Resepi Tauhu Begedil dan Sambal Kicap yang Sedap
Nur memang suka makan tauhu begedil sejak dia mula popular dulu (cehhh dulu sangat ke). Nikmat betul dapat rasa lemak kentang bersama kekenyalan daging yang diadun bersama bahan-bahan lain, digabungkan pula dengan sambal kicap yang power. Uishhhh kecur air liur!
Tapi nak buatnya belum sampai seru lagi. Kalau
teringin makan, Nur beli je kat mana-mana. Selalu juga beli dekat 1 seller ni
tapi tak lama tu dia stop buat sebab dah start kerja. Dia punya tauhu begedil
memang sedap.
Susah Sekarang Ni Nak Jumpa Tauhu Begedil yang Betul-Betul Sedap
Sejak 2022 ni, susah nak jumpa tauhu begedil daging
yang sedap, cukup bahan dan rasa dia. Tak sure seller buat asal boleh atau atas
faktor nak cut cost. Yela, barang sekarang mahal kan.
Ni dah betul-betul teringin, nak taknak Nur rajinkan
diri juga dengan harapan dapatlah makan tauhu begedil yang sedap dan cukup
rasa. Alhamdulillah, lepas juga keinginan yang satu ni. So kat sini Nur nak
share resepi yang Nur gunakan. Mana tahu next time rajin nak buat tauhu begedil
lagi, boleh lah refer sini.
Resepi Tauhu Begedil
BAHAN:
- 1 paket tauhu kering (ada 21 biji)
- 6-7 biji kentang
- 1 biji bawang besar
- 200 gram daging kisar
- Daun sup
- 1/2 cawan bawang goreng
- 1 sudu kecil lada sulah
- Garam secukupnya
- 2 biji telur
- Sedikit tepung jagung
CARA BUAT TAUHU BEGEDIL:
1. Potong kecil kentang dan gorengkan. Kemudian toskan
dan ketepikan untuk disejukkan.
2. Tumis bawang besar yang telah didadukan.
3. Masukkan daging. Masak sehingga air daging kering
dan daging cukup empuk. Matikan api.
4. Potong 'X' bahagian atas tauhu kering dan keluarkan
isinya. Ketepikan.
5. Lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi.
6. Masukkan bahan lain seperti isi tauhu kering, daun
sup yang telah dipotong kecil, bawang goreng, lada sulah dan garam secukupnya.
7. Kepalkan adunan begedil dan masukkan ke dalam tauhu kering.
Tips Tauhu Begedil Rangup
CARA GORENG TAUHU BEGEDIL:
1. Untuk mendapatkan texture kulit tauhu begedil yang
rangup, tambahkan sedikit bancuhan air tepung jagung ke dalam telur. Nur
agak-agak je. Kemudian pukul telur bersama sedikit garam.
2. Celupkan tauhu begedil kemudian gorengkan dengan
minyak yang panas. Untuk mengelakkan gorengan tauhu begedil terlalu cepat
bertukar warna cokelat (ke arah hangus), dinasihatkan untuk menggunakan api
sederhana. Tapi kalau yang dah expert tu, abaikan nasihat ini. Hehe.
Resepi Sambal Kicap Padu
BAHAN:
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Segenggam cili (Nur campur cili merah dan hijau tapi
lebihkan cili merah)
Kicap manis secukupnya
1 sudu besar kicap pekat
2 biji limau kasturi (ambil jusnya sahaja)
Garam & gula secukupnya
CARA:
1. Kisar semua bahan kecuali garam dan gula. Anggaran
kicap memadai tenggelam semua bahan.
2. Panaskan periuk dan masak sekejap bahan kisar. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau rasa pekat sangat sambal kicap, boleh tambahkan lagi kicap manis ataupun sedikit air.
Jemputlah tengok Nur punya reels buat tauhu begedil kat atas ni :)
Akhir Kata
Overall Nur sangat berpuas hati dengan tauhu begedil
yang Nur buat sendiri. Tapi masalahnya, nak buat tauhu begedil ni boleh tahan
renyah pada Nur. Akan datang mungkin boleh buat lagi tapi kena cuti masak 1
hari la. Hahahaha over kan?
Nur salute dengan seller tauhu begedil yang masih
mengekalkan kualiti dan prestasi tauhu begedil mereka hingga kini. Pada Nur,
tiada masalah kalau seller naikkan harga tapi masih mengekalkan kualiti tauhu
begedil mereka. Biar mahal tapi pelanggan puas hati. Tapi ni kalau harga masih
sama tapi asal boleh je tauhu begedil dia, potong stim tau nak makan.
Tapi ni pendapat Nur sebagai pelanggan. Untuk pihak
penjual Nur tak pasti lah pendirian mereka macam mana.
Apa-apa pun moga penjual makanan di luar sana kuat
untuk menempuh dugaan harga barang naik. Mesti pening kepala memikirkan kos
bahan dan keuntungan yang diterima. Nur doakan semoga Allah permudahkan segala
urusan kita. Aamiin ya Allah ya Mujib :)
5 Comments
sedapnya.. boleh cuba
ReplyDeletecubalah raz. puas makan buat sendiri
DeleteFav ni, mesti cuba resepi yang dikongsikan. terima kasih.
ReplyDeleteTq share resepi. Kalau makan soto, wajib ada ni.
ReplyDeleteMacam sedap nampak! Terliur aku tengok memalam..HAHHAA
ReplyDelete