Menyesal Beli Pressure Cooker Noxxa
Hai assalamualaikum & selamat berpuasa semuanya.
Macam mana harini? Sihat tak? Segar tak? Harini plan nak iftar apa? Haha banyak pulak tanya Nur ni kan? Terlebih gula ke ni hyper lain macam je. Alaaaaa bukan apa, pagi-pagi kena semangat. Barulah ceria hari kita. Kan awaknya? Eh tanya lagi. Haha.
KENAPA MENYESAL BELI PRESSURE COOKER NOXXA?
Sebenarnya kan, Nur tengah teruja ni. Maklumlah ada gajet baru dalam rumah ni. Dah lama sebenarnya aimed nak beli. Tapi biasalah, dalam kehidupan seorang rakyat marhaen ni, banyak lagi benda lain yang perlu diutamakan. Makanya kita tahan dulu keinginan yang satu ni.
Alhamdulillah rezeki Ramadan, dapat lah juga merasa ada pressure cooker Noxxa dekat dapur comelku. Kebetulan ada promosi ansuran 4 kali bayar berserta free gift 2 balang interlock, Nur cuba nasiblah tanya suami boleh tak kalau nak beli.
Sebenarnya tak plan nak memiliki untuk waktu terdekat ni, yela nak raya Aidilfitri tak lama lagi, pakai banyak duit tu. Dengan kami ni baru pindah rumah. Banyak lagi yang lopong keperluan dekat rumah ni. Tapi ada satu hari tu saje tanya suami, ehhhhh dia jawab belilah. Wow!
Terus whatsapp kawan Nur yang Nur nak order pressure cooker Noxxa. Boleh ansuran kan.... Takdelah terasa berat sangat nak bayar tu. Kalau cash sejelepuk RM800, menggigil jugak tangan nak klik approve dekat Maybank2u. Haha.
Sampai je budak Noxxa ni dekat rumah, Nur tak unbox terus. Masa tu busy. Biasalahhh baru pindah. Sofea pula baru start makan. Mardhiyah pula baru start sekolah. Ramadan bulan mulia pun dah mula. Haaaa memang tak menang tangan lah gamaknya.
Lepas dah unboxed pun tak sempat try lagi. Keesokan hari baru buat langkah penggunaan kali pertama pressure cooker Noxxa model 2019. Lepas dah buat langkah pertama ni baru boleh main masak-masak pelbagai jenis juadah.
Jadinya, sejak seminggu dah memiliki periuk Noxxa ni, Nur dah cuba masak 5 jenis makanan. Alhamdulillah, semuanya menjadi dan cantik kejadian dia. Excited kan.... Hari-hari fikir nak masak apa dengan pressure cooker Noxxa tu. Tapi tidaklah hari-hari gunakannya. Fikir je, buatnya tidak. Hahaha.
MENYESAL BELI PRESSURE COOKER NI LAMBAT. KALAU BELI DARI AWAL LAGI MESTI DAPAT BUAT PELBAGAI JENIS MASAKAN TAPI SEKEJAP JE DAH SIAP.
Tapi so far so good. Nur rasa berbaloi beli lagi-lagi untuk rumah yang selalu berasap dapurnya. Bukan apa, bila ada pressure cooker yang multipurpose ni, kita dapat jimatkan masa kita di dapur dengan banyak. Bayangkan nak buat sup tulang pun tak sampai sejam dah siap.
Kalau tak sebelum ni bercinta juga nak tunggu daging tu empuk. Kejap-kejap jengah dapur tambah air dalam periuk. Kejap-kejap check daging dah empuk ke belum. Ni belum lagi kes air rebusan daging tu melimpah keluar sebab terguna api yang besar. Tapi bila ada budak Noxxa ni, tinggalkan saje. Tup-tup empuk dah dagingnya. Tinggal adjust rasa dia aje. Sungguh mudah!
