Bufet Ramadan Zaituna Restaurant 2023
Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Tinggal berapa hari je lagi bulan mulia, bulan penuh barakah akan tiba. Selain persiapan nak menyambut Ramadan, mesti ramai yang dah plan nak berbuka apa atau berbuka dimana kan?
Untuk entry kali ni Nur nak kongsikan bufet Ramadan dari Zaituna Restaurant dengan bertemakan True Arabian Buffet yang terbesar di Malaysia. Dengarnya dewan yang digunakan nanti boleh memuatkan sehingga 1000+ orang. Haaaa sebab tu dia claim bufet ramadan arabian ni adalah yang terbesar di Malaysia.
Tapi korang jangan datang Zaituna Restaurant yang dekat Taman Tasek, Johor Bahru tu masa nak iftar nanti. Bufet Ramadan dari Zaituna ni bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang akan bermula dari 25 Mac sehingga 21 April 2023, dari 6:00 petang sehingga 9:00 malam.
Dah nama pun True Arabian, mestilah makanan yang dihidangkan nanti kebanyakannya makanan Arab. Terdapat lebih 55 jenis menu menanti sambaran pengunjung yang rambang mata nak buat pilihan nanti termasuklah nasi arab, lauk pauk ayam, kambing, seafood, BBQ Arab, pizza, kuih-muih Arab, pembuka selera, buah-buahan dan banyak lagi.
Tetiba teringat keenakan nasi arab di Zaituna Restaurant. Walaupun baru sekali menjamu selera di situ, keenakannya teringat-ingat sampai sekarang. Masa tu Nur tengah mengandungkan Sofea, memang seronok pekena nasi arab yang tak terlalu berat rasa rempah dia, tapi sedap! Ada rezeki memang nak ke sana lagi. Maklumlah sejak kahwin Nur bukan orang JB lagi so kalau teringin makanan yang ada di JB tu, take time sikit lah.
Balik pasal Bufet Ramadan True Arabian ni, manisan Arab yang viral seperti kunafa dan baklava yang bermacam jenis pun ada. Korang jangan risau. Makan lah puas-puas nanti. Tapi berpada-padalah ambil makanan nanti. Yang penting jangan membazir. Membazir kan amalan syaitan. Haaaa jangan ingat bulan Ramadan syaitan kena ikat kita tak boleh buat perkara yang salah ya. Nur pesan je, jangan marah tau!
Oh ya, ruang solat yang selesa disediakan tau nanti. So korang jangan risau ya. Korang boleh menikmati hidangan True Arabic dengan tenang. Lepas solat Maghrib pun boleh sambung makan lagi. Tapi yang perempuan tu, Nur sarankan bawa telekung masing-masing ya. Kut lepas berbuka nak terus solat sunat terawih di mana-mana surau/masjid berdekatan ke kan. Kan mudah begitu.
Joooommmmm semua kita iftar dekat sini!!
True Arabian Bufet Ramadan by Zaituna Restaurant
Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor
Untuk sebarang tempahan, sila hubungi pihak Zaituna Restaurant di :
📱 whatsapp: https://go.wa.link/zaitunajb
☎️ 07 213 3577
💸 HARGA:
RM 79 / Dewasa
RM 39 / Kanak-kanak (6-12 Tahun, 5 bawah free )
⭐️ SPECIAL DISCOUNTS FOR GROUPS and CORPORATE BOOKINGS ⭐️
🗓 25 Mar – 21 Apr 2023
⏰ 6.00pm – 9.00pm
1 Comments
dah puasa ni tengok nasi dia banyak macam tu menarik betul ya
ReplyDelete