Panduan Mudah Makanan Bayi 6 Bulan
Bila si comel dah nak masuk 6 bulan, mesti ibu excited kan? Selama 6 bulan pertama baby hanya minum susu ibu atau susu formula je. Kini sudah tiba masanya baby mencuba makanan pertama dalam hidupnya.
Namun selain perasaan teruja tu, mesti ibu risau kan. Mesti terfikirkan makanan apa yang sesuai diberi pada baby, keperluan apa yang perlu disediakan sebelum baby memulakan perjalanan makanan pejalnya dan banyak perkara lain lagi.
Sebab tu Nur ada buat satu entry tentang keperluan dan persediaan makanan pertama bayi 6 bulan. Bukan apa, Nur ni hanya manusia biasa. Lupa itu perkara biasa. Tak perlu dah nak study balik dari awal, tiba masa, refer sahaja coretan Nur yang tak seberapa tu sebagai panduan. Senang sikit kerja.
Baca juga: 10 Keperluan dan Persediaan Makanan Pertama Bayi 6 Bulan
Ciri-Ciri Makanan yang Sesuai untuk Bayi 6 Bulan
Jadinya untuk entry kali ini, Nur akan kongsikan makanan bayi 6 bulan mengikut pengalaman Nur yang tak seberapa membesarkan 3 orang anak. Tapi sebelum itu, eloklah kalau Nur bagi tahu 4 ciri-ciri makanan yang sesuai untuk bayi 6 bulan yang disyorkan oleh Nutritionist Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antaranya ialah:
1. Tekstur makanan dikisar, dipuri, dilecek atau separuh pejal.
2. Makanan perlu halus dan cukup PEKAT.
3. Seimbang – karbohidrat, protein dan sayuran.
4. Tiada garam, gula dan perisa tambahan.
Manakala ciri makanan pertama yang sesuai adalah dimulakan dengan makanan yang tawar kerana dikhuatiri anak akan menjadi picky eater jika dimulakan dengan makanan yang manis seperti nestum ataupun buah-buahan. Ini pendapat peribadi ya. No heart feelings okay.
Makanan Pertama Bayi 6 Bulan
Apa Nur buat adalah Nur bagi baby Nur makan bubur kosong dan beberapa titis minyak sebagai sumber lemak. Minyak zaitun (extra virgin olive oil) boleh, minyak sawit boleh, minyak kelapa dara pun boleh. Nur pilih bubur kosong kerana bubur nasi kosong memberikan rasa sebenar makanan dan in shaa Allah baby akan lebih mudah menerima makanan baru untuk hari-hari seterusnya.
Nur bagi anak Nur makan 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan lewat petang sebab baby Nur lepas Maghrib dah start tidur malam. Biasanya Nur akan budget 2 sudu besar untuk sekali makan. Untuk permulaan, ibu tak perlu risau andai baby nampak macam tak berminat nak makan. Jangan paksa tau. Ini tempoh untuk mereka kenal perkara baru. Biasalah budak baru nak belajar kan?
Baca juga: Cara Masak Bubur Kosong Bayi
Konsep 3 Days Rule (3DR)
Sebagai langkah keselamatan, Nur bagi baby makan menu yang sama selama 3 hari (3 days rule / 3DR) untuk pantau kalau-kalau baby ada alahan kepada sesuatu menu baharu yang Nur kenalkan. Kalau tak sabar sangat paling tidak pun bagi masa 2 hari lah. Alahan tu boleh jadi anak loya/muntah, ruam, sembelit/cirit- birit dan lain-lain. Andai ada tanda seperti Nur nyatakan tu, bolehlah stop dan tukar menu lain.
Konsep 3DR tak wajib pun ibu buat. Cumanya, konsep ini banyak membantu ibu untuk mengenalpasti diet atau makanan apa yang sesuai dan kurang sesuai untuk baby pada ketika itu. Kalau kita bantai je bagi pelbagai jenis sumber makanan pada 1 hari, dan andai kata baby alah, tak ke pening kepala fikir makanan apa yang baby alah. Betul tak?
Makanan Kedua Bayi 6 Bulan
Untuk 3 hari seterusnya, boleh perkenalkan baby dengan menu berasaskan sayur-sayuran pula seperti bayam, sawi, labu, tomato ataupun lobak merah. Sayur tu boleh kukus asing kemudian dijadikan puri atau boleh juga dimasukkan terus semasa bubur sedang dimasak. Nur lagi rekemen kalau kukus asing.
