Pelbagai menu ada di me.tyme cafe termasuklah masakan melayu western kopi fresh brew dan dessert yang sedap belaka

Sebelum ni kan, Nur sekeluarga ada kedai makan western kegemaran tau. Kalau dah kata kegemaran, mesti sebab makanan dia 'kena' dengan tekak kami. Sedaplah senang kata. 


Tiap kali family belah suami Nur berkumpul, kalau tekak teringin makan western, kami akan ke sana. Tapi dia jauh sikit laaa dari rumah. Kalau nak ke sana biasanya lepas Maghrib kami gerak, then singgah surau/masjid untuk solat isya pula, baru pergi makan dekat situ. 


Tapi sekarang, dah bertukar arah pula ke kafe yang baru sahaja beroperasi Disember tahun lalu di Impiana Square, Taman Seri Impian (TSI). Impiana Square adalah hub komersial yang utama dekat TSI ni. Kalau ikut pemerhatian Nur, sejak akhir penggal 2022 baru meriah kawasan sini. Kedai pun dah banyak buka terutamanya kedai makan.


Me.Tyme Cafe


So antara kedai makan yang baru buka tu adalah Me.Tyme Cafe. Nur datang makan dekat sini buat pertama kali pada bulan Disember 2022. Masa tu kami laki bini buat percubaan kali kedua untuk makan malam di kedai makan sejak 2 bulan lahirnya Sofea. Dapat baby high need ni, keyakinan nak makan dekat luar tu kurang sikit. Suami okay je tapi Nur je yang overthinking.


Deco Cafe yang Menarik


So macam biasalah. Masuk je kedai makan, mata kita akan melilau tengok suasana kedai. Pada pendapat Nur, deko Me.Tyme Cafe ni ada sedikit unsur unik tapi menarik di mata pelanggan. Paling Nur suka adalah kafe ni ada menyediakan sedikit ruang untuk kanak-kanak. Ada set meja, buaian gantung dan kuda rotan. Walaupun simple dan kecil je ruang kanak-kanak tu, tapi it's the thought that counts. 


Kids area di me.tyme cafe ada buai, kuda rotan dan set kerusi meja

Deco hiasan dalaman me.tyme cafe yang tampak unik dan menarik

Anak-anak Nur yang bukan pesen duduk diam tu mestilah happy ada tempat untuk dorang 'melepaskan tenaga' masing-masing. Tapi idoklerrr melepaskan tenaga macam main dekat taman permainan tu. Ni level 'buat rasa-rasa' je. Karang anak terlebih buas, ada yang ngata kita pandai buat anak tapi tak pandai jaga anak pulak. Biasalah nurtizennnnn. Bagi anak phone untuk diamkan dia kejap kena kecam. Tak bagi phone, bagi anak bebas main pun kena kecam. 


Baca juga: cafe markisa


Sistem Pesanan Tak Menyusahkan


Ehhh membebel pulak makcik anak tiga ni. Ohhh by the way kan, Nur bersyukur sangat dekat sini nak order makanan tak pakai sistem pesanan menu digital tu. Walaupun kita masih muda dan masih cekap menggunakan sistem berdigital ni, tapi Nur lagi gemar menggunakan sistem manual seperti menulis pesanan di atas kertas. Hidup ni rasa tak seronok lah kalau takde 2 ways communication. Kalau order pakai kertas, boleh tanya ini dan itu dekat staf. Kalau tak, menanguk jela depan phone nak order makanan. What a life.... 


Pelanggan Bebas Berkreasi


Haaa sebut pasal menulis ni kan, dinding Me.Tyme Cafe ni penuh dengan contengan sebagai hiasan dinding. Itulah antara perkara unik yang ada dekat kafe ni. So kalau nak tinggalkan 'kesan' kita dekat sini, silalah conteng dinding kafe ni ya. Tuan kafe tak marah pun. Kalau takde bawa pen, minta je dengan staf. Pen marker dia bagi tau!


Hidangan yang Sedap Belaka


Me.Tyme Cafe ni beroperasi dari jam 9:00 pagi sehingga 11:00 malam. 1 hari punya menu dia tapaw ehhh. Dari sarapan, makan tengah hari sampailah makan malam. Tapi Nur belum berkesempatan lagi untuk sarapan dekat sini. Tapi so far, 3 kali dah datang makan dekat sini, boleh kata semua makanan dia sedap belaka. Sebab tu dekat atas Nur cakap sekarang dah bertukar arah ke sini.


Mana taknya, dekat sini ada kopi fresh brew. Masakan ala western ada, masakan melayu ada, dessert pun ada. Menu dekat sini memang banyak. Tak tahu lah kena datang makan berapa kali baru khatam semua menu. 


Coffee latte di me.tyme cafe sedap juga

Sambut birthday anak sulungku nurain mardhiyah di kafe kegemarannya me.tyme cafe

Kek pelangi kegemaran mardhiyah di me.tyme cafe

Boleh Celebrate Birthday 


Nak celebrate birthday dekat sini pun senang. Tak payah susah-susah cari kek sebab dekat sini dah ada kek potong mahupun sebiji kek yang pelbagai jenis. Anak Nur si Mardhiyah tu, asal datang sini mesti dia request nak kek pelangi. Suka betul dia dengan kek tu. 


Cumanya masa birthday Mardhiyah tu hari, kitorang tak order kek dekat sini sebab staf yang buat kek cuti kalau tak salah. Kek favourite Mardhiyah takde. So kitorang beli kek dekat kedai lain dan bawa ke sini untuk celebrate birthday Mardhiyah. Syukurlah tuan kedai okay kita bawa makanan luar masuk. 


JV dengan FUH Fried Chicken


Me.Tyme Cafe ada joint venture dengan Fuh Fried Chicken. Kalau tak salah ni JV Fuh Fried Chicken yang kedua. Yang pertamanya dengan Rasa Cakes. Makanya bertambahlah lagi menu berasaskan ayam dekat sini. Nur pernah makan ayam goreng Fuh ni. Sedap. Seakan-akan ayam goreng Mekdi. Ayam dia besar tau. Berbaloi lah beli seketul ayam dengan harga RM4.50.


Rasanya itu jela Nur nak cerita tentang Me.Tyme Cafe yang selesa, makanan sedap dan harga yang berpatutan. Ada rezeki nanti nak try sarapan pagi dekat sini laa. Boleh pekena nasi lemak basmathi dia dan menu yang lain juga. #NurJJCMKluang


Me.Tyme Cafe

Berhadapan Lake Park, Taman Seri Impian, Kluang

Buka setiap hari dari 8:00AM - 11:00PM

Whatsapp: 017-7488695

Instagram: me.tyme_cafe

Facebook: me.tyme cafe

Google Business: me.tyme cafe


3 Comments

  1. seram tgk dinding tu. takot nanti balik rumah nak conteng mcm kat kedai hahaha, kek dia nampak menarik dan kopi pon mcm best. background pokok tu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak kan. Kut balik rumah pun request nak conteng dinding ke kannn hahaha

      Delete
  2. Waa macam seronok je cafe ni. Kids friendly

    ReplyDelete