Pengalaman Pertama Kali Naik Keretapi dari JB Ke Kluang
Seumur hidup Nur tak pernah naik keretapi. Menginjak 29 tahun ni barulah pertama kali naik keretapi bersama anak-anak tercinta dari Johor Bahru ke Kluang. Itu pun last minute punya plan.
Kami balik ke rumah mak ayah di Masai hujung minggu
dan plan untuk balik ke Kluang hari Isnin. Tetiba datang idea suruh abe saiyang
balik sensorang hari Isnin tu, dan kami 3 beranak balik Kluang naik keretapi.
Ni kira plan berani mati jugak lah. Haha tak mati pun.
Cumanya, Nur dengan perut terboyot ni nak bawa dua anak yang ligat naik
keretapi tanpa suami buat pertama kali, rasa macam haru jugak. Tapi
mengenangkan bila lagi nak naik, timing pun selalu lari dek komitmen kerja dan
sebagainya, ahhhh kasi langgar jela.
Yang penting terlaksana apa yang diinginkan sejak
mengandungkan anak kedua. Haaaaa dari anak kedua tau teringin nak naik
keretapi. Tapi masa tu virus COVID-19 melanda, punah harapan. Budaknya pun dah
2 tahun dah 2022 ni, tup tup mengandungkan yang ketiga pulak. Pun teringin naik
keretapi.
So buat yang pertama kali naik keretapi macam Nur, dan
tak tahu macam mana, meh sini Nur ajar. Cehhhhh poyo tau!
Buat Tempahan Tiket Keretapi
Tempahan tiket boleh dibuat secara online ataupun walk
in. Tapi nak mudah haritu Nur book online je di https://online.ktmb.com.my
Kalau dari JB ada 2 lokasi origin iaitu JB Sentral dan
Kempas Baru. Haritu Nur pilih Kempas Baru. Tempatnya kecil sahaja. Ada warung
tapi kami tak sempat singgah. Lot parking pun tak banyak so bergantung pada
rezeki masing-masing ya.
Kemudian pilihlah kemana destinasi yang ingin dituju
dan tarikh berlepas. Macam Nur memang nak balik Kluang je so klik sekali I AM
TRAVELING ONE WAY. Kalau yang nak balik semula ke JB, abaikan option tersebut
dan set kan tarikh untuk return.
Untuk kanak-kanak Nur tak sure umur berapa baru di cas
tiket. Haritu Nur beli 2 tiket sahaja iaitu untuk Nur dan adik Nur; Siti. Last
minute dia nak ikut temankan kakak dia. Risau lah cekononnya padehal kakaknya
tak minta pun. So suwitttttttt.
Dah set semua tekanlah SEARCH. Nanti akan keluar senarai waktu keretapi berlepas. Haritu Nur ambil jam 8:50AM. Dekat area waktu tu, korang slide ke kiri akan nampak Login to view untuk mereka yang pertama kali ingin menempah tiket ETS/Intercity di laman web KTMB. Kemudian isi lah details yang diperlukan dan klik Sign up dan teruskan untuk Pick seats.
Masa pilih seat tu, Nur main pilih je mana-mana.
Nur pilih gerabak C sebab dekat situ takde orang. Maklumlah bawa anak-anak yang
ligat, Nur prefer gerabak yang takde orang. Takut orang tak selesa dek
kebisingan anak-anak Nur. Syukurlah masa hari kejadian, ada 2 orang penumpang
perempuan yang lain. Sukalah Mardhiyah ada 'kakak' yang melayan dia. Anak
sulung Nur kepoci sikit. Mesra alam orangnya.
Dah pilih seat mana, kemudian proceed ke pembayaran
dan tunjukkan tiket online kepada staf yang jaga dekat tempat berlepas tu.