Nur bagi contoh labu ya. Kalau kukus asing kita boleh pelbagaikan menu untuk baby makan. Contohnya, pagi bagi baby makan puri labu sahaja. Tengah hari, boleh campur bubur kosong dan puri labu. Petang pula boleh bagi baby mana-mana yang berkenan antara puri labu, bubur kosong ataupun campur.
Makanan Ketiga Bayi 6 Bulan
Then repeat langkah keselamatan 3DR. Kalau baby pass makan labu, ibu boleh masuk dalam list dan teruskan 3 hari seterusnya dengan menu berasaskan protein seperti ayam/ikan/daging. Sama juga macam step sebelum ni. Boleh kukus/rebus asing atau terus dimasukkan terus protein ke dalam bubur. Boleh guna kreativiti ibu sendiri macam mana nak gayakan.
Kalau tak pass, andai kata baby sembelit lepas makan labu, ibu boleh stop bagi labu dan cuba bagi baby makan buah-buahan seperti buah naga, prun, pear, betik ataupun kurma. Elakkan brokoli, bunga kobis, kentang ataupun epal.
Nur suka sangat bila baby dah pass sampai stage sini sebab baby dah dapat 1 meal lengkap yang seimbang dan penuh nutrisi memenuhi ciri-ciri makanan bayi 6 bulan yang disyorkan Nutritionist KKM. Dalam satu mangkuk tu ada karbohidrat (nasi), vitamin & mineral (sayur-sayuran) dan protein (ayam/ikan/daging/kekacang).
Bila Perlu Perkenalkan Buah-Buahan?
Habistu bila nak intro baby makan buah-buahan? Bila-bila pun boleh sebenarnya. Buah-buahan pun penting juga kerana buah adalah sumber serat dan membekalkan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan baby.
Selepas lengkap 1 meal pun boleh bagi buah, ataupun nak intro awal lagi pun boleh. Cumanya, ikut pendapat Nur elakkan intro buah-buahan pada hari pertama baby memulakan makanan pejal.
Nanti bila dah intro baby makan buah, next meal boleh ulang semula makanan yang tawar untuk neutral kan balik lidah baby. Haaaa macam ni laaa Nur buat dekat anak Nur supaya dia tak kebiasaan dengan makanan yang manis. Biasalah, makanan manis kan lebih sedap dan bikin ketagih.
Jangan Takut Mencuba Menu Baru
Kemudian, untuk hari-hari yang seterusnya ibu boleh perkenalkan menu baru. Jangan takut untuk mencuba. Beri baby peluang untuk explore dunia makanan yang meneronokkan. Ibu boleh pelbagaikan sumber makanan untuk memperkenalkan baby dengan pelbagai rasa, tekstur dan jenis makanan. Yang penting kita bagi baby makan real food okay.
Ibu juga boleh cuba intro anak dengan bawang. Tidaklah kena buat puri bawang, tapi bawang tu boleh dimasukkan ke dalam bubur. Macam Nur, Nur suka tumis sedikit bawang merah dan bawang putih sebelum Nur masukkan beras/nasi. Nanti bubur baby akan menjadi lebih wangi dan lebih menyelerakan.
Baca juga: Boleh Ke Bayi Makan Pasta?
Berapa Banyak Air yang diperlukan Bayi
Berkenaan dengan air pula, mesti ibu tertanya-tanya berapa banyak kuantiti air kosong yang baby perlukan. Sebenarnya tiada penerangan khusus tentang perkara ni, tapi untuk baby 6 bulan cukuplah sekadar 2oz hingga 4oz air kosong sahaja kerana baby berusia 6 bulan, susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan mereka.
Konklusi
Konklusinya, bayi yang telah memasuki umur 6 bulan kebiasaanya telah mencapai koordinasi saraf otot (neuromuscular) dan kematangan fisiologi. Oleh itu, ibu-ibu boleh mula memberi makanan pelengkap yang sihat iaitu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi.
Buat ibu yang nak gali lagi ilmu tentang dunia pemakanan baby, Nur rekemen korang untuk follow page Nutritionistkkm dan join group FB Happy Baby Foods Malaysia.
Sampai sini saje, jumpa lagi di lain entry :)
4 Comments
alhamdulillah dah pass fasa makan 6 bulan. skrg fasa nak naikkan berat badan pulak sebab berat afeeya still sama tak naik
ReplyDeleteSama anak nur haritu berat dia statik. Risau pula tapi budaknya aktif, susu pun main2. Sebab tu kut
DeleteTeringat Adam masa 6 bulan first time makan. sekarang da nak 3 tahun da huhu..
ReplyDeleteLepas ni turn adik adam pulak eh? Hihi
Delete