Pelembap Muka yang Ada Niacinamide Terbaik untuk Kulit Berminyak
Memiliki kulit berminyak kadang-kala membuatkan kita segan dan rasa kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai. Begitulah Nur suatu ketika dahulu, terutamanya zaman persekolahan.
Rasa macam nak cuci muka selalu je
untuk bersihkan kulit berminyak ni. Tapi bila terlalu kerap cuci muka, kulit
jadi tegang pula. Kesudahnya, tisu minyak tulah menjadi pilihan terakhir untuk
mengelap minyak berlebihan di muka.
Nak pakai pelembap muka pun takut
sebab mindset Nur waktu tu bila pakai pelembap muka akan jadi lagi berminyak,
berlengas dan rimas. End up tak pakai pun pelembab muka.
Semua orang maklum yang pelembap muka
sangat penting dalam rutin harian penjagaan kulit muka agar dapat mengunci
kadar air pada kulit muka sehingga dapat mencegah kulit muka dari mengalami
dehidrasi.
Tapi waktu tu akses internet tak
macam sekarang. Nak dapatkan informasi pun susah. Padehal, kalau kita cukup
informasi, boleh je jumpa pelembap muka yang bersesuaian dengan keadaan kulit
kita.
Antara beberapa point penting yang
perlu diambil kira semasa pemilihan pelembap bagi kulit berminyak adalah
seperti berikut:
1. Berasaskan Air (Water Based)
2. Non Comedogenic
3. Bebas Minyak (Oil Free)
4. Elakkan Bahan seperti Petroleum,
Lanolin, Cocoa Butter dan Alkohol
5. Mengandungi Hyaluronic Acid,
Salicylic Acid dan Niacinamide
Kalau korang perasan, sekarang ni
banyak dah produk penjagaan kulit yang mengandungi niacinamide. Tapi apa tu
niacinamide?
Baca lagi : 50 Resepi ayam
Apa
Itu Niacinamide?
Niacinamide adalah sejenis vitamin B3
yang merupakan nutrien penting untuk badan dan kesihatan kulit. Niacinamide
adalah ramuan dalam produk penjagaan kulit yang mempunyai potensi untuk
menangani pelbagai masalah kulit muka.
Dengan potensi fungsi ini, tidak
dinafikan bahawa niacinamide telah menjadi sangat popular di kalangan pencinta
penjagaan kulit.
Secara umumnya, niacinamide memiliki banyak kelebihan termasuklah:
1. Membantu membina keratin, sejenis protein yang memastikan kulit kita pejal dan sihat.2. Membantu kulit kita menggalakkan penghasilan lapisan ceramide (lipid barrier), yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
3. Bantu mengurangkan keradangan, meredakan kemerahan akibat kesan alergi, jerawat dan masalah keradangan kulit yang lain.
4. Membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari.
5. Membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap di muka.
6. Membantu mengurangkan beberapa tanda kerosakan akibat sinaran matahari seiring dengan penuaan. Ini termasuklah garis halus dan kedutan.
7. Membantu membina sel dalam kulit sambil melindunginya daripada tekanan persekitaran seperti cahaya matahari, pencemaran dan toksin.
8. Membantu masalah jerawat yang teruk, terutamanya jerawat jenis papula dan pustula. Lama kelamaan, tekstur kulit akan bertambah baik.
Kebaikan Niacinamide untuk Kulit Berminyak
Secara keseluruhannya, banyak
kebaikan niacinamide buat kulit kita terutamanya dalam perihal mengunci
kelembapan kulit. Namun, tidak dilupakan niacinamide juga memberi peranan yang
sangat besar buat mereka yang memiliki kulit berminyak.
Seperti yang Nur telah sebut di
perenggan tiga di atas bahawa kebanyakan kita yang memiliki kulit berminyak
takut untuk memakai pelembap muka kerana tidak ingin kulit muka menjadi
berminyak teruk. Sedangkan jika kita memilih pelembap muka yang betul, perkara
sebegitu tidak akan berlaku.
Baca juga: Rawatan Laser Jeragat
Tahukah korang, kulit muka yang tidak
cukup lembap dan kekurangan air boleh mengakibatkan dehidrasi. Lebih parahnya lagi, kulit yang dehidrasi akan
menghasilkan lebih banyak minyak. Itu yang jadi kulit berminyak teruk tu.
Kajian klinikal menunjukkan bahawa kandungan niacinimide yang ada dalam pelembap muka boleh membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan menghalang kelenjar sebum di muka kita daripada menjadi terlalu banyak yang seterusnya boleh menyebabkan terjadinya masalah seperti:
- Bintik hitam
- Jerawat
- Penampakan pori yang besar
- Garis halus
- Keradangan kulit
Pengalaman Bersama Aqua Whitening Cream
Nur pun dah 2 tahun pakai pelembap muka yang ada niacinamide iaitu Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Nur pernah cerita dengan lebih details tentang Aqua Whitening Cream ni di entry sebelum ni. Ternyata pilihan untuk kekal setia bersama produk Hansaegee Nature ni tidak sia-sia.
Baca juga: Fungsi Water Based Moisturizer untuk Kulit Berminyak
Surirumah sepenuh masa macam Nur
memang banyak habiskan masa dekat dapur. Paham-paham jela dengan cuaca Malaysia
yang panas ni, ditambah pula dengan kepanasan api dekat dapur tu, buatkan kulit
muka Nur makin panas, berminyak dan cepat hilang air.
Mujurlah Nur amalkan pemakaian Aqua
Whitening Cream setiap pagi dan malam sebagai rutin harian penjagaan kulit Nur. Minyak di muka sentiasa terkawal
dan terhidrasi sentiasa walau apa jua aktiviti yang Nur lakukan baik di dalam
mahupun di luar rumah.
Kalau tak percaya, korang cubalah
pakai Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. Rasakan sendiri betapa
nikmatnya muka terasa sejuk dan fresh
setiap kali selepas memakai pelembap muka dari Korea ni. Walaupun cuaca panas,
muka korang maintain cun dan tak berlengas sebab minyak di muka masih terkawal. Memang best!
Gambar dekat bawah ni adalah beberapa gambar Nur ketika melakukan aktiviti luar rumah di bawah terik matahari tanpa berasa risau kulit akan terbakar dan kering. Sebab apa? Sebab Nur dah pakai siap-siap Aqua Whitening Cream sebelum dan selepas melakukan aktiviti luar tersebut. Kesannya kulit muka Nur tak terbakar dan kekal terhidrat.
Akhir kata, faedah mengekalkan
kelembapan bukan hanya untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering sahaja
malah buat mereka yang memiliki kulit berminyak juga ya.
Nur harap perkongsian Nur tentang pelembap muka yang ada niacinamide terbaik untuk kulit berminyak ni bermanfaat buat mereka yang sedang mencari pelembap muka yang sesuai dan memuaskan.
Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: hansaegeenature
FB page: HansageeNature
YouTube
page: HansaegeeNatureMalaysia
2 Comments
best je review ni, nak belilah satu
ReplyDeleteTry lah shu. Memang best moisturiser dia
Delete