Makyong Jadi Tour Guide Celup Orang JB Datang Kluang
Lama ya kakak iparku sayang, Kak Amy plan nak bawa anak-anak, Arsyad terutamanya naik choo choo train. Kalau tak salah dari sebelum Covid melanda lagi. Kalau tak salah lah.
Alhamdulillah akhirnya menjadi juga plan nak naik choo
choo train dari Johor Bahru ke Kluang Sabtu lalu. Seronok tak terkata ya
anak-anak buah Mak Ngah (Nur bahasakan diri Nur dengan anak buah Mak Ngah).
1. Restoran Bawah Kolong
Sampai je Kluang, dorang 4 beranak terus pergi Restoran
Bawah Kolong naik grab. Sini antara tempat yang viral juga lah di Kluang. Tapi
Nur yang dah 5 tahun duduk Kluang pun baru sekali je makan dekat sini. Haha.
Kak Amy cakap lauk pauk dekat sini sedap-sedap belaka. Boleh lah nanti Nur try
pergi makan lunch dekat sini.
Kami semua pun lepak dan berbual lah sekejap dekat
Restoran Bawah Kolong ni. Seronok Mardhiyah dapat jumpa sepupu dia. Berlari ke
sana ke mari macam tak kenal erti penat.
2. Gunung Belumut
Kemudian kami terus ke rumah Nur. Nak berehat dan
mandi dulu katanya. Maklumlah cuaca panas yang amat hari Sabtu tersebut. Puas
berehat terus buat plan mengejut nak main air di Gunung Belumut.
Suami Nur apa lagi. Terus dia keluarkan set masak
outdoor yang dia beli PKP lalu. Dapur portbale tu baru guna sekali. Itupun untuk
Nur buat video. So sebelum ke Gunung Belumut kami singgah lah kedai sekejap
untuk beli tempura, kentang, Pak Mat Western dan lain-lain untuk santapan kami
di sana.
Kami sampai Gunung Belumut dalam jam 3 lebih macam tu.
Penjaga yang berada di pintu depan Gunung Belumut kata boleh main air sampai
jam 4 petang sahaja. Terkejut juga kami dengar. Cepat betul tutup. Rupanya ada
kisah disebalik keputusan tutup awal ni. Nanti Nur cerita di entry lain ya.
Lepas letak beg di tempat teduhan suami Nur terus set
up dia punya dapur portable. Tapi yang kelakarnya, dapur tu buat hal pula. Dia
taknak hidup lah pulak. Gigih lah abe sayang Nur kokak sana sini, tetap juga
taknak hidup. Takde rezeki betul nak main masak-masak dekat situ.
Budak-budak jangan cakap. Memang tak sabar dah nak
gedebushhhh dalam air. Seronok tengok dorang enjoy moment dengan alam
semulajadi. Kalaulah pergi awal, dapatlah lepak lama sikit. Tapi takpelah,
rezeki untuk haritu itu sahaja.
Puas main air, kami singgah pula solat Asar di Masjid
Jamek Felda Ulu Dengar kemudian meneruskan perjalanan kami untuk mengisi perut
yang kosong di Ngepot Kabin yang dimiliki oleh Selebriti Maharaja Lawak kita,
Shahrol Shiro.
Nur pernah makan dekat sini pun sekali je. Itupun masa
awal pembukaan Ngepot. Lepastu tak rasa teringin nak datang lagi dek kebisingan
live band di sini. Orang yang kurang gemar suasana hiruk pikuk macam Nur memang
tak suka tempat makan yang bising. Tak tenteram diri nak menjamu selera.
Tapi syukurlah, masa Nur datang tu takde live band.
Tak pasti memang dah tak ada atau belum start sebab kami datang sana lewat
petang.
3a. Seoul Bunsik
Nur order
topokki. Suami Nur kata kedai Seoul Bunsik baru juga buka di Ngepot. Sempat lah
interview pekerja disitu bertanyakan rice cake yang digunakan.
Katanya rice cake yang digunakan direct dari Korea dan ada sijil halal. Lega lah juga dengar. Tak menyesal ya order. Memang sedap topokki dekat sini. Rice cake dia kategori lembut (tak terlalu kenyal) dan kuah dia yang manis pedas tu sedap. Satu mangkuk yang berisi rice cake, fish cake, telur rebus dan sedikit sayur berharga RM13. Ada tambahan bayaran kalau nak add on telur rebus dan fish cake (eomuk).
