Carlo Rino Melancarkan Koleksi Prism yang Menawan Sempena Lebaran Ini
Keterujaan
menampilkan helaian rangkaian fesyen ranggi sempena lebaran kian terasa,
lebih-lebih lagi dengan ketibaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang
ditunggu-tunggu. Kali ini, Carlo Rino mempersembahkan Koleksi Prism yang
mempersona bagi menyuntik elemen glamor dalam koleksi terbaru ini. Koleksi kali
ini memperlihatkan sentuhan kilauan dan gemerlapan bunga api yang menerangi
langit pada malam Raya dengan reka bentuk timbul geometri perak yang menawan
dan aksen tona emas yang mewah. Koleksi ini turut mencetuskan lagi kesempurnaan
lebaran ini dengan elemen keagungan yang elegan.
Koleksi
Prism ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja terutamanya apabila anda
menampilkan stail raya yang lebih malar dan segar ketika berkumpul bersama-sama
keluarga atau menziarahi yang tersayang. Padanan beg tangan yang sesuai pula
mampu melengkapi fesyen anda sewaktu hari lebaran, menjadikan ianya satu statement piece. Kepelbagaian aksesori
dari koleksi ini menampilkan pendekatan gaya yang versatil pada musim perayaan
ini. Ciptakan memori indah yang berkekalan dan tampil sedondon bersama-sama
ahli keluarga anda dengan Koleksi Prism.
BEG
Dalam keseronokan menggayakan baju raya yang
baharu dan menyediakan kuih raya kegemaran, tambahkan lagi kesempurnaan
penampilan anda dengan sedikit sentuhan keanggunan futuristik dalam pakaian
anda. Beg Prism Bob. B yang mempunyai reka bentuk geometri pada permukaan
beg akan memberikan sentuhan unik kepada persalinan anda. Warna perak pada beg
tersebut akan memberikan aura moden dan sofistikated kepada penampilan
Aidilfitri anda.
Malah, jika anda teruja untuk membeli-belah
sempena Hari Raya bersama-sama yang tersayang, jangan lupa untuk dapatkan beg
daripada Koleksi Prism. Beg Prism Crossbody dan Prism Carry-All Bag M yang
serba guna adalah aksesori yang sempurna untuk menyerlahkan lagi citra fesyen
Hari Raya anda, serta membolehkan anda mempelbagaikan stail dengan begitu
mudah. Beg ini bukan sahaja tampak elegan dan praktikal, malah ia juga
membolehkan anda menyimpan paket duit raya anda yang penuh kelas. Semarakkan
Raya anda dengan memperagakan aksesori dan tonjolkan citarasa fesyen anda untuk
menghidupkan semangat Aidilfitri.
Musim Raya semakin tiba dan tentunya ramai yang bersemangat menantikan
juadah tradisional dan kegembiraan saat menerima paket duit raya daripada orang
yang tersayang. Inilah masa yang sesuai untuk mengekalkan adat turun-temurun
dan mencipta kenangan baharu dengan keluarga dan rakan-rakan. Koleksi ini
menawarkan aksesori sempurna untuk melengkapkan peragaan Hari Raya anda serta
boleh menyimpan segala barang keperluan anda. Dompet Prism Short Wallet, Prism
2-Fold Wallet, dan sarung kad Prism Lanyard Card Case bukan sahaja menawan
tetapi juga praktikal untuk membawa kad dan duit raya anda dengan mudah.
Ucapkan selamat tinggal kepada dompet besar dan hello kepada sisi praktikal
Koleksi Prism daripada Carlo Rino.
KASUT
Tiba
masanya apabila aroma indah kuih Raya yang lazat menjadi satu keterujaan dan
kerinduan melawat sanak saudara dan rakan taulan dapat dirasakan. Tingkatkan
gaya penampilan anda di Hari Raya ini dengan Vena Sandal – dengan reka bentuk slip-on dan blok tumit yang in trend – ia merupakan penggayaan
menarik dalam persalinan anda pada lebaran ini. Reka bentuk futuristik sandal
ini adalah cerminan kepada dunia moden dan berteknologi era kini, manakala
pilihan warna hitam dan pic menjadi elemen utama dalam memastikan fesyen ini
tidak lapuk ditelan zaman. Ayuh tampil berhias dengan Prism Mules Carlo Rino
dan serlahkan idea fesyen jalanan anda pada musim lebaran ini.
JAM TANGAN
Musim raya
semakin hampir, dan antisipasi menyambut lebaran kian terasa hari demi hari.
Sudah tentunya ramai yang membeli-belah untuk Hari Raya dan mencari rangkaian
pakaian yang paling anggun dan selesa. Hiaskan penampilan raya anda dengan jam
tangan yang anggun daripada Koleksi Prism Carlo Rino. Jam tangan Carlo GEO Mini
Timepiece merupakan aksesori sempurna untuk menambah seri pemakaian anda di
hari lebaran ini. Dengan corak GEO di tengah-tengah muka jam dan reka bentuk
yang halus dan indah, jam tangan ini pasti mampu menarik perhatian ramai. Jam
tangan ini boleh didapati dengan tali logam bersalut perak dan merah jambu emas
(rose gold), menjadikannya hadiah
sesuai bagi insan yang tersayang pada Hari Raya ini.
HARGA
● PRISM BOB. B BAG: RM459
● PRISM CROSSBODY: RM499
● PRISM CARRY-ALL BAG M: RM499
● PRISM SHORT WALLET: RM279
● PRISM 2-FOLD WALLET: RM299
● PRISM LANYARD CARD CASE: RM199
● VENA SANDAL: RM179
● CARLO GEO MINI TIMEPIECES: RM419
Lokasi Produk Carlo Rino
Koleksi Carlo Rino Prism boleh didapati di www.carlorino.net , juga di butik Carlo
Rino, seluruh negara dan gedung beli belah utama bermula Januari 2023.
UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI
CARLO RINO, LAYARI:
0 Comments