5 Sebab Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra dari Mamaway Menjadi Pilihan Ibu Mengandung
Tahniah buat ibu yang sedang hamil. Mesti excited
tengok perubahan yang terjadi pada badan kita dari bulan ke bulan terutamanya
saiz perut kita kan? Sampai termengah-mengah dibuatnya. Buat kerja sikit je dah
mengah. Kusss semangat!
Namun ada seperkara lagi yang Nur perasan turut
berubah semasa fasa kehamilan yang mengujakan ini iaitu perubahan payudara
kita. Selain payudara menjadi lembut, urat pada payudara semakin kelihatan,
areola menjadi semakin besar dan gelap, puting menjadi semakin sensitif, kehadiran
benjolan kecil di keliling areola, payudara mula basah, payudara kita turut
berubah saiz tau.
Mungkin seronok buat mereka yang memiliki saiz asal
payudara yang tidak begitu besar dan mengalami perubahan saiz payudara semasa
hamil. Tapi buat mereka yang memiliki saiz asal payudara yang besar dan
bertambah saiznya semasa hamil, boleh pening juga kerana ketakutan susah nak
jumpa 'baju dalam' ataupun maternity & nursing bra yang sesuai dan selesa
dipakai.
Jadinya entry kali ini Nur nak share dengan korang
Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra dari Mamaway yang Nur sudah
pun pakai sejak 3 bulan yang lalu. Bra yang Nur terima berwarna dusty pink dan
bersaiz 2XL (saiz paling besar).
Nur mula pakai bra ni seawal 18 minggu kehamilan
sehinggalah sekarang ni dah 29 minggu. Selepas 3 bulan pamakaian Antibacterial
Seamless Maternity & Nursing Bra dari Mamaway ni, Nur dapat simpulkan yang
bra Mamaway ni memang bra yang best untuk ibu hamil pakai. Nak tahu sebab apa?
Teruskan baca ya.
1.
Regangan Fabrik yang Cukup Baik
Mulanya risau juga takut sempit dan kurang selesa bila
pakai sebab sekali imbas nampak material Antibacterial Seamless Maternity &
Nursing Bra dari Mamaway ni macam firm gitu.
Tapi..... jauh meleset ya Nur punya first impression
bila dah cuba pakai even tak basuh lagi. Sungguh selesa lebih-lebih lagi untuk
mereka yang memiliki saiz payudara yang besar.
Even sekarang ni dah 7 bulan mengandung pun masih
selesa pakai. Kedua-dua 'cup' dan sayap belakang bra meregang dengan baik,
malah dapat memberi 'sokongan' payudara yang baik seiring dengan perubahan saiz
badan dan payudara. Senang kata masih
nampak 'firm' dan tak londeh.
2.
Pelapik Tidak Keluar Semasa Cucian
Korang ada pengalaman tak kena adakan masa untuk
masukkan balik pelapik cup lepas cuci bra? Annoying kadang-kadang tu kan nak
gayakan pelapik tu bagi dia masuk cantik macam asal.
Tapi tidak dengan Antibacterial Seamless Maternity
& Nursing Bra dari Mamaway ni ya. Pelapik bra ni diperbuat daripada bahan
yang memiliki ketumpatan yang tinggi, malah dijahit utuh dan rapi supaya
terletak elok di bahagian cup walaupun di henyak pusingan mesin basuh
berkali-kali. Jadinya, jimatlah masa kita tak payah susah payah nak masukkan balik
pelapik tu. I like!
3.
Fabrik Bra yang Bernafas dan Selesa
Masa mengandung ni badan kita sentiasa rasa panas kan?
Ditambah lagi dengan cuaca di Malaysia yang sedia kala panas, memang kita akan
kerap berpeluh.
Tapi menariknya, walaupun payudara 'dikurung', Nur tak
rasa rimas pun kerana fabrik Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra
dari Mamaway ni jenis bernafas dan membuatkan Nur rasa selesa walaupun panas
dan berpeluh melakukan aktiviti dan rutin harian sebagai seorang surirumah.
4.
Bra Bercirikan Antibakteria & Tidak Berbau Kepam Walaupun Berpeluh
Tapi bila ada teknologi Meryl Skinlife, mikrozarah
perak yang wujud itu dapat memastikan tiada bakteria yang boleh hidup dalam
tekstil, seterusnya dapat mengekalkan keseimbangan semula jadi kulit dan
mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.
Sebab tu nama bra ni ada perkataan antibacterial. Haha
mula-mula Nur pelik juga tengok nama dia. Tapi bila dibaca, baru faham apa
kaitan Meryl Skinlife dengan sifat antibacterial dan anti odour yang ada pada
bra ni.
5.
Klip Menyelak Bra yang Mudah Dikendali
1 lagi perkara yang Nur ambil kira selain faktor
keselesaan untuk pemilihan nursing bra adalah klip untuk kemudahan menyelak
nursing bra semasa penyusuan baby nanti.
Untuk perihal klip, so far Nur rasa tiada masalah
berkaitan klip pada Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra dari
Mamaway ni. Hanya menggunakan satu tangan sahaja klip boleh dibuka dengan
mudah. Harapnya nanti bila dah start berpantang, senang jela proses nak
menyusukan baby nanti.
Cumanya nanti berpantang kena letak extra pad
(pelapik) sebab biasanya semasa berpantang, susu Nur keluar sendiri menyebabkan
bra basah.
Biasanya perkara ni terjadi semasa Nur berpantang je.
Mungkin badan belum dapat tune lagi berapa kuantiti 'demand dan supply' yang
diperlukan baby, itu yang kadang oversupply so terkeluarlah susu tu dengan
sendirinya.
Jadi secara keseluruhannya, Nur berpendapat bahawa
Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra dari Mamaway ni adalah satu
pelaburan yang baik dan memuaskan buat para ibu mengandung dan juga ibu
menyusu.
Brand Mamaway juga ada banyak lagi produk berkualiti
yang sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. So korang bolehlah tengok
Mamaway punya website dan juga media sosial yang lain ya.
Oh ya, sebelum Nur lupa, korang boleh nikmati discount sebanyak RM15 jika membuat pembelian melebihi RM150 dengan menggunakan promo code MAMABLOG-DECA. Selamat membeli-belah produk Mamaway ya :)
Mamaway Malaysia
Website: www.my.mamaway.com
Instagram:
mamawaymy
Facebook: MamawayMalaysia
1 Comments
Hahahaha Nur, Sis pakai bra ni Nur, walau tak preggy pun.. pakai harian dan buat tidur, kalau jalan luar je pakai yang besi punya..
ReplyDelete