10 Kelebihan Kedai Emas Miragold yang Warganet Mesti Tahu
Orang perempuan ni, kebanyakannya tak boleh dipisahkan
dengan perhiasan barang kemas. Pantang ada duit lebih sikit mesti terbayangkan
design barang kemas terbaru yang penuh membanjiri 'feed' media sosial kita
sehari dua ni. Roti bun lah, kerepek bawang lah, petai lah, pulut dakap lah,
bola rotan lah. Malah ada juga design yang disamakan dengan latok. Aduhai
netizen, kreatif sungguh!
Nur ni walaupun bukan peminat barang kemas, bila
hari-hari tengok jadi berkenan pula nak pergi cuci mata tengok barang kemas depan
mata. Tak puas tengok dekat screen je. Alang-alang Nur balik rumah mak di
Masai, sajelah Nur pergi cuci mata dekat Kedai Emas Miragold.
Kenapa Miragold? Sebabnya, Nur ada dengar cerita yang
founder Miragold berasal dari Kluang. Tapi dekat Kluang takde Miragold so kita
pergi lah dekat Eco Tropics Kota Masai. Nur sekarang dah jadi orang Kluang, so
kita kasi support lah dekat usahawan muda 100% bumiputera. Tak salah kan?
Kisahnya, masa cuci mata tu ada terpandang satu
cincin. Simple je design dia. Biji sawi orang panggil. Nipis pulak tuu. Sempat
lah cuba sekejap. Berkenan betul tapi tak beli pun lah. Nama pun cuci mata kan.
Tapi yang harunya, malamnya tu Nur mimpikan cincin tu.
Ahhh sudahhhhh. Ni kalau dah masuk mimpi tak boleh bawa main. Keesokan hari Nur
tak terus pergi Miragold balik. Nur biar dulu 1 hari nak tengok memang betul ke
nak beli cincin tu. Tapi sah. Memang teringin. 1 hari dok terbayang cincin tu.
Tak boleh jadi ni.
Lusanya baru Nur pergi balik Kedai Emas Miragold.
Minta izin dengan abe saiyang siap-siap yang Nur nak trade in cincin lama yang
dia hadiahkan dulu. Nur rimas sebenarnya pakai 2 cincin. Nak satu je. Gelang
pemberian dia masa ijab kabul dulu pun Nur simpan dalam kotak. Tak senonoh kan
perangai?
Kelebihan Kedai Emas Miragold
Jadinya, berdasarkan sesi cuci mata, trade in dan jual
beli di Kedai Emas Miragold Eco Tropics Kota Masai, Nur dapat simpulkan
beberapa kelebihan Miragold yang menarik pengunjung dan peminat barangan kemas
untuk datang cuci mata dan membeli di sini.
1. Pekerja yang Sangat Mesra
Nak buka pintu kedai sahaja sudah dibantu oleh staf
yang peramah dan manis senyumannya. Ditambah pula dengan sambutan mesra
beberapa orang staf didalam kedai. Wahhhh seronok rasa.
Kita sebagai pelanggan pun tak rasa kekok dan segan
untuk bertanya ini dan itu. Sambil membeli sambil belajar gitu. Banyak info dan
ilmu tentang dunia barang kemas yang staf Kedai Emas Miragold kongsikan. Staf
pun muda-muda lagi tau.
Staf sangat membantu. Mudah aje urusan Nur trade in
dan jual beli sebentuk cincin dan 1 gram gold bar 999.99 haritu.
2. Menggunakan Sistem Nombor
Sistem nombor adalah perkara kedua yang Nur gemar di
Kedai Emas Miragold. Pengurusan pelanggan tampak lebih sistematik dan teratur.
Jadinya, tiadalah isu pelanggan menunggu lama atau potong que dan seumpama
dengannya. First come first serve gitu.
3. Emas Tanpa Upah
Buat penggemar barangan kemas, mungkin point ini
adalah point utama yang menjadi kegemaran mereka iaitu emas tanpa upah. Tapi
kalau dah berkenan dengan sesuatu design tu, jangan lupa tanya ya ada upah
ataupun tak.
Setahu Nur, tidak semua barang kemas di Kedai Emas
Miragold tiada upah. Namun begitu, kadar upah yang dikenakan tidaklah begitu
tinggi. Mampu milik dan mampu bayar untuk semua pelanggan. Macam Nur beli
cincin haritu, upah dia RM30 sahaja.
4. Kadar Trade In Tertinggi Setiap Masa
Nur sendiri sudah pun buat double check untuk point
yang ini dengan beberapa kedai emas lain. Memang betul terbukti Kedai Emas
Miragold memiliki kadar trade in tertinggi setiap masa.
So buat mereka yang rasa macam nak trade in barangan
kemas yang lama tu, Nur recommend untuk datang ke Kedai Emas Miragold sebab Nur
sendiri dah trade in cincin lama Nur untuk pembelian cincin yang baru.
