Nikmati A5 Wagyu di Awagyu Yakiniku Johor Bahru
Haritu kan terliur tengok kawan Nur share kat FB pergi makan wagyu dekat JB. Kat Kluang takde restoran yang jual wagyu so memang mengharap balik JB jela untuk merasa. Nur kan memang suka makan daging, tapi wagyu belum pernah rasa sebab mindset wagyu ni mahal, golongan kayangan je boleh pergi. Haha.
Masa balik rumah mak raya haji haritu (ya Allah
lamanya.... Baru harini kau nak share ek Nur??) Ada kawan ajak makan wagyu
dekat Taman Daya. Katanya tu kedai baru. Wahhhhh makyong mestilah nak. Memang
teringin cuma temannya belum ada. Nak ajak abe sayang, timing dia tak kena
saje. So Nur suruh dia balik Kluang dulu bagi Nur duduk lama sikit dekat rumah
mak, kasi makan puas-puas apa yang teringin.
So pergilah kami bertiga ke Awagyu Yakiniku, TD
Central, Taman Daya, Johor Bahru. Kedainya berhadapan dengan Maslee Express. So
kalau nak datang tu tak usah search Awagyu Yakiniku tapi search aje TD Central.
In shaa Allah sampai ke tempat yang betul. Besar terpampang perkataan Awagyu
Yakiniku. Tak sesat punya!
Apa Itu Wagyu?
Sedikit info tentang daging wagyu. Daging wagyu adalah daging lembu. Perkataan wagyu adalah berasal dari Jepun, dimana 'wa' bermaksud Jepun manakala 'gyu' bermkasud lembu. Daging wagyu yang dihidangkan di Awagyu Yakiniku adalah daripada Tokushima, Jepun.
Nur difahamkan juga daging wagyu yang dihidangkan di
Awagyu Yakiniku adalah bergred A5 dan memiliki BMS (Beef Marbling Score) 11 dan
12. Marbling adalah garisan lemak yang terdapat pada daging wagyu. Lagi banyak
marbling lagi sedap daging wagyu tu. Bila makan terasa begitu juicy dan cair
dimulut. Yummy!
Okay Nur faham kebimbangan kebanyakan daripada kita orang Melayu beragama Islam mesti akan tanya. HALAL KE WAGYU DEKAT SINI?
Buat pengetahuan semua, setiap daging wagyu yang
dihidangkan di Awagyu Yakiniku adalah dari sumber dan pembekal yang memiliki
sijil halal Jepun yang sah dan diiktiraf JAKIM Malaysia. Bahagian dapur pula
dikendali oleh chef dan staf berbangsa Melayu. So jangan risau ya?
So basically dekat Awagyu Yakiniku, pelanggan boleh
menikmati keenakan daging wagyu dengan grill style ataupun shabu-shabu &
sukiyaki style. Tapi Nur lebih suka grill style. Haritu pun ada chef yang
demokan cara grill wagyu yang betul. Disebabkan daging wagyu ni dah semulajadi manis,
so hanya memerlukan sedikit garam dan black pepper sahaja untuk perasakan dia.
Kemudian boleh la makan begitu sahaja atau cicah
dengan sos yang disediakan seperti sos soya ataupun sos kuning telur.
Untuk pilihan daging wagyu, pelanggan boleh pilih bahagian daging wagyu mengikut selera dan budget tersendiri. Kalau tak salah Nur ada lebih daripada 20 jenis daging wagyu mengikut bahagian wagyu yang berbeza seperti katarosu, sirloin, zabuton, misuji dan banyak lagi. Senang kata berbeza bahagian wagyu akan memberikan rasa yang berbeza.
Selain daging wagyu, ada juga hidangan sampingan
disediakan di Awagyu Yakiniku seperti sushi, mi, nasi, yakimoni, agemono, salad
dan pencuci mulut. Hint: Nikko Udon dia sedap!
Bukan itu sahaja, sekarang ni Awagyu Yakiniku ada
sediakan Set Lunch untuk pelanggan dengan harga serendah RM18.80 sehingga
RM58.80. Tapi set lunch ni limited time ya iaitu dari jam 12:00PM sehingga
2:30PM. So yang bekerja tu, lunch break boleh lah singgah sini.
Dekat Awagyu Yakiniku ada private tatami dining room
tau. So yang mahukan privasi untuk majlis istimewa, bolehlah book siap-siap
tapi Nur kurang pasti apa syarat dia. Hehe maaf ya.
So itulah sedikit info dan review tentang Awagyu
Yakiniku, Taman Daya, JB. Tersangatlah
berbaloi datang makan dekat sini. Worth every penny omputih kata. Sedap sangat
sampai susah nak move on. Agituuuuuu!
Awagyu Yakiniku
Unit No. GF-09, TD Central, Taman Daya, 81100 Johor
Bahru, Johor, Malaysia
Website: www.awagyuonline.com
Tempahan: 011-5662 5403
Facebook: Awagyu Yakiniku
Instagram: awagyuyakiniku
6 Comments
Selalu dengar daging wagyu sedap dan cair di mulut. Setakat ini belum jumpa lagi daging wagyu.
ReplyDeleteYessss. Terasa kecairan lemak tu dlm mulut. Memang best makan. Cubalah
DeletePernah makan 2 kali kat KL tp harap boss la yg blanje..hahaha..bulan 9 nak pi JB bleh la masukkan dlm wishlist ni
ReplyDeletePergi jgn tak pergi tau
DeleteSama kita faborite daging. Bila dapat peluang, usah ditolak.. ^^
ReplyDeleteKannnnn. Rugi kalau tolak haha
Delete