Pengalaman Bersalin Anak Ketiga Seberat 3.89 Kilogram Secara Normal
Walaupun mereka lahir dari rahim yang sama, tapi perjalanan cerita mereka tidak akan sama.
Begitulah yang Nur rasakan, terutamanya selepas melahirkan anak yang ketiga 5 September
lalu. Betul-betul lain dari dua orang kakak dia. Padanlah nervous yang Nur
rasakan pada saat-saat akhir mengandung tu lain macam.
Kalau ikutkan pattern dua orang kakak dia, dorang lahir seminggu awal dari due
date. Sebab tu, family Nur dah bawak anak-anak Nur balik Masai awal-awal sebab
kami semua fikir baby ketiga ni pun nak keluar seminggu awal.
Tapi pada tarikh seminggu awal tu (26 Ogos 2022) baby taknak keluar pun. Masih
syok duduk dalam rahim ibu so Nur mengharap pula pada tarikh 31 Ogos. Untung
keluar tarikh tu, dapat laa baby merdeka tapi hari merdeka berlalu begitu saje.
Due date 3 September pun dah dekat. Nervous makin terasa. Tapi baby tetap
taknak keluar. Lahhhhh. Dah terasa lain betul ni dari kakak-kakak dia. Tanda
bersalin pun lain juga. Kakak dia dulu contraction datang dulu baru lendir
berdarah. Tapi baby ketiga ni terbalik.
|
3
September. Baby tak nak keluar lagi. Dia suruh ibu abah honeymoon dulu haha
Tup-tup dia nak keluar sama tarikh lahir dengan abah
dia. Malam sebelumnya memang tak dapat tidur sebab contraction makin kerap tapi
pattern masih belum cantik so duduk jela rumah dulu layan contraction. Pagi 5
September, dalam 3:00AM macam tu, rasa macam sakit sangat dah.
Kejutkan suami lepastu pergi mandi kejap bagi segarkan badan. Dalam sakit-sakit
tu sempatlah tangan ni capai Aloe
AC Bubble Cleanser untuk bersihkan muka dan minyak dekat muka ni. Set cleanser dan moisturizer Hansaegee Nature ni pun Nur ada letak juga dalam beg untuk dibawa ke hospital nanti dengan
harapan walaupun dah penat melahirkan baby, penjagaan kulit muka tidak
dilupakan. Sebab bagi Nur, kedua-dua cleanser dan moisturizer ni adalah skincare
untuk kulit berminyak, Nur mesti pakai setiap hari.
Iyolah muka dah berminyak penat melahirkan anak, mesti mintak dicuci dengan
bersih kan? Moisturizer tu pulak Nur prepare siap-siap sebab Nur tahu kat
hospital nanti mesti Nur kurang minum air sebab malas nak ke toilet dekat
hospital. Maklumlah dah berjahit dekat bawah tu, tempat yang paling selesa
adalah dirumah sendiri. So untuk mengelakkan kulit muka kurang air dek kurang
minum air, eloklah Nur pakai krim malam terbaik dari Hansaegee Nature ni,
moisturizer untuk kulit berminyak – Aqua Whitening Cream.
Malam sebelum bersalin, makan dekat Kluang Mall dengan adik-adik ipar celebrate birthday suami sambal layan contraction |
Siap semua, kami laki bini pun bergegas ke hospital.
Bukaan servik pun dah 6cm. Kusss semangat. Ni kalau datang lambat lagi mahu
terberanak dekat rumah. Dah la masa nurse tengah pasangkan branula tiba-tiba
rasa nak terberanak tu datang. Cepat-cepat nurse tu siapkan kerja dia dan terus
tolak Nur masuk dewan bersalin. Kelam kabut semua orang.
Bila dah ready semuanya, sesi teran meneran pun bermula. Tapi tula, macam yang
Nur cakap awal-awal tadi, pengalaman anak ketiga ni memang lain betul. Push
punya push baby susah betul nak keluar. Pelik betul. Kakak-kakak dia dulu,
teran sekali dua je dah keluar babynya.
Tapi kalini betul-betul kena kerah tenaga Nur sampaikan tak larat betul nak
teran. Syukurlah last sekali tu dapat juga keluarkan seketul Nurain Sofea ni.
Itupun kena gunting tau. Tak masal beranak anak ketiga kena gunting. Ingatkan
beranak anak sulung je kena gunting.
Then lepas selesai semuanya, bidan yang assist Nur masa beranak tu datang. Dia
cakap dengan Nur, "awak tahu tak kenapa tadi susah sangat awak nak
beranak? Baby awak berat dia 3.89kg". Tudiaaaaa. Dengan keadaan yang lemah
tu Nur mampu senyum je. Tak sangka betul bayi yang Nur kandungkan selama 9
bulan ni besar. Nur takde GDM, semua normal. Tu yang tak sangka tu.
Last buat ultrasound pun berat baby 3.4 kg. Doktor
cakap paling berat baby boleh pergi pun 3.7kg tapi Nur tak expect langsung baby
Nur akan berat sangat sebab kakak dia dulu 2.8kg dan 3.1kg je. Betul-betul lain
anak ketiga Nur ni. Kussss semangat! Tali pusat dia pun lebar tau. Dia serap
betul apa yang ibu dia makan. Itu pasal berat baby Sofea ni almost 4kg.
Nak jaga baby Sofea ni pun macam nak jaga anak pertama gaya dia. Sungguh lain
peel dia. Baby Sofea ni baby high need rupanya. Memang bikin ibu dia berpeluh
nak jaga dia lagi-lagi nak tidurkan dia. Ehhh bukan takat berpeluh, menangis
sekali tau. Sebab tak tahu nak gayakan dia macam mana.
Tapi apa-apa pun Nur bersyukur sangat Nur telah
selamat melahirkan dan anak Nur pun telah selamat dilahirkan. High need ataupun
easy going baby, tu semua rezeki yang Allah dah tetapkan untuk para ibu. So
terimalah dengan hati terbuka walaupun banyak dah menitiskan air mata selama 3 bulan membesarkan Nurain Sofea ni.
Semoga anak-anak ibu membesar dengan baik, sihat dan ceria <3
8 Comments
halah halah comel bam bam nya dia. leyla hari tu pon keluar lendir darah dulu. dekat seminggu jugak lendir kluar. lain mcm jugak ni. tapi baru first time. lepas2 ni tatau la mcm mana pengalaman nya
ReplyDeleteOeang kata kalau keluar darah dulu, sakit dia lain macam sikit. Huhu
DeleteHalah halah halah. Terasa pulak struggle dia. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Semoga baby Sofea baik2 aje dan jadi anak solehah ek. Happy new year Nur!
ReplyDeleteAlhamdulillah mekasih banyak2 aien. Aamiin ya Allah ya Mujib
DeleteAlhamdulillah. tahniah. comel baby
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih mar
DeleteComey baby sofea, Tq for sharing pengalaman <3
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete