Bengkung Nano Bamboo Belly Band Mamaway Terbaik untuk Ibu Berpantang
Dalam checklist barang bersalin, bengkung merupakan salah satu barang wajib yang ibu patut sediakan kerana sebaik sahaja ibu selamat melahirkan anak dan pulang ke rumah untuk menjalani tempoh berpantang, ibu mesti memerlukan sesuatu untuk memberi support di bahagian peranakan/rahim, perut, punggung, pelvik dan belakang badan ibu dan sesuatu itu ialah bengkung yang sesuai dan berkualiti.
Tanggal 5 September yang lalu Nur telah selamat
melahirkan anak Nur yang ketiga. Kisah melahirkan kali ni agak tragik berbanding
dua anak sebelum ni sebab Nur tak sangka yang Nur akan melahirkan anak yang
besar seberat 3.89 kg secara normal. Tenaga Nur betul-betul dikerah untuk
meneran dan melahirkan baby montel ni.
Bahagian bawah badan terutamanya di bahagian punggung
dan belakang badan betul-betul terasa 'penat' dia. Syukurlah tak perlu tidur di
wad hospital. Nur selamat melahirkan pada 5.36AM dan selamat keluar daripada
hospital pada waktu petang hari yang sama.
1) Antibakterial dan Lembut Pada Kulit yang Terdiri daripada Nano Bamboo 3D Black Velvet
Keesokan hari selepas selesai berurut, tukang urut
pakaikan Nur bengkung yang selesa dari Mamaway iaitu Nano Bamboo Postnatal
Recovery & Support Belly Band. Tukang urut siap puji lagi material bengkung
ni nampak kemas dan berkualiti. Mana taknya, bengkung Mamaway ni diperbuat
daripada Bamboo Charcoal Fabric yang memiliki sifat lembut pada kulit kita.
Sebab tu Nur cakap bengkung Mamaway ni selesa apabila dipakai.
Bengkung Mamaway ni juga bersifat antibakterial di mana ia kalis bakteria dan bau. So
walaupun kita berpeluh semasa memakai bengkung Mamaway ni, bengkung tidak akan
berbau kepam atau bau kurang enak. Malah, bengkung Mamaway juga memiliki 'far
infrared fiber' yang terbukti dapat melancarkan peredaran darah kita.
Material bengkung dari bamboo charcoal fabric juga
memiliki sifat 'breathable' (mesh design) dan fleksibel yang tidak membataskan
pergerakan kita tanpa merosakkan permukaan bengkung seperti berlipat mahupun
bergulung. Macam Nur kan lebih gemar menyusukan baby sambil baring, Nur tak
rasa 'terseksa' pun pakai bengkung Mamaway ni sambil menyusukan anak. Rasa
selesa je.
2) Menstabilkan Perut dan Rahim (Peranakan) dengan
Kehadiran Dua Tali Pinggang Tambahan untuk Menggalakkan Pemulihan yang Cepat
Posisi pemakaian bengkung yang betul |
Selepas bersalin kan kita akan rasa seperti 'kosong'
dan menggelebeh dibahagian perut so bengkung Mamaway ni sangat membantu untuk
menyokong perut, rahim, pelvis dan bahagian belakang badan kita dengan
memberikan 'mampatan' dan juga sokongan daripada tali pinggang bengkung Mamaway
tersebut.
Ciri yang paling Nur suka dengan bengkung Mamaway ni
adalah ia dapat mengurangkan rasa sakit belakang dengan mengagihkan berat dari
tulang belakang dan memperbaiki postur untuk mengurangkan sakit belakang. Bila
pakai dan ketatkan tali pinggang bengkung tu, badan terasa betul-betul
disokong. Nak bergerak pun rasa selesa je. Maklumlah lepas bersalin kan badan
masih terasa lemah akibat bertarung nyawa. So bengkung Mamaway memang sangat
membantu.
Malah bengkung Mamaway ni juga boleh dipakai untuk ibu
yang bersalin secara ceaser, dimana bengkung ni dapat menstabilkan luka
ceaser dan mengelakkan luka terasa seperti 'ditarik' semasa bergerak
mengikut kesesuaian dan keselesaan ibu yang memakai.
3) Mudah untuk dipakai dengan Rekabentuk Sehelai
Dengan rekabentuk sehelai, Nano Bamboo Postnatal
Recovery & Support Belly Band tersangatlah mudah untuk dipakai tanpa
memerlukan bantuan orang lain. Hanya perlu lekatkan dan ketatkan tali pinggang
ikut keselesaan kita. Kut nak ke tandas, nak buka dan pakai balik bengkung ni
pun tak leceh. Mudah sangat berbanding bengkung jenis tali lilit sana sini tu.
4) Anjal dan Meregang dengan Baik
Bila ada bengkung yang meregang dengan baik ni,
mampatan yang diberikan pun baik juga walaupun sudah dipakai berkali-kali. Kain
bengkung masih utuh dan tak kendur. Nampaknya bengkung Mamaway ni boleh pakai
lama. Lepas habis tempoh berpantang pun boleh terus pakai untuk harian kita.
Overall memang Nur puas hati sangat dengan bengkung
Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band dari Mamaway ni. Kalau
kawan-kawan tanya bengkung mana yang nak beli, Nur memang akan rekemen bengkung
Mamaway ni. Selesa, mudah dipakai, berkualiti dan puas hati kita memakainya.
Brand Mamaway juga ada banyak lagi produk berkualiti yang sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. So korang bolehlah tengok Mamaway punya website dan juga media sosial yang lain ya.
Oh ya, sebelum Nur lupa, korang boleh nikmati discount sebanyak RM15 jika membuat pembelian melebihi RM150 dengan menggunakan promo code MAMABLOG-DECA. Selamat membeli-belah produk Mamaway ya :)
Mamaway
Malaysia
Website:
www.my.mamaway.com
Belly
Band: https://bit.ly/3SsqFnu
Instagram:
mamawaymy
Facebook: MamawayMalaysia
2 Comments
akak suka pakai bengkung jenis ni.Nasib la kan kita tak pakai jenis kain yang mak-mak kita pakai dulu..hahah
ReplyDeleteNur pernah pakai anak sulung dulu. Masa tu main follow aje apa orang tua kata. Leceh!
Delete