Kenyang makan, kami pun balik tapi sebelum tu singgah
solat maghrib di Surau al-Falah di Kampung Melayu. Nur suka singgah solat dekat
situ sebab tempat wudu' wanita ada dekat dalam. Tak susah hati tudung basah
hehe.
Keesokan pagi, Nur prepare sarapan untuk semua.
Sarapan kali ni mewah sikit sebab ada Pak Mat Western. Yela, semalam dekat
Gunung Belumut kan tak dapat makan dek portable stove yang taknak hidup tu, so
Nur masak lah buat makan sarapan.
Oh ya, portable stove tu dah elok tau. Abe sayang Nur
lah pomenkan dia. Dia memang sejenis gigih, mak mertua cakap memang dari kecik
suka pomenkan benda. Alhamdulillah bermanfaat peel suka pomenkan benda tu.
Habis di kekahnya dapur tu sampai dapat hidup. Katanya ada habuk besi yang
menyumbatkan saluran gas. Itu yang api taknak hidup.
4. Kluang Rail Coffee
Lepas sarap, kemas dan bersiap untuk hantar abang, Kak
Amy, Arsyad dan Athiyyah ke Stesen Keretapi Kluang. Tapi sebelum tu singgah
Kluang Rail Coffee dulu. Abang Nur teringin sangat nak pekena roti bakar dan
kopi dekat situ.
Mula-mula kami pergi ke cawangan di Jalan Ciku, tapi
macam biasalah beraturnya panjang amat. Jam pun dah pukul 11 lebih masa tu. Tak
sempat kalau nak layankan que yang panjang tu sebab dorang nak naik train jam 12
nanti.
Oh untuk info pembaca, dekat Kluang ni ada 4 cawangan
Kluang Rail Coffee ya.
1. KTM Kluang
2. Jalan Ciku
3. Taman Tasik
4. Taman Seri Impian
So nak taknak pun kitorang terus pergi ke KTM Kluang
dan cuba nasib untuk dapat makan dekat cawangan situ. Tapi sama juga beratur
panjang. Mujurlah suami Nur ada kenalan yang bekerja di situ. So dengan bantuan
kawan suami Nur tu, dapatlah abang Nur merasa roti bakar dan kopi Kluang Rail
Coffee tapi kami tapau jela, bukan makan dekat kedai.
Alhamdulillah lega tuan rumah dapat lunaskan keinginan
tetamu. Dapatlah lepaskan mereka pulang dengan hati yang tenang. Tapi hati anak
sulung Nur tak tenang ya, sebab dia nak juga naik choo choo train. Alahai
kesian dia menangis. Sabar ya sayang. Ibu kamu ni pun belum melunaskan
'teringin' yang satu ni dari mengandungkan adik kamu si Raihah tu.
Yela, dek kesibukan suami punya kerja dan PKP 2 tahun
lalu, tergendala semua keinginan. Ni dah mengandungkan anak yang ketiga ni,
teringin juga nak naik train untuk ke JB tapi bila ya? Nak pergi sendiri takut
tak cukup tangan nak handle 2 ketul Nurain yang lasak tu. Tengoklah macam mana
nanti ya....
Akhir kata, terima kasih abang, Kak Amy, Arsyad &
Athiyyah sudi mencemarkan duli datang ke Kluang. Nanti datang lagi ya. Mana
tahu masa tu dah duduk rumah lain pulak ke kan. In shaa Allah. Hihi :)
3 Comments
Wow... syioknyaaaa ada orang bwk jln jln.. hihi... Semangat mak yonggg g mkn mkn.... Ooo...Baru tahu kedainya Sharol shiro ek... Kalo ke sana..leh try ler...Moga tercapai impianmu menaiki kereta api... Amin....
ReplyDeletenanti datang kluang meh laaa singgah rumah aku nona. aku bawak jalan2 hehe
Deletemenyelam sambil minum air ni.. jd tour guide dan melancong sekali... hehehehe.. kakmim follow ye.. salam kenal
ReplyDelete