Bersuka Ria di Gunung Belumut Bersama Keluarga – Tidak dilupakan Skincare yang Sesuai untuk Kulit Kombinasiku
Bulan Jun yang lalu, keluarga Nur dari Johor Bahru
datang ke rumah Nur. Asalnya abang Nur ada kerja di area Kluang. So kakak ipar ambil
peluang bemalam di rumah Nur dan bercadang untuk bawa anak-anak main air di
Gunung Belumut keesokan pagi. Sementara mak ayah dan adik-adik Nur pula menaiki
keretapi dari JB ke Kluang.
Pagi Sabtu tu, tanpa berlengah terus siap-siap packing
barang apa yang patut dan terus bergerak ke Gunung Belumut dengan 2 buah
kereta. Syukurlah walaupun kabut packing barang, pagi tu Nur tak lupakan
morning skincare seperti cuci muka dan sapu moisturizer sebelum keluar rumah.
Lagi cuaca tak menentu ni, kulit muka yang jenis
kombinasi macam Nur kena jaga extra lah. Taknak lah jadi macam dulu. Kalau dah
berminyak tu, berminyak sangat sampai berlengas muka. Kalau dah kering tu,
kadang-kadang sampai mengelupas tau. Tak selesa sangat.
Tambah lagi Nur ni pesen suka buat aktivit luar yang
banyak mendedahkan kulit pada terik matahari dan habuk. Memang tak boleh skip
basic skincare routine. Kalau tak, jadi macam dululah gamaknya.
Nur punya skincare tak rumit pun. Paling basic cuci
muka dengan Aloe Bubble Cleanser dan juga sapu Aqua Whitening Moisturizer.
Dua-dua ni brand Hansaegee Nature. Dah 2 tahun pakai memang serasi dengan kulit
Nur. Sekarang ni takde dah masalah kulit terlebih berminyak ataupun terlebih
kering. Just nice je.
Lagipun Nur suka dengan texture dua-dua produk yang Nur guna tu. Cuba tengok gambar dekat bawah. Texture Aloe Bubble Cleanser yang berbuih halus dan berair tu buatkan kita rasa seronok nak cuci muka dengan bersih. Rasa fresh dan lembap je muka lepas cuci.
Yang Aqua Whitening Moisturizer tu pun best juga.
Texture dia yang water based, ringan dan tak melekit tu buatkan Nur tak pandang
moisturizer lain dah. Kulit pun cukup air dan terhidrat sentiasa. So takdelah
kes kulit kering atau kulit terlebih minyak dek dehidrasi.
Eh tercerita pasal skincare routine pulak. Perempuan
gini lah ek. Banyak cabang cerita dia. Hahaha.
Balik pasal Gunung Belumut tadi, lepas 40 minit
perjalanan, kami pun sampai dan terus cari port mana yang paling sesuai. Orang
pun belum ramai so mudah lah kami nak cop tempat.
Sebelum ni kami ada juga ke Gunung Belumut tapi kami duduk area depan je. Kali ni kami duduk di bahagian dalam sikit. Baru nampak banyak kelainan jika dibandingkan dengan 2 tahun yang lalu. Tak sangka, banyak pembaharuan telah dilaksanakan di Taman Eco Rimba Gunung Belumut.
Jambatan tergantung tampak lebih baru, ada walkway
baru; baik yang konkrit mahupun kayu, pondok berteduh baru dan banyak lagi yang
pastinya buatkan pengunjung bertambah selesa berkelah bersama tersayang disini.
Baca juga: persatuan suri rumah malaysia
Puas jugalah kami semua berkelah dekat Taman Eco Rimba
Gunung Belumut haritu. Lagi puas dapat makan air tangan orang. Even simple
macam tu pun, seronok rasa. Biasalah surirumah boring dah makan air tangan
sendiri. Bila sekali sekala orang lain masakkan, indahnya rasa.
Cuaca pun makin panas. Sebelum zuhur tu kitorang dah
gerak balik. On the way balik tu, sempat jugalah kami singgah dusun durian
pekena bermacam jenis durian. Adik beradik Nur pulak pesen hantu durian. Bila
ada geng, memang tak ingat dunia lah jawabnya mak buyong sorang ni.
Balik rumah semua dah kepenatan. Anak-anak Nur dengan
sepupu dia tu, belum sampai rumah lagi dah ketiduran dalam kereta. Betul-betul
penat orang kata. Iyelah, lama tau dorang berendam dalam air dekat Gunung
Belumut tu.
Nur pula dah sampai rumah Nur pergi mandi lagi sekali.
Rasa berlengas pula badan. Kalau ikutkan letih, kekenyangan makan durian dan
mengantuk, macam nak tidur je terus tapi tak best pula tidur dalam keadaan
badan berlengas tu.
Tadi lepas bilas badan dekat Gunung
Belumut pun Nur tak sempat nak apply moisturizer. Kalut pula kemas-kemas dan
siapkan anak-anak yang dah mula cranky dek kepenatan.
So sebelum mandi tu Nur cuci muka dulu
dengan pencuci muka favorite Nur, Aloe Bubble Cleanser untuk buang segala
kekotoran. Kemudian Nur apply Aqua Whitening Moisturizer untuk mengelakkan
iritasi kulit seperti panas, kemerahan dan kering sebelum berehat melelapkan
mata sekejap. Yela, dah puas main panas tadi kan. Kena lah jaga kulitnya sebelum
menyesal kemudian hari. Hehehe.
Kebetulan adik Nur lupa nak bawa dia
punya set skincare. Nur offer lah dia pakai Nur punya aje. Mula-mula tu dia
menolak sebab adik Nur pesen kulit sensitif, tapi lepas Nur cakap produk
Hansaegee Nature sesuai untuk semua jenis kulit, dia pun terbuka hati nak pakai
Aloe Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Moisturizer.
Seronok dengar bila dia cakap lepas
pakai 2 produk tu, kulit dia rasa fresh, lembap dan tak pedih pun. Haaaa baru
dia tahu produk Hansaegee Nature ni best. Sebab tu kakak dia setia pakai lebih
2 tahun.
Tapi apa-apa pun syukur alhamdulillah dapat juga
meluangkan masa dengan keluarga buat aktiviti santai ni. Harap sangat next time
dapat pergi lagi lengkap semua adik beradik yang Nur ada. Barulah bertambah
seronok kan :D
Hansaegee
Nature
Online store: www.hansaegee.com
Youtube: Hansaegee Nature
Instagram: @hansaegeenature
Facebook:
Hansaegee Nature
1 Comments
Manisnya adik ko Nur.. guna produk ni lagi bertambah manis laa nanti.. tak sabar nk piknik hujung minggu ni...
ReplyDelete