H Gourmet Tempat Makan Sihat Tapi Sedap di Johor Bahru
Bila sebut makanan sihat mesti kita akan terbayangkan
makanan yang macam dekat hospital ataupun makanan yang kurang tertarik untuk
kita makan. Tak semua berfikiran macam ni sebenarnya, tapi kalau Nur begitulah. Sebab tu
sampai sekarang tak kurus lagi. Hahaha.
Tapi sebenarnya, makanan sihat ni akan nampak sedap
dan menarik bila kita pandai, rajin dan kreatif untuk mengolahnya. Haritu Nur
bersama beberapa rakan JDT Blogger pergi makan makanan sihat dekat satu
restoran di Nusajaya. Sungguh Nur tak sangka makanan sihat akan sesedap itu.
Restoran dia pun sangat menarik. Bertemakan dekorasi
berwarna hijau membuatkan restoran tersebut nampak 'hidup' di mata pelanggan
yang sukakan vibe hutan macam Nur. Restoran yang Nur maksudkan ialah H Gourmet dimana konsepnya seperti 'street food' versi sihat.
Eat Good Feel Good di H Gourmet
Memandang ada yang belum sarapan, kami cuba beberapa
menu yang 'ringan' dahulu seperti sarapan pagi, panini (sandwich) dan tapas.
Antara 6 menu 'ringan' ni, Nur paling suka Brioche French Toast dia. 5 menu yang lain tu ialah:
- Kimchi Gyoza (tapas)
- Tuna Mayo with Kimchi Bruschetta (tapas)
- Panini Chicken Breast with Kimchi
- Banana Chocolate Smoothie Bowl
- Mixed Fruit Smoothie Bowl
Basically, menu ni ada roti yang Nur rasa disalut
dengan telur, dihidangkan bersama pisang, strawberry yang manis, groundcherry,
oat granola dan maple syrup. Memang sedap gabungan dia. Sambil berbual dengan
kawan-kawan, sambil meratah oat granola tu. Best!
Kemudian barulah kami cuba menu main course yang
kesemuanya enak-enak belaka. Tapi kalau ikutkan tekak, Nur paling suka dia
punya sup kimchi. Selain kimchi, dalam satu mangkuk tu berisi tofu, telur,
sayur-sayuran seperti salad, cendawan, daun bawang, ayam bahagian dada dan juga
mi shirataki.
Nama menu ni ialah Kimchi Soup with Sous Vide Chicken
Breast with Shirataki Noodle. Pertama kali Nur hirup sup dia, Nur terus
terbayang keadaan bilamana Nur tak sihat pastu dihidangkan sup kimchi ni.
Nikmat dan refreshing betul!
Oh Nur lupa nak bagitahu yang kami dimaklumkan bahawa
di H Gourmet makanan dimasak dengan menggunakan teknik Sous Vide. Teknik yang
berasal dari Perancis ini boleh mengurangkan risiko makanan menjadi terlebih
masak atau tidak masak, di samping itu ia juga menjimatkan masa yang sangat
berharga di dapur.
Tapi Nur rasa tak semua menu menggunakan teknik sous
vide ni. Mungkin sesetengah bahagian je memerlukan penggunaan teknik masakan
seperti ini.
Selain sup kimchi, Nur juga sukakan Sous Vide Miso
Seabass. Nur ni sebenarnya kurang gemar makan ikan besar kecuali bila digoreng.
Kalau makan di kedai, Nur tak pernah order siakap steam limau apetah lagi nak
masak menu tu. Tapi dekat H Gourmet ni Nur boleh sukakan menu ikan ni. Amazing
kan?
Kalau ikutkan logik, Nur rasa ikan siakap tu diperap
terlebih dahulu dengan perasa tradisional Jepun; Miso. Kemudian barulah dimasak
menggunakan teknik sous vide dan dihidangkan bersama sos hijau (Nur tak pasti
apa bahan dia, sama ada pistachio ataupun avocado), sayuran-sayuran seperti
brussel sprouts, brokoli, kobis bunga, kentang dan taburan oat granola.
Presentation & plating di H Gourmet ni tersangatlah
tiptop. Permainan warna daripada bahan yang digunakan tu membuatkan pelanggan
tertarik dan berselera menikmati makanan dekat sini sampai lupa yang kita
tengah makan makanan sihat yang kononnya kita fikir kurang sedap dan kurang
menarik.
Sebab tu dekat atas tadi Nur mention konsep Restoran H Gormet ni macam street food sebab pelanggann akan berasa seronok makan namun secara sihat. Menu highlight yang Nur share kat atas tu pun banyak yang campur Korean Western dan Japan Western. Korang perasan tak? Pelanggan pun enjoy makan tanpa rasa bersalah kerana kebanyakan (ke semua eh?) makanan disini di bawah 500 kalori.
Sebenarnya founder Restoran H Gourmet ialah Dr Sharifah
Halimah Jaafar. Dr. Sha merupakan Senior Consultant Obstetrics &
Gynaecologist yang berkhidmat di Gleneagles Hospital Medini Johor.
Dr. Sha mendapati bahawa kebanyakan pesakit beliau
mengalami kesukaran untuk mengamalkan diet yang sihat baik dari yang sedang
proses pemulihan dari pembedahan, sedang menurunkan berat badan dan juga yang
terlalu sibuk untuk memasak. Kebanyakannya tidak tahu bagaimana atau dimana
untuk makan secara sihat.
Pada tahun 2019, Dr. Sha memutuskan untuk menjadi
penyelesaian dengan memulakan syarikat Gowellspring di mana rakyat Malaysia
boleh menikmati makanan sihat gourmet. Bersama-sama dengan pasukan pakar diet,
perunding chef dan jurulatih kecergasan, mereka mencipta menu yang sempurna di
H Gourmet.
P/S: Nak buat tempahan penghantaran makanan atau ruang meeting beserta catering boleh melalui website H Gourmet ya!
Harmony in Heart
H Gourmet
35, Jalan Eko Botani 3/4, Taman Eko Botani, 79100, Nusajaya, Johor
Website: www.hgourmet.com.my
Instagram: hgourmet.my
Facebook: H Gourmet
Isnin - Sabtu
12:00PM - 7:00PM
011-16188124
Email ke hello@hgourmet.com.my
4 Comments
Huishhhh...street food 5 star. Mesti sedap.
ReplyDeleteSedap sgt!
Deletehadui menu sihat ke ni? risau takut bertambah je..hahah..semua nampak sedap
ReplyDeleteMmg sgt sedap!
Delete