Tengok Kapal Terbang Landing di KLIA
Baru-baru ni Nur ada ke Selangor bagi memenuhi majlis doa selamat merangkap majlis kahwin belah lelaki adik ipar Nur di Banting. Ini adalah kali pertama Nur jejakkan kaki di bumi Banting, bandar pentadbiran Daerah Kuala Langat.
Alang-alang dah ke situ Nur pun buat sedikit carian tempat apa yang menarik untuk dilawati. Mesti kena cipta satu memori yang indah terutamanya anak-anak Nur yang sedang membesar tu. Maklumlah kami ni bukan selalu pun keluar dari bumi Johor tu.
Kebetulan anak kedua Nur sangat suka dengan kapal terbang. Kalau dekat rumah tu ada bunyi gema kapal terbang di udara, cepat-cepat dia keluar nak tengok. Tapi biasalah, ciput aje mata kita dapat tengok pesawat udara bersayap tu. Jadinya jomlah kita kasi dia tengok dekat sikit.
Nur pun Google la tengok kapal terbang dan tak sangka ya sebenarnya ada viral port tengok kapal terbang sekitar tahun 2021. Sungguh Nur tak tahu. Ketinggalan sangat ke Nur ni? Hahaha. Nur pun baca laa entry dari kawan blogger Nur Syu a.k.a ombakbergigi tentang tempat tengok flight landing ni.
Baca juga: Senarai cawangan Jnt Johor
Nur memang bersungguh nak pergi dan Nur pun whatsapp Syu untuk bertanyakan lokasi yang tepat untuk dapatkan sekeping gambar yang nampak kapal terbang dekat seperti gambar-gambar yang viral tu. Tapi malangnya lokasi tersebut sudah pun ditutup atas kecuaian orang awam.
Anjung Spotter Observation Deck
Pihak KLIA ada menyediakan kawasan yang selamat untuk pengunjung iaitu Anjung Spotter Observation Deck bagi memberi pemandangan lebih sempurna tentang pesawat yang melalui Runway 32L. Tapi untuk Nur, tempat tu belum dapat bagi Nur pengalaman yang cukup sempurna. Hahahaha tak nak kalah kan?? Nak juga gambar ala-ala yang viral tu.
Suami Nur pun ajaklah naik kereta dan cuba masuk satu simpang selepas Anjung Spotter tu sebab dia kata dia nampak ada flight landing di hujung sana. Kereta kami pun jalan menyusuri kawasan kebun kelapa sawit dan akhirnya taraaaaaaaaa!!!! Ada lagi satu port untuk bergambar rupanya tapi dekat sini tak ramai sangat lah.
2 jam jugalah kami sekeluarga termasuk umi ayah dan adik-beradik yang lain bersidai di sana ambil gambar puas-puas. Dari langit cerah terik panas menampar pipi gebuku ini sehinggalah langit kian menjingga kami ramai-ramai duduk disitu demi berkeping-keping gambar yang cantik dan sempurna.
Alhamdulillah puas hati. Anak-anak pun happy dapat tengok kapal terbang lalu betul-betul atas kepala. Jadinya Nur nak share jugalah lokasi yang Nur pergi tu. Mesti korang yang belum pergi pun nak juga merasa pengalaman macam kami sekeluarga kan? Meh sini Cikgu Nur beri tunjuk ajar.
Lokasi Tengok Flight Landing di KLIA
Ada 2 cara iaitu:
1. Korang Google Maps MY Last Landing Point (KLIA) untuk ke lokasi yang Nur pergi haritu. Tapi Nur tak sure lah Google akan bagi laluan mana. Tapi tempat yang dipin tu adalah tepat. Ataupun...
2. Macam Nur haritu, Nur search Jalan Pekeliling KLIA2 kemudian akan keluar KLIA2 Security Post 6. Lokasi yang viral yang dah tutup tu ada dekat Jalan Pekeliling menghala ke Security Post tu tapi dia sebelum Anjung Spotter.
Berbanding dengan lokasi yang Nur pergi ni, dia dalam sikit. Selepas Anjung Spotter masuk simpang kiri (Terminal KLIA / Terminal KLIA 2). Kemudian terus je ikut jalan tu (Nur tak sure berapa km dari simpang) dan korang akan nampak runway untuk flight landing. Korang park dekat area situ okay.
Waktu Sesuai Datang Sini
Nur jumpa lokasi tu dalam 6:00PM macam tu. Masatu kereta belum banyak tapi dah nampak flight nak landing. Serius jakun sebab ini adalah kali pertama Nur nampak kapal terbang lalu atas kepala dengan jarak yang dekat.
Bila hari menjengah senja, makin ramai orang datang. Jadi betul lah apa yang Nur baca, waktu 'golden hours' (selepas subuh atau senja) adalah waktu yang sangat sesuai untuk menikmati pemandangan kapal terbang mendarat. Tapi Nur rekemen korang datang sebelum senja lah untuk mendapatkan hasil gambar yang lebih terang tanpa edit.
Peringatan Sebelum ke Sini
Untuk korang yang belum dan pernah pergi, ada beberapa perkara Nur nak ingatkan kerana tempat ni tepi jalan je bukan ada kawasan khas.
- Kalau bawak budak, kena lebih berhati-hati sebab kawasan ni ada kereta lalu lalang.
- Buang air siap-siap. Tempat ni tiada tandas.
- Standby air mineral untuk melegakan tekak. Mula-mula sampai Jalan Pekeliling sekitar 5:30PM pun cuaca masih panas terik. Elakkan dehydrated okay.
- Pandai buat sampah, pandailah jaga sampah. Jangan buang sampah merata-rata. Jangan sampai lokasi kedua ni pun kena tutup. Kalau tutup, sayonara laaa.
Rasanya itu jelah kut yang Nur nak kongsikan tentang pengalaman Nur melihat kapal terbang mendarat. Alhamdulillah, satu pengalaman yang awesome untuk Nur, suami, anak-anak dan juga keluarga mertua. Geli hati juga bila ingatkan balik, kecoh masing-masing bila nampak pancaran lampu putih di hujung langit. Camera standby la, yang nak bergambar standby la, standby posing ini posing itu. Kenagan betul.
Nak pergi lagi ke? In shaa Allah kalau lokasi ni masih belum tutup dan anak ketiga Nur, Sofea dah besar sikit nanti, Nur nak datang lagi. Datang haritu umur dia baru 9 bulan. Terkulat-kulat budak tu bila flight datang. Yela bunyi dia kuat juga tau.
Jumpa lagi di lain entry ya. Assalamualaikum :)
2 Comments
mmg cantik dpt gambar kat kawasan ni
ReplyDeleteTenkiu syu sudi di ganggu haritu :D
Delete