Pengalaman Memiliki Bayi High Need dan Cara Tenangkan Dia
Dilema anak high need baby. Walaupun ini yang ketiga, tapi gaya kalutnya tu macam baru nak menimang cahaya mata yang pertama. Macam-macam dicuba untuk memenuhi kemahuan dan keperluan semata nak bagi baby tenang dan tidur. Kalau tak, melalak lah jawabnya. Ibunya pula tak cukup tidur dan kurang rehat. Tipu cakap kalau tak stress.
3 Kategori Bayi
Buat yang tak tahu, bayi baru lahir ada 3 kategori.
1) Easy Going Baby (Jenis senang jaga. Boleh tenangkan diri sendiri & tidur sendiri)
2) High Need Baby atau High Demand Baby (Nur bagi tahu ciri-ciri dia dekat bawah ni eh)
3) Baby Colic (Bahasa Melayunya sawan tangis. Bayi sihat yang kuat menangis dan berpanjangan tangisannya)
Ciri-Ciri Bayi High Need
Manakala ciri-ciri High Need Baby pula adalah seperti berikut:
1) Menangis tanpa sebab buatkan ibu abahnya jadi tak keruan
2) Susah dan mengambil masa yang lama untuk ditenangkan
3) Kerap terjaga kerana telinga sensitif dengan bunyi
4) Sentiasa “mengempeng” sampai muntah akibat overfeed
5) Mahu didukung setiap masa. Letak bawah je nangis
6) Tidak mahu dengan orang lain even bapak dia sendiri
7) Sukar dijangka. So nak cipta rutin pun jadi susah sebab baby unpredictable
Anak sulung Nur juga jenis high need baby juga. Tapi masa tu, anak baru sorang so bolehlah Nur nak layankan bagai menatang minyak yang penuh. Anak yang kedua pula jenis easy going baby. Asal cukup susu, senang aje dia nak tidur. Mana-mana pun boleh. Tapi yang ketiga ni, Allahuakbar. Dengan nak melayankan kerenah kakak-kakak dia lagi, memang tak menang tangan. Emosi jangan cakaplah. Terumbang-ambing!
Masa awal-awal berpantang tu tak terasa sangat sebab baby kuat tidur. Dengan jaundisnya lagi. Dia bantai tidur jela sampai kita yang kena kejut setiap sejam untuk susukan dia. Tapi bila masalah jaundis dah okay, masalah nak melayankan kerenah dia yang cerewet tu pulak datang.
Asal letak bawah menangis. Nak tidurkan punyalah lama. Tapi bila dah tidur alahai sekejap je. Masa berpantang tempoh hari memang Nur mental betul. Hari-hari Nur menangis sebab tak tahu nak gayakan macam mana. Nak dodoi pakai tangan memang tak larat nak lama-lama sebab Nurain Sofea ni lahir je dah besar. 3.89 kilogram tau.
Baca juga: Pengalaman Melahirkan Baby Seberat 3.89 Kilogram Secara Normal
Kalau suami ada, dapatlah dia bantu dodoikan Sofea. Maka bergilir-gilir lah kami layankan Sofea. Tapi Sabtu Ahad jela merasa kurang sikit beban. Hari lain hadaplah sendiri. Penat sangat mental fizikal. Sakit badannya lain, tak cukup tidur dan rehatnya lain. Orang lain taknak anak cepat membesar, Nur yang melayan anak high need ni, rasa macam.... Eeee cepatlah besar. Cepatlah berlalu fasa ni. Tak tahan dah!
Dodoikan guna carrier pula boleh kira dengan jari berapa kali je Sofea boleh tidur. Yang lainnya dia bantai nangis jela. Masa berpantang Nur masih teguh dengan pendirian taknak guna buai mahupun puting. Yela kita takde komitmen sangat. Makanan mak sediakan. Belum boleh solat pula tu.
Tapi bila dah balik rumah sendiri (Sofea baru sebulan), Nur tolak tepi pendirian tu. Tak boleh jadi ni kalau nak melayankan Sofea punya peel je. Pernah sampai kakak-kakak Sofea terlampau lambat makan sebab melayankan Sofea yang susah nak tidur ni. Nur sendiri pun tak menyempat nak makan tau.
Nur suruh suami belikan puting dan sediakan buai. Alhamdulillah, Sofea sedikit tenang. Nur dapatlah buat kerja rumah sikit. Tapi masih struggle nak melayankan semua. Sofeanya, kakak-kakaknya, kerja rumahnya lagi. Memang macam lipas kudung lah Nur setiap hari.
Sampai sekarang Nur masih belajar macam mana nak tackle baby high need. Tapi belajar secara free cost jela. Baca sana sini, tengok video sana sini. Then try & error dekat Sofea.
So far, selama 2 bulan lebih membesarkan Nurain Sofea ni, apa yang Nur cuba buat untuk memenuhi keperluan dan kemahuan dia adalah dengan:
Cara Tenangkan Bayi High Need
1) Teknik 5S (Swaddling, Side/Stomach, Shushing, Swinging, Sucking)
Nur tak guna 1 S je iaitu Side/Stomach. Sebab Sofea ni berat. Hahahaha. Rasa tak larat nak buat lama-lama. So Nur skip yang satu tu.