Masuk je dalam keretapi, anak-anak Nur lah manusia
paling happy. Dah lama juga yang sulung tu request. Alhamdulillah tertunai
juga. Gerabak C tu dah macam anak Nur yang punya. Gasak lah dorang berlari ke
depan ke belakang. Dalam gerabak tu pun tak ramai orang, so kami tukar seat
lain yang lebih sesuai.
Tapi walaupun happy keinginan tertunai, ada cerita tak
best juga. Nur mabuk naik keretapi. Pening sangat kepala. Kelakar betul lah.
Siap boleh muntah lagi. Syukurlah tak lama dari JB ke Kluang tu.
Perjalanan pun jadi lama sikit sebab ada 4 kali
berhenti kalau tak silap untuk mengambil penumpang yang lain di Kulai, Renggam,
Layang dan Mengkibol kalau tak salah Nur. Berhenti tu tak lama mana pun, tapi
orang yang tengah mabuk ni kalau boleh nak cepat sampai je. Haha.
Sampai je Kluang terus singgah Kluang Rail Coffee
pekena kopi dan roti bakar, juga menu yang lain. Selamat lah balik Kluang hari
bekerja, kalau hujung minggu tak tahulah berapa jam kena beratur demi secawan
kopi Kluang Rail Coffee ni.
Pastu suami Nur datang ambil kitorang dan terus menuju
ke rumah. Dah mabuk sangat tu, rumahlah tempat yang paling selesa. Rehat dan
tidur kejap, petang tu sebelum hantar Siti ke stesen untuk balik ke JB, nur
singgah ke Seoul Bunsik di Ngepot Kabin untuk tapaw topokki. Teringin makan
topokki pulak. Sedap juga topokki dekat situ sebab rice cake dia tak terlalu
kenyal.
Oh ya, kalau yang datang Kluang untuk berjalan,
biasanya dekat stesen Kluang tu, akan ada pakcik berbangsa Cina yang dah standby
untuk menawarkan servis jalan-jalan Kluang. Biasanya tempat yang akan di bawa
ialah Restoran Bawah Kolong, La Dairy Goat Farm, Kilang Kopi Cap Televisyen
Kluang dan beberapa tempat lain yang Nur tak pasti. Gunung Lambak kut?
Takpun boleh sewa kereta untuk ke tempat yang menarik
di Kluang. Kluang ni tak bandar sangat dan tak kampung sangat. Dekat sini
banyak ladang yang boleh kita kunjungi untuk bawa anak-anak mengenal haiwan
dengan lebih dekat seperti La Dairy Goat Farm, UK Farm, Qattle Queen Ranch dan
lain-lain. Tapi yang paling dekat adalah di La Dairy Goat Farm tu lah.
Atau boleh juga mandi manda di Hutan Lipur Gunung
Belumut untuk menikmati pemandangan indah dan air sungai yang sejuk di sana.
Tapi diingatkan datang sebelum 4:00PM (tutup) ya.
Apa-apa pun, alhamdulillah tertunai juga keinginan
untuk menaiki keretapi. Nak repeat ke tak? Hahahahaha buat masa sekarang
jawapannya TIDAK. Tunggulah kalau teringin tu datang lagi hahaha.
9 Comments
good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com
ReplyDeletebestnya naik tren.. kakmim pn x penah naik tren... teringin nk bw anak² naik tren... kalau yg bermalam pn mst best kan boleh tdo mcm dlm cerita omputih... hihihi
ReplyDeleteSyu dulu dari KL ke JB je, belum pernah lagi JB ke Kluang, nak cubalah nanti..
ReplyDeleteBerapa jam tu syu?
DeleteNak cuba juga! Orang Kluang nanti balas kunjungan ke JB ye 🤣
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteJom pergi sama2 :D
Deletelama dah teringin nak bawa budak-budak ni naik keretapi, tapi entah ler bila gaknya nak pegi..Pakcik cina tu memang ada dekat keretapi tu ke
ReplyDeleteYg tahu dia ada pagi. Waktu lain tak sure. Bawak lah anak2. Best kak
Delete