguh Nur tak tahan dengar rengekan yang berlarutan. Macam nak pecah kepala
ni.
Sampai wujud rasa nak tinggalkan kebingitan ni. Nak
lari jauh-jauh. Nak berseorangan.
Tapi Raihah ni, walaupun begitu, memek muka dia
buatkan kita cepat cair. Mentel orang kata. Macam kucing jugalah senang kata.
Suka meleser. Suka duduk atas riba kita, even dengan strangers. Senang mesra
macam ibu dia. Sama-sama anak kedua. Karakter mungkin ada sedikit sama.
Begitulah kan anak-anak. Karakternya tak sama walaupun
lahir dari rahim yang sama. Kitalah sebagai ibu bapa yang perlu ekstra
fleksibal untuk anak-anak dan keluarga. Especially si ibu yang banyak habiskan
masa dengan anak-anak.
Berbalik pasal nak berseorangan tu, Nur yakin ramai
ibu-ibu terutama mereka yang surirumah 24/7 hadap anak akan rasa begitu.
Melainkan suami ada banyak masa dirumah, so dia dapat bantu kita take over
jagakan anak walaupun bukan 100%.
Namun apakan daya. Si suami pun ada tanggungjawab lain
yang perlu dia galas iaitu mencari rezeki buat kami sekeluarga. Syukur
alhamdulillah suami Nur orangnya rajin dan boleh diharap. Cumanya, masa dia
dirumah agak terhad. Cutinya hanya hari Ahad. So khidmat dia pun terhad.
Begitulah kehidupan kita sebagai manusia kan? Sentiasa
akan diuji tanpa kita duga apakah ujian itu. Tapi segalanya pasti ada hikmah.
Pasti ada sesuatu yang Allah ingin kita pelajari. Bersyukurlah diberi ujian.
Itu tanda Allah sayangkan kita.
Entry ni disiarkan pun bukan untuk mengeluh dengan kehidupan kini. Sekadar meluah, dengan harapan sedikit lega dan kembali bersemangat meneruskan kehidupan yang mencabar sebagai ibu mengandung. Bukan apa, stress sangat karang takut mempengaruhi si kecil dalam rahim ni.
Terima kasih buat yang sudi membaca. Doakan Nur terus
sabar & kuat ya :)
1 Comments
take care Nur. Tahniah untuk baby ke3. semoga semuanya sihat =D
ReplyDelete