Baca juga: Resepi Sup Tulang
Nak buat kuih yang kukus pun senang. Nur ni kan sebenarnya dah lama sangat nak makan kuih seri muka yang betul-betul sedap. Mostly kuih seri muka yang Nur makan semua tak menepati citarasa. Terasa tengik santan la, lapisan atas yang hanya menggunakan pewarna hijau semata. Takde aroma pandan langsung.
Nak buat sendiri memang Nur malas sebab Nur memang tak rajin nak renyah pakai pengukus la, pakai loyang la. Haaaaa sungguh tak rajin. Sebab tu mengharapkan ada rezeki jumpa seller yang buat kuih seri muka dengan sedap je.
Tapi sampai sekarang tak jumpa. Kebetulan pulak dalam group Amway tu ada share resepi kuih seri muka. Terus membuak rasa nak buat. Semangat terus. Apa lagi, Nur suruh suami Nur belikan beras pulut, santan dan ambilkan beberapa helai daun pandan di rumah mertua.
Petang tu lepas suami balik kerja, terus Nur buat. Sumpah senang gila hahahahaha. Orang yang tak pandai buat kuih macam Nur ni pun boleh buat. Alhamdulillah, menjadi kuih seri muka yang Nur harapkan. Lapisan hijau yang lembut bersama aroma pandan yang kuat. Dimakan dengan lapisan pulut yang lemak masin, alhamdulillah syukur sangat. Seronok tekak ni haaa.
Nur pun ada buat spaghetti carbonara daging homemade juga tau pada hari yang sama Nur buat kuih seri muka tu. Tetiba teringin nak makan padehal Nur kurang gemar spaghetti carbonara. MasyaAllah senang kerja tak payah rebus dulu spaghetti-nya. Masuk je dalam periuk, tekan manual 6 minit. Sekejap je dah lembut. Tak sempat ketiak ni nak basah tau. Haha.
Kek pisang pun Nur ada buat juga tau. Nur gunakan resepi kek pisang blender yang Nur pernah share sebelum ni. Menariknya, Nur tak payah susah-susah sediakan loyang, masukkan aje adunan kek pisang tu ke dalam pot pressure cooker Noxxa. Tekan mod BAKE/CAKE, selepas 40 minit kek pisangnya siap dah.
Masa taip ni pun budak Noxxa tu tengah bekerja dekat dapur. Harini Nur buat bubur lambuk. Plan nak bagi dekat jiran-jiran sikit sebagai tanda salam perkenalan. Nak bagi mak mertua dan jiran lama juga. Kebetulan adik ipar pun ada balik sini dan harini nak balik ke KL dah, boleh laa bagi dorang merasa bubur lambuk Noxxa-ku. Harap sempat lah siap dengan sempurna.
In shaa Allah next time akan banyak lagi menu yang menyusul. Moga keterujaan ni berkekalan lama. Takdelah macam kes sesetengah orang, periuknya dah masuk kotak. Time nak rebus daging aje baru guna. Sedangkan, periuk ajaib ni macam-macam kegunaan boleh tau.
By the way, untuk bulan April ni, Amway ada buat banyak promosi yang menarik tau. In shaa Allah Nur akan update dalam 1 entry apa promo best bulan April tuuu.
Korang yang berminat nak dapatkan pressure cooker Noxxa ataupun mana-mana produk Amway yang best, boleh whatsapp Nur ya. Klik je ayat ni. Taknak beli lagi tapi nak tanya-tanya pun boleh. Nur baru je join Amway. Support Nur ya. Tenkiu ❤️
2 Comments
wahh best ni. paling best nak masak daging. kejap je empuk. nanti boleh buat rendang ayam kg atau ayam pencen ni. kejap je dah siap ni.sedap nyaa.
ReplyDeleteBoleh cuba nanti buat rendam ayam kampung. Ada yg kata bestnya pakai pc noxxa ni, ayamnya nanti tak benyai. Isi empuk tapi masih intact
Delete