5. Pelbagai Design Terbaru
Masa cuci mata tu memang nampak lah yang koleksi
barang kemas di Kedai Emas Miragold up to date. Nur difahamkan yang Miragold
ada staf yang khas untuk study trend terbaru barangan kemas dari semasa ke
semasa. Bayangkanlah, untuk rantai tangan sahaja ada lebih 800 design.
6. Suasana Kedai yang Cantik dan Selesa
Yes. Kedai Emas Miragold memang cantik dan selesa.
Masuk je kedai dah terpana tengok chandelier yang menambahkan lagi seri
dekorasi kedai. Sofa empuk juga turut disediakan buat pelanggan selesa menunggu
nombor giliran.
Tandas dan surau juga disediakan untuk pelanggan dan
staf. So kalau rasa nak luangkan masa yang lama di Kedai Emas Miragold,tak
perlu risaulah ya andai kata nak melepaskan 'hajat'.
Baca juga: Duit Tabung Haji
Kedia Emas Miragold Eco Tropics Kota Masai juga
terdiri daripada bangunan 2 tingkat yang menambahkan lagi keselesaan pelanggan.
Takdelah bersesak sangat dalam 1 ruang yang sama kan?
7. Harga Istimewa Buat Pelanggan yang Memiliki Kad
Keahlian
Kad keahlian Kedai Emas Miragold hanyalah serendah
RM29 untuk yang pertama kali mendaftar sebagai ahli. Kemudian RM10 akan
dikenakan untuk bayaran tahunan.
Dengan harga serendah ini, pelanggan boleh menikmati
harga istimewa yang ditawarkan Miragold.
Malah, untuk pelanggan yang memiliki kad keahlian,
pelanggan boleh menebus 1 gram gold bar 999.99 secara percuma apabila sudah
mencecah 25, 000 point.
8. Hadiah Percuma untuk Pelanggan
Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai hadiah percuma
yang menarik dari Kedai Emas Miragold. Sebagai contoh, apabila pelanggan
membeli 1 gram gold bar 999.99 edisi raya selama 5 tahun berturut-turut,
pelanggan akan menerima 1 gram gold bar 999.99 secara percuma pada tahun
keenam. Menarik bukan?
Tahun 2027 nanti kita tunggu ya hadiah menarik ni.
Sebabnya Nur dah terjebak beli 1 gram gold bar 999.99 edisi raya Kedai Emas
Miragold.
9. Memiliki Tukang Emas Profesional
Kedai Emas Miragold memiliki tukang emas profesional
yang memiliki pengalaman dalam dunia barangan kemas selama 14 tahun.
10. Menyediakan Servis Ukiran Nama
Ni mesti ramai yang suka kan? Pelanggan boleh dapatkan
servis ukir nama ni dari tukang emas profesional berdasarkan budget pelanggan
sendiri.
Cantik terpahat nama sendiri di barangan kemas seperti
cincin, loket, rantai leher, rantai tangan dan subang. Pilih je mana yang
berkenan di hati. Bermacam jenis ada termasuklah jenis plate, pahat mata ikan,
chrome, pahat silak dan lain-lain.
Menarik kan Kedai Emas Miragold? Selain di Kota Masai,
terdapat lagi satu cawangan Kedai Emas Miragold iaitu di Bandar Baru Uda. Buat
mereka yang berminat untuk membeli dengan Kedai Emas Miragold namun tidak boleh
datang ke kedai di Kota Masai mahupun Bandar Baru Uda, korang boleh beli online
sahaja.
Kedai Emas Miragold juga terkenal dengan jual beli
barangan kemas secara online. Tengok ajelah dorang punya live di media sosial
tidak berhenti dari jam 10 pagi sehinggalah 11 malam. Ingat emas, ingat
Miragold. Ingat live, ingatlah Miragold. Hola hola hola!
Miragold, merealisasikan impian setiap wanita untuk
kelihatan lebih bergaya, mewah dan jelita di samping menjana simpanan untuk
masa akan datang.
Alamat: NO 17A, Jln Ekoperniagaan 7, Taman Kota Masai,
81700 Pasir Gudang, Johor
Waktu operasi: 10:00AM - 9:00PM
No. Telefon: 07-2553855 // +6011-10516455
Email: miragold.gcommerce@gmail.com
Facebook: Miragold
Instagram: emasmiragold
Tik Tok: emasmiragold
YouTube: MIRAGOLD
6 Comments
first time dtg terus jatuh cinta, lain kali beli emas kena dtg sini
ReplyDeletejatuh cinta atas banyak sebab. emas banyak design, kedai cantik & selesa, staf friendly
Deleteassalamualaikum nur...mengancamkan,tengok jer dah tergoda jiwa raga..hahahha
ReplyDeletewaalaikumussalam mama. iya maaa, mengancam sampai terbawa ke mimpi
DeleteDekat dengan rumah, tak silap baru renovate kedai emasnya ni.. dulu masa pergi beli emas di sini, lain hiasan dalamannya..
ReplyDeletei see. padanlah semua nampak baru
Delete