Al Fateh Printing and Trading Kedai Pencetakan Berkualiti di Johor Bahru
Nak masuk 4 tahun bergelar blogger barulah terhegeh-hegeh nak buat kad nama. Aduhai Nur. Selalu pergi event mana-mana tangan kosong je. Sengih je mampu bila tengok rakan blogger hulur kad nama dekat kenalan baru mereka.
So Nur pergi lah Whatsapp satu kedai ni untuk buat kad
nama. Rakan blogger ada pernah buat tempahan baju dan bunting dengan kedai ni.
Katanya servis bagus dan kedai ni pun menyediakan banyak perkhidmatan
pencetakan yang lain selain tempahan kad nama dan baju.
Al Fateh Printing and Trading
Orang Johor Bahru mesti dah kenal sangat dengan Al
Fateh Printing ni kan? Semua benda kedai ni boleh print kecuali duit. Eiii
print duit jangan buat main. Tak masal polis datang kedai karang.
Nur senaraikan perkhidmatan pencetakan yang Al Fateh Printing & Trading sediakan ya:
- Cenderamata (pen, plaque, lanyard, piala, dll)
- Cetak buku
- Buku bil
- Bunting dan banner
- Kad nama
- Baju & mask sublimation / uniform / topi
- Flyers
- Sticker / label / sticker kenderaan
- Kotak perniagaan
- Kelender
- Rubber keychain
- Signboard sticker
- Wallpaper dinding
- Mouse pad custom design
- Logo 3D PVC foamboard
- Dan banyak lagi
Balik pasal order kad nama tadi kan, Nur nak cakap
sikitlah yang mudah sebenarnya berurusan dengan team Al Fateh ni. Dorang respon
Whatsapp Nur pun cepat je tau. Asalkan dalam waktu bekerja iaitu dari 9:00AM
hingga 6:00PM.
Team Al Fateh juga ada sediakan beberapa design untuk
memudahkan pelanggan. Tapi kalau kita ada design sendiri atau idea sendiri,
boleh je usulkan untuk guna idea atau design kita. Pandai lah team Al Fateh
buat kerja sampai kita puas hati dan bersetuju dengan design tersebut.
Buat yang tak tahu, Al Fateh Printing and Trading juga
memiliki anak syarikat iaitu Jrig Gear Sublimation yang menguruskan baju
sublimation. Mereka memiliki graphic designer yang berbakat untuk menghasilkan
design baju yang cantik dan trendy baik baju lelaki mahupun baju muslimah.
So buat korang yang memerlukan perkhidmatan pencetakan
yang berkualiti, mampu milik dan terbaik, korang boleh contact Al Fateh
Printing and Trading ya. Datang walk in ke kedai pun boleh. Al Fateh ada 2
cawangan tau, Taman Univeristi dan juga Bandar Baru Uda. Dorang pun ada channel
Telegram untuk pelanggan tengok promosi yang sedang mereka jalankan.
2 Comments
Kak Fuzy rasa mmg kena buat kad baru walau kad lama masih banyak tapi macam dah jemu pulak..hehehe
ReplyDeleteNak buat kad nama baru gak laa, yang lama dah habis dah...
ReplyDelete