Tanda Kalendar anda bagi menemukan percutian yang menggembirakan dengan seleksi permainan air buat semua di Taman Tema Air Pertama Langkawi



Taman tema air Splash Out Langkawi yang pertama di pulau penuh mitos dan legenda ini adalah lokasi prima buat para pemuja aktiviti riadah yang menyeronokkan dalam memacu adrenalin. Diinspirasikan dengan fasad rincian seni bina di persisiran pantai yang mendakap tema nautika, taman tema air ini mempunyai himpunan permainan air yang mendebarkan. Tambahan pula, menawarkan aneka hidangan makanan yang lazat lantas membingkiskan selautan memori liburan bersama insan yang tersayang.


Terlentang bersempadan persisiran Laut Andaman yang berkilauan, taman tema air ini dibina dengan keluasan 12 ekar di Bandar Kuah; yang hanya 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Projek bernilai RM60 juta itu dilancarkan oleh Kumpulan Halim Mazmin pada 2019.

 

Pengasas Kumpulan Halim Mazmin, Tan Sri Halim Mohammad berkata “Ibarat permata bagi Pulau Langkawi juga negeri Kedah, Splash Out Langkawi adalah destinasi liburan sepanjang tahun yang mengalukan kedatangan para pelancong domestik juga antarabangsa. Kami pasti ramai yang bakal menyerbu ke Pulau Langkawi pada musim cuti persekolahan di hujung tahun ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan keluarga sering mendepani kesulitan dalam mengimbangi minat di antara ibu bapa bersama anak saat memilih lokasi liburan. Demikian, Splash Out Langkawi menawarkan keseronokan dan pelbagai aktiviti riadah buat semua tanpa mengira usia sambal mengekalkan keunikan pengalaman makan angin di pulau ini. Ia pasti membingkiskan pengalaman yang menyeronokkan lagi mendebarkan untuk seisi keluarga. Secara tidak langsung, menjadi destinasi percutian akhir tahun yang ideal di samping mengukirkan kenangan berpanjangan bersama orang yang tersayang.”

 

Puncak Eksplorasi Air Anda!

Melangkahi pintu gerbang besar yang mana merupakan pintu masuk utama, pengunjung bakal diiringi dengan 12 tarikan berinspirasikan laman maritim. Secara tidak langsung, seolah berada dalam sebuah pengembaraan di lautan bergelora.

 


Antara tarikan yang penuh keseronokan adalah Sprinkle Island, taman permainan interaktif dengan penyiram air gergasi, dan Big Splash Kingdom, di mana kanak-kanak bakal disiramkan dengan 250 liter air selang setiap beberapa minit. Bagi individu yang lebih gemar untuk memanjakan diri, anda boleh berenang di kolam gelombang, Wild Water dengan kedalaman 6 kaki. Lalu bermalasan dalam pelampung menyusuri River of Life, sungai buatan dengan perjalanan yang lebih nyaman dan sesuai untuk seisi keluarga.

 

Slaid air dan tunggangan yang mendebarkan seperti Ragin’ Racers dan Perfect Storm pula sesua untuk individu yang memuja aktiviti ekstrem. Biarkan jeritan anda berkumandang saat berlumba turun pada kelajuan 50km/sejam dan hanyut merentasi corong parabola 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah.

 



Sudah semestinya permainan gelongsor air berkuasa di sini. Buat pengalaman taman tema air yang mengasyikkan, jelajahi Splash-Tacular di mana ia dipercepatkan oleh jet hidro pada kelajuan tinggi atau terokai Poseidon’s Revenge yang juga dipercepatkan oleh sebuah jet hidro menaik yang diakhiri dengan terjunan ke dalam terowong gelap dengan kesan visual unik.

 

Ditambah pula kehadiran Splash-Twister dan Splash-Python yang semestinya bukan untuk mereka yang lemah semangat. Tunggangan yang memacu adrenalin ini bakal membuatkan anda berpusing ke bawah seperti roller- coaster. Tambahkan lagi keterujaan anda dengan mencuba Shipwreck Falls, sebuah kapal karam di mana anda akan merasai terjunan curam, sebelum diterbalikkan sekali gus menjadi tunggangan paling ekstrem di sini.

 

Sekiranya slaid tunggangan air pantas dan pusingan mengejut bukan untuk anda, lewati Rainbow Rider yang bakal menghadirkan pengalaman menarik untuk semua peringkat umur.

