resepi agar-agar lumut santan bunga telang sukatan cawan  yang dijamin mendapat texture agar-agar yang cantik iaitu tak terlalu lembik dan tak berair


Haritu kan, Nur kena buat content untuk review santan Naco. Sejujurnya ni first time Nur gunakan santan brand Naco dalam masakan. Tak pernah nampak santan brand ni dekat kedai ataupun pasaraya yang selalu Nur pergi. Mungkin masih baru di pasaran kut. Tapi okay tau santan dia. Pekat, so tak perlu guna banyak pun masakan dah sedap.


Balik pasal content review tu, Nur fikir punya fikir, end up buat keputusan untuk buat agar-agar lumut bunga telang. Yang biasa kita makan kalau tak perasa pandan, mesti gula merah kan? So Nur buat kelainan sikit memandangkan pokok bunga telang ada menjalar dekat pagar tepi rumah dan banyak bunganya. 


Sejujurnya juga ini adalah kali pertama Nur buat agar-agar lumut. Nervous ya. Bukan apa, takut tak jadi. Takut tak jadi 2 lapisan lah, terlembik lah, berair lah, terkeras sangat lah. Makanya, Nur pun study sikit resepi yang paling yakin untuk Nur guna. Alhamdulillah, kejadian dia sangat okay. Texture agar-agar tu tak terlalu keras dan tak terlalu lembut. Sedap di tekak gitu! 


Apa yang Nur faham adalah nak buat agar-agar yang jadi ni, sukatan air kena betul. 20 gram agar-agar tali bersamaan dengan 7 cawan air ataupun cecair. Contoh kalau buat agar-agar lumut bunga telang ni, 2 cawan santan (dicampur dengan telur) dan 1 cawan air bunga telang digunakan. Maka perlu dimasukkan dalam jumlah 7 cawan air tu. Tinggal lah 4 cawan air yang digunakan untuk memasak agar-agar tali.


Tak faham? Haaa meh tengok resepi.


resepi agar-agar lumut santan bunga telang sukatan cawan  yang dijamin mendapat texture agar-agar yang cantik iaitu tak terlalu lembik dan tak berair


Resepi Agar-Agar Lumut Bunga Telang


BAHAN:

Agar-agar tali 20 gram 

4 cawan air

1 cawan gula

1 helai daun pandan

1 biji telur 

1 cawan santan + 1 cawan air = 2 cawan santan

1 cawan jus bunga telang

1 penutup esen vanila

Sedikit garam


CARA MEMBUAT:

1. Petik 30 kuntum bunga telang. Basuh bersih, kemudian masak bersama 1 cawan air. Tak perlu masak lama pun. Cukuplah sekadar sudah keluar warna birunya.

2. Kemudian, tapis bunga telang dan ketepikan sebentar jusnya. Kalau jus bunga telang tak cukup 1 cawan, tambah sedikit air ya. 

3. Dalam periuk ataupun kuali yang sesuai, masak agar-agar tali bersama 4 cawan air sehingga agar-agar larut terlebih dahulu.

4. Selepas agar-agar larut, barulah masukkan gula dan tuangkan jus bunga telang serta daun pandan. Kacau rata.

6. Dalam 1 bekas/mangkuk yang sesuai, masukkan 1 cawan santan, 1 cawan air dan sebiji telur. Kacau rata menggunakan whisk. 

7. Masukkan campuran santan, air dan telur tadi ke dalam periuk agar-agar. Tak lupa masukkan juga esen vanila & garam. Kacau rata.

8. Masak sehingga agar-agar mendidih membuak-buak sehingga ke permukaan periuk. 

9. Matikan api dan tuangkan agar-agar ke dalam bekas yang bersesuaian.

10. Sejukkan dahulu agar-agar tersebut. Nanti akan terbentuk 2 lapisan.

11. Bila dah sejuk, baru masukkan ke dalam peti ais selama 1 - 2 jam.

12. Cukup 1-2 jam, boleh keluarkan dan potong ikut suka & makanlah sepuasnya. Haha.


Demikianlah resepi agar-agar lumut bunga telang. Boleh tengok juga video Nur buat dia dekat Instagram Nur (jangan lupa tekan love tau hihi).



Buat masa sekarang baru buat agar-agar lumut bunga telang 4 kali. Alhamdulillah dapatlah bagi mak mertuaku rasa. Mak mertua Nur dia memang suka buat dan makan agar-agar. Syukurlah menjadi agar-agarnya. Dapatlah tambah 'markah'. Hihi.


By the way kan..... Nur suka betul telek agar-agar lumut bunga telang bila dah potong. Perasaan tengok warna biru cair tu macam tengah tengok pemandangan laut dalam. Gumpalan telur bercampur santan tu ibarat pasir dan agar-agar biru tu ibarat air laut. Dia semacam ada vibe misteri dan sunyi je kan? Ni kalau letak kapal mainan ni mesti macam pemandangan kapal karam. Aduhai Nur.... Nur. Jauh ke situ menyimpangnya! 


kapal karam


Sambil menaip ni kan, baru teringat. Beberapa tahun lepas Nur pernah buat agar-agar oreo milo 3 lapis. Aduhai bila teringat ni terus teringin. Bahaya betul lah. Tapi nak buat tu belum ada kerajinan lagi. Hmmm susah ekkk kalau tekak ni pesen suka makan. Pantang teringat. Terus teringin. Tunggu lah 3 hari. Kalau terbayang-bayang lagi, dah jadi kes berat. Kena buat jugak.


Baca juga: Resepi Agar-Agar Oreo Milo 3 Lapis


Ok lah. Sampai disini saje coretan resepi agar-agar lumut bunga telang. Jumpa lagi. Assalamualaikum :)


2 Comments

  1. Selalu nampak agar-agar yg warna coklat, sekarang macam-macam style hehe

    ReplyDelete
  2. Wow.. Menarik, takda pulak junpa bunga telang kat sini.. hoho.. Nanti try lah kalau ada.. heehehe

    ReplyDelete