Zaituna Restaurant Menghidangkan Masakan Arab Yang Sedap di JB
Kebetulan adik Nur pun baru juga try makan dekat satu
restoran Arab dengan kawan dia tu hari. So dia ajak lah Nur ke situ. Katanya
kunafa dekat situ sedap dan baklava dia ada bermacam jenis.
So petang tu lepas Asar kami pun ke Zaituna Restaurant
yang terletak di Taman Tasek JB. Tak jauh pun dari Mid Valley. Dalam 20 minit
macam tu. Petang tu hujan. Syukurlah ada parking yang berdekatan dengan
restoran. Rezeki makyong mungkin. Parking penuh tau masa tu.
Masuk je dalam restoran, kusssss semangat. Ramai betul
manusia. Walaupun Zaituna Restaurant tu terdiri dari 2 lot kedai, tapi tetap
penuh, padat dan sendat. Yang duduk ramai. Yang berdiri ramai. Yang tengah
tapau baklava pun ramai. Boleh tengok dia punya ramai tu dekat Reels Instagram Nur. Jakun kejap orang Kluang celup ni. Baru ku sedar
betapa popularnya Zaituna Restaurant ni. Amazing!
Nur datang hari Jumaat. So kalau korang nak datang
tapi taknak bersesak, datanglah hari bekerja dan bukan peak hour seperti makan
tengah hari dan makan malam. Confirm penuh padat sendat macam Nur datang tu
hari.
Tapi apa-apa pun syukur ada juga tempat kosong untuk
kami berempat. Dekat Zaituna Restaurant ni pelanggan boleh pilih nak duduk
bersila ataupun duduk di atas kerusi. Makyong yang dah sarat ni mestilah pilih
duduk atas kerusi. Jap lagi dah kekenyangan, confirm susah nak bangun. Hahaha.
Sebenarnya kan, Nur suka betul dengan vibe dalam
restoran ni. Dekorasi dan alunan lagu Arab tu buatkan pelanggan rasa macam
dekat Arab kejap. Majoriti warna yang digunakan adalah cokelat, baik dinding
mahupun siling, meja dan juga kerusi. Terpana kejap tengok karya seni hiasan
Arab lagi-lagi plaster dinding yang berbatu-bata. Naik aura negara padang pasir
di Malaysia.
Pastu, dalam Zaituna Restaurant ni boleh tahan ramai
Pak Arab. Stafnya lain. Pelanggannya lain. Staf dekat sini kebanyakannya
lelaki. Yang perempuan Nur nampak ada 5 orang je haritu. Terkenan betul tengok
yang duduk dekat kaunter. Cantik-cantik belaka. Putih kemerahan gitu. Kalau lah
datang masa awal mengandung dulu. Boleh mintak terkenan baby muka arabic sikit.
Hehe berangan betul.
So haritu kami order tak banyak pun. Takut tak muat
perut. Maklumlah sekarang dah sarat ni memang tak larat makan banyak-banyak.
Kejap je dah mengah. Nur order sekeping kunafa, beberapa ketul baklava, set
dulang nasi arab untuk 2 orang dan spaghetti bolognese untuk anak-anak.
Kunafa yang ada di Zaituna Restaurant ni 1 jenis
sahaja iaitu Kunafa Krim. Kunafa dekat sini ada aroma ros. Kawan Nur cakap air
gula yang disiram ke atas kunafa tu ada campuran ros so bila makan tu ada bau
wangi sikit. Nur tak pasti semua jenis kunafa ada bau ros atau dekat sini je.
Nak tengok Nur makan Kunafa? Meh tengok dekat Reels Instagram Nur :)
Walaupun Nur orangnya kurang gemar makanan berkrim
atau berkeju, tapi Nur boleh makan kunafa dia. Maksudnya sedap lah kan? Adik
Nur siap tapau lagi 2 keping kunafa tu. Katanya, kalau ada Kunafa Cheese, lagi
dia suka.
Baklava tu pulak, Nur main pilih aje ikut naluri.
Ikutkan hati nak ambil semua jenis kasi rasa semua tapi karang mabuk manis
pulak. Banyak sangat memang rambang mata nak pilih yang mana. Tapi sejujurnya
Nur lagi gemar baklava sebab dia ada kacang. Cuma tula, tak boleh makan banyak
dalam 1 masa sebab manis.
Nasi Arab pula ada 3 jenis iaitu kabsa, maklouba dan
mandi berserta ayam whole leg dan seketul kambing dalam 1 pinggan besar.
Sebelum ni kan, kalau makan nasi arab Nur prefer nasi mandi je. Kabsa Nur
kureng sikit sebab pernah makan nasi kabsa yang 'berat' sikit rempah ratus dia.
Jadi cepat muak. Tapi dekat Zaituna Restaurant ni, nasi kabsa dia Nur paling
suka.
Memang sedap! Dalam nasi tu ada potongan carrot yang
menambahkan lagi kesedapan nasi kabsa dia. Pastu macam ada rasa pedas-pedas
sikit so anak Nur tak makan. Dia suka makan mandi & maklouba.
Overall memang semua yang Nur order sedap belaka dekat
Zaituna Restaurant ni termasuklah spaghetti bolognese dia. Cukup rasa dan cukup
selesa nak makan makanan Arab dekat sini. In shaa Allah next time bila anak
ketiga dah besar sikit, nak datang lagi makan dekat sini. Nak cuba menu lain
pulak.
Nak tengok gambar banyak-banyak boleh usha Facebook Nur ya :)
Best True Arabian Restaurant in Johor Bahru
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari 11AM - 11PM (kecuali Jumaat 2PM - 11PM)
Call: 07-213 3577
Order online: zaituna.my
Facebook: Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
8 Comments
Sedapnyaa, i love baklava.. nanti nak singgah ler.. hehr
ReplyDeleteWajib singgah nona. Puas makan dekat sini
DeleteLepas kempunan nur ea sebelum beranak. Hehe. Akk teringin nak makan kunafa tu
ReplyDeleteAlhamdulillah lega dah lepas
DeleteSiapa datang makan sini, mesti bawa balik tapau Baklava, takut tidur malam termimpi-mimpi hahahaha
ReplyDeleteIya sis. Skrg dah teringat ingat balik baklava dia
DeleteSedapnya masakan Arab. Cuma tak dapatlah nak selalu makan manisannya sebab gigi sensitif.
ReplyDeleteDatang JB nanti bolehlah ke sini. Husband minat betul baklava
ReplyDelete