 

Luangkan Lebih Masa Percutian

Sudah pasti para pengunjung taman tema air yang paling tegar memerlukan rehat yang secukupnya untuk menambah tenaga mereka. Medan Selera Seafarers Haven menawarkan pelbagai pilihan yang cepat dan lazat daripada makanan segera kegemaran kepada burger juga hidangan santapan lokal – anda pasti akan dimanjakan dengan berbagai pilihan

 



Buat hidangan cepat atau snek, East India Coffee & Tea Company menghimpunkan pastri, kek dan minuman panas. Atau pergi ke salah satu kios F&B di sekitar taman air untuk mendapatkan snek, jus buah-buahan atau menikmati secedok ais krim yang menyegarkan. Sekiranya ingin kekal terhidrat, Refuel adalah hentian pit yang mudah dengan menawarkan jus, soda dan minuman isotonik.

 

Kembara seharian anda pastinya tidak akan selesai tanpa lawatan ke Bass Harbour Outpost and Supply. Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan cenderahati dan barangan eksklusif Splash Out Langkawi seperti mainan, aksesori, barangan fesyen dan banyak lagi. Bukan sahaja mencitrakan memori yang hebat, anda juga boleh menemukan cenderahati yang bermanfaat untuk diberi buat teman dan keluarga di rumah.

 

Menanda Semua Kotak

Kemudahan di Splash Out Langkawi dibangunkan untuk memenuhi pelbagai keperluan. Kemudahan termasuk loker, bilik persalinan, bilik menyusu untuk para ibu, balai pertolongan kecemasan, surau dan juga gazebo untuk disewa.

 

Mereka yang ingin mengurangkan masa perjalanan boleh menginap di Bella Vista Waterfront Langkawi yang terletak hanya bersebelahan dengan Splash Out Langkawi dan hanya 5 minit berjalan kaki memasuki taman tema air ini. Lebih dikenali sebagai “The Castle”, hotel yang mengagumkan ini terletak di tengah-tengah taman berlandskapkan seluas 14 ekar yang subur dengan panorama pemandangan 360° yang menakjubkan ke Laut Andaman dan pekan Kuah yang menawan.

 

Splash Out Langkawi dibuka setiap hari Rabu sehingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 7 malam. Kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm mendapat kemasukan percuma manakala tiket masuk untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah berharga RM55. Tiket dewasa berharga RM75 (13-60 tahun), dan tiket warga emas berharga RM40 (lebih 60 tahun).

 

Semua tiket boleh dibeli lebih awal menerusi laman web rasmi Splash Out Langkawi atau pada hari kemasukan di taman tema air. Untuk tidak beratur panjang, langgani Admiral Express Splash Pass dengan hanya RM25. Pemegang MyKad pula layak mendapat kadar istimewa, hanya sertakan MyKad anda di kaunter atau isikan butiran anda di laman web untuk membeli tiket pada harga RM35 untuk kanak-kanak dan RM50 untuk dewasa.

 

Splash Out Langkawi menawarkan promosi menarik sepanjang tahun. Jadi, pastikan anda sentiasa memerhatikan tawaran istimewa splash-tacular, terutamanya semasa musim cuti. Untuk maklumat lanjut, sila layari splashoutlangkawi.com atau ikuti Splash Out Langkawi di semua platform media sosial.

 

Mengenai Splash Out Langkawi

Tersergam indah di kawasan seluas 12 ekar, Splash Out Langkawi menawarkan pengalaman taman tema air yang tidak dapat dilupakan dan keseronokan yang tidak berkesudahan. Dibuka setiap hari Rabu hingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 7 malam, taman tema air terulung di Pulau Langkawi ini adalah satu kemestian untuk semua. Dilaksana ibarat sebuah kerajaan yang ajaib dan fantastik, ia mendakap ilham oleh sang pelaut yang menerokai tujuh lautan. Splash Out Langkawi menawarkan 12 gelongsor dan slaid tunggangan air bagi pemuja keseronokan yang sesuai dengan pengembaraan pelaut. Splash Out Langkawi turut menganjurkan aktiviti pembinaan pasukan syarikat atau lawatan rombongan sekolah. Hubungi +604-9611520. Lawati splashoutlangkawi.com atau mana-mana laman sosial kami untuk maklumat lanjut

 

http://facebook.com/splashoutlangkawi

https://www.instagram.com/splashoutlangkawi_waterpark/

https://www.tiktok.com/@splashoutlangkaw

 

 

 

 


1 Comments

  1. macam menarik. kalau bawak anak2 ramai2 ni best main air

    ReplyDelete