Restoran Bawah Kolong Tempat Makan Best di Kluang
Restoran Bawah Kolong menjadi salah satu tempat mesti singgah buat mereka yang datang ke Kluang terutamanya buat mereka yang bukan menetap di Kluang. Nur yang baru 5 tahun menetap di Kluang ni pun tak sangka famous juga Restoran Bawah Kolong ni. Tak lain tak bukan ni mesti kuasa viral punya kerja. Takpe, kalau viral benda positif kita sokong. Kalau yang negatif tu kita ambil pengajaran ajelah.
Di Restoran Bawah Kolong, pelanggan akan menikmati
masakan citarasa kampung di bawah kolong. Rumah kampung zaman dulu tinggi. Ada
ruang di bawah rumah yang dinamakan kolong. Kenapa direka begitu? Antaranya
sebagai ruang bersantai, usaha untuk mengelakkan banjir, usaha untuk
mengelakkan di skodeng dan banyak lagi.
Saje cerita. Maklumlah zaman sekarang ni dah tak
banyak rumah kampung. Kebanyakannya sudah dibatukan. Mana tahu ada pembaca yang
tak tahu. Nur berilah tahu. Agituuu.
Selain ikan pari ada juga ikan kembung, ikan cencaru dan ikan keli bakar |
Awal perkahwinan dulu Nur pernah datang makan di
Restoran Bawah Kolong. Tapi bukan makan tengah hari. Kami datang untuk makan
malam. Tahun kelima perkahwinan baru Allah bagi izin Nur makan tengah hari
dekat sini. Haha kelakar kan?
Itupun kalau tak kerana jadi tour guide haritu, Nur tak
terbuka hati nak makan tengah hari dekat sini. Eh jangan salah faham. Tak
terbuka hati bukan sebab apa. Faham-faham jela surirumah ni, jarang makan
tengah hari dekat luar. Lagi pula Restoran Bawah Kolong ni bukan dekat dengan
rumah. Jauh tau. Ada lah dalam 10km macam tu. Kalau malas masak sekalipun,
tapaw apa yang dekat dengan rumah je.
Tapi bila dah cuba makan sekali, rasa nak makan lagi
dekat situ. Sedap betul wakkkkk lauk pauknya. Lagi kan sekarang kehamilan
ketiga ni Nur memang suka sangat makan lauk kampung. Kalau ada ke area bandar
Kluang, kalau boleh memang nak singgah makan dekat situ.
Lauk pauk bermacam jenis. Ada ikan dan ayam bakar pula
tu. Ditambah lagi dengan otak-otak fresh dibakar dekat situ. Best tau. Tokey
kedai, Kak Su pun peramah. Nur memang akan bagi markah lebih dekat kedai yang
frontdesk-nya peramah. Kita akan rasa seronok pergi ke kedai tu. Kalau yang
muka pesen cari gaduh tu, maaflah sekali je Nur datang.
Macam yang Nur cakap tadi, dekat Restoran Bawah Kolong
pun ada sediakan makan malam juga. Biasanya yang top bila malam ialah Nasi
Ujang dia. Haaaaa tahukan nasi ujang famous dekat Kluang? Tapi buat masa
sekarang Nur takde gambar dia. Nanti Nur datang dinner dekat sini Nur ambil
gambar jadi kenangan dalam blog ni ya.
Itu jela kut nak sembang pasal Restoran Bawah Kolong.
Tapi serious talk kalau datang Kluang korang memang kena singgah makan dekat
sini. Memang sedap memang puas hati. Harga pun berpatutan. Takde over price ke
apa ke. Hatta sabun tangan pun dia bukan pesen tambah air sampai cair sampai
takde buih tu. Memang puas hati makan tengah hari dekat sini. Toilet aje Nur
belum serbu lagi tengok bersih ke tak. Hahahahahaha. Over kan? Biasalah tak
over bukan Nur Decamellia :D
Restoran Bawah Kolong
Instagram: restoran_bawahkolong
Facebook: Restoran Bawah Kolong
4 Comments
Haritu nampak gak kawan pi, meriah ekk menu dia.. nampak sedap ikan bakarnya tu...
ReplyDeleteMemang meriah. Dtg kluang sila singgah ya sis
DeleteYa Allah, lapar terus aku bila tengok gambar makanan tuhh! Nanti nak pergi sini lah kalau ke Kluang..hehe.. Patut masa aku pergi sana, banyak menu nasi Ujang...Pelik jugak memula...haha..pastu amek gmbo nama nasi tu bagi kat paklong aku sebab nama panggilan dia..Ujang...kahh, jakunnns i
ReplyDeleteHaaa nanti kalau dtg kluang jangan lupa singgah makan dekat sini. Haha kan nona. Aku awal2 kawen dulu pun jakun tengok sana sini signboard ujang
Delete