Setiap kali nak tidurkan, Nur akan bedungkan Sofea. Masuk dalam buai. Bagi puting. Enjut dia sambil shushing & buka alunan zikir. Kadang ada juga guna white noise. Alhamdulillah Sofea boleh tidur. Tapi ambil masa lah nak tunggu mata dia katup. Masa umur dia sebulan haritu, bolehlah dia tidur lebih 1/2 jam. Tapi lately sejak 2 1/2 bulan, dia tidur sekejap je. Adelah setengah jam macam tu.
2) Jaga Waktu Tidur Baby
Nur percaya, rutin tidur yang baik dapat membantu baby kekal ceria & sihat. Walaupun nak tidurkan Sofea ni bukan senang, tapi kalau kita jaga waktu tidur dan waktu celik dia, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kerewelan dia.
Antara faktor yang perlu diambil kira untuk menjaga waktu tidur baby adalah umur, bilangan dan tempoh tidur siang, berapa jam yang sepatutnya baby tidur pada waktu siang dan malam serta berapa lama baby boleh celik.
Faktor yang Nur paling ambil kira adalah berapa lama baby Nur, Sofea boleh celik lepas dari nap time dia. So far untuk umur dia 2 bulan, yang Nur perasan, Sofea boleh celik dalam sejam hingga sejam setengah macam tu. Kalau Nur terlambat tidurkan dia, haaaa makin susah lah dia nak tidur. So Nur memang sangat alert jam berapa Sofea bangun dari tidur siang.
3) Sokongan dari Suami dan Orang Terdekat
Ada baby high need ni, sokongan, dorongan dan pertolongan dari suami yang tersangat kita sebagai ibu dan isteri perlukan. Jujur cakap Nur penat mental, fizikal, rohani, jasmani jaga Sofea. Ada hari kita bersemangat ada hari kita hilang semangat. Burn out orang kata.
Komunikasilah dengan pasangan masing-masing. Dia perlu tahu apa yang kita lalui dan rasa. Terutamanya ibu yang 24/7 hadap anak dan suami pula hanya ada di rumah pada malam hari sahaja.
Alhamdulillah suami Nur sangat membantu lagi-lagi bab rohani. Selalu dia ingatkan Nur untuk sentiasa berdoa dan mohon Allah mudahkan urusan jaga anak-anak. Selalu dia ingatkan tak lama pun tempoh anak membesar. Nanti bila anak-anak dah besar, dah jauh dari ibu abahnya, kita sendiri sebagai orang tua mereka akan merindui mereka.
Perit jerih membesarkan anak-anak ni lah yang akan kita kenang bila anak-anak dah besar nanti. Sabarlah. Semua parents merasa. Bukan kita sorang je. In shaa Allah akan ada kemanisannya nanti.
4) Muhasabah Diri
Yang lain-lain tu, Nur selalu ingatkan diri Nur setiap orang lain rezekinya dan lain peel anaknya. Kalau tengok orang lain mudah uruskan anak, kita jangan down. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Mana tahu, berkat kesabaran kita jaga anak high need ni, satu hari nanti anak ni lah yang bantu kita masuk syurga nanti. Who knows kan?
Kalau perlukan rehat, rehatlah. Carilah masa untuk pulihkan semangat kita. Nur pernah baca, tempoh ada anak kecil terutamanya newborn adalah tempoh untuk kita slow down. Tak bermakna tak buat apa-apa, tapi berilah diri sendiri juga masa untuk 'connect' dengan sekeliling kita. Allah, anak-anak, suami, keluarga mahupun hobi kita. Its okay kalau progress kita nampak slow, asalkan kita bahagia dengan cara kita. Setiap orang kemampuannya berbeza :)
P/S: Menurut mereka yang lebih pakar, tempoh high need baby ni dari 0 - 3 bulan je. Lepas dari tu, kalau peel baby masih rewel, tu masalah lain pula. Harap Sofea okay lepas ni. Doakan ya <3
5 Comments
semoga baby sophea sihat dan cepat behave. kesian mommy dia. take care ya sis. jaga diri sama. semoga sis kuat semangat hadapi baby high demand ni.
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 awaknya :)
Delete*hugsss* kita yang terasa penatnya.. Hugs mommy Moga terus kuat hadapi hari seterusnya. Moga baby sophea membesar dngn baik dan menjadi anak solehah bila dh besar .. Orang kata, masa baby dia chenge, nnti dah besa dia paling senang. In shaa Allah
ReplyDeleteAllahuakbar maaf baru baca. Terima kasih sgt2 utk kata2 semangat & doanya. Moga yg baik2 utk aien dan sekeluarga ❤️
DeleteSaya pun baru lepas bersalin, anak skrg umur sebulan lebih. Mmg penat sgt jaga baby high need ni. Nak tanya pasal teknik 5S tu, anak saya jenis yg taknak pacifier. Bagi je pacifier dia akan buang dan marah sbb takda susu. Mcm mana ye nak buat? Mmg mengempeng je la dia skrg tapi risau sbb dia overfeed sampai keluar susu dari hidung. Takut dia tersedak time kita tak perasan, hmm
ReplyDelete