10 Resepi Kuih Kaswi Gedik Pelbagai Perisa
Sejak sebulan dua ni, boleh tahan viral kuih kaswi ya? Ditambah dengan bentuk seakan bunga melingkar yang nampak trendy tu, macam tak percaya kuih ini adalah kuih tradisional Malaysia yang sudah wujud lama di negara kita. Terbukti kuih tradisional kita tak lapuk ditelan zaman. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang memulakan ketularan kuih tradisional yang satu ni.
Dah viral ni, ada lagi ke yang tak kenal kuih kaswi? Haaaa yang tak kenal tu, tak boleh skip baca tau! Meh sini Nur cerita sikit.
Sekilas Tentang Kuih Kaswi
Kuih kaswi yang juga dikenali sebagai kuih ko swee atau kuih kosu ialah kuih tradisional Malaysia yang dibuat dengan gabungan tepung beras/tepung gandum, tepung ubi kayu, dan gula melaka. Kuih yang dihidangkan dengan kelapa parut ini adalah makanan ringan yang lembut dan kenyal dengan rasa yang sedikit manis dan wangi.
Teringat masa mengandungkan anak pertama dulu, teringin betul nak makan kuih kaswi. Tapi masa tu baru sangat duduk Kluang. Tak tahu siapa yang pandai buat dan menjadi gediknya. Nak buat sendiri memang tak pandai. Kalau lah masa tu viral kuih ni, mesti suka baby Mardhiyah dalam rahim tu kan?
Sejak dah viral ni, kuih kaswi pun dah ada bermacam versi dan warna. Bukan setakat kaswi gula melaka atau pandan sahaja, lebih dari tu pun ada. Yang penting, nak buat kuih kaswi ni tak susah sebenarnya. Bahan yang diperlukan pun mudah untuk disediakan. Yang penting kena ada acuan/loyang dan pengukus. Haaa penting tu! Kalau takde macam mana nak menjadi kuihnya kan?
10 Resepi Kuih Kaswi Gedik Pelbagai Perisa
Jadinya untuk entry kali ini, Nur nak kongsikan 10 resepi kuih kaswi berlainan rasa dan warna. Kut dah boring makan yang biasa, boleh cuba buat yang lain pula. Ok let's go!
#1 Kuih Kaswi Gula Merah
Sumber: FB Marina Miskam |
Bahan A:
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air
3 sudu besar air kapur
Bahan C:
Kelapa parut putih dan secubit garam
( kukus sekejap untuk elak kan cepat basi )
Cara masakan:
- Panaskan pengukus terlebih dahulu.
- Satukan bahan A. Masak atas api hingga larut semua bahan. Ketepikan dan biarkan sejuk
- Sebatikan baban B dan kacau rata.
- Satukan bahan A dan B. Kacau rata & tapis adunan.
- Sapukan minyak dalam acuan.
- Tuang adunan ke dalam acuan.
- Kukus 20 minit dalam acuan kecil..
- Kalau dalam loyang kukus 30-40minit (pastikan alas plastik dan sapu minyak loyang tersebut)
- Biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama kelapa parut yang sudah dikukus.
Tips: Kalau nak warna lagi gelap, boleh letak 1-2 sudu kicap pekat
#2 Kuih Kaswi Pandan
Sumber: FB Fatimah Saari |
Sebagai peminat kuih yang berasaskan daun pandan, Nur nak ingatkan kalau boleh gunakan daun pandan bukan pes pandan atau pewarna hijau semata. Nanti rasa dia tak berapa kick awaknya.
Bahan yang diperlukan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur (jernih)
1 cawan gula
2 cawan air blend dengan daun pandan 7-8 helai (Tapis dan ambil air pandan sahaja)
1 cawan santan cair/ air biasa.
Garam secukup rasa.
Cara masakan:
- Semua bahan diatas blender/kacau guna whisk je pastu tapis.
- Tuang dalam acuan yang dioles minyak
- Kukus 15minit api sederhana. Lepas kukus angkat dan ketepikan
- Bila dah suam sikit, keluarkan kuih dengan lidi satay.
- Jangan lupa kukus kelapa yang sudah digaul dengan sedikit garam sebelum dihidangkan
#3 Kuih Kaswi Pandan Santan Leleh
Sumber: FB Hasliza Ishak |
Bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan air pandan (blend 6 helai daun pandan + sedikit pewarna hijau)
1 cawan air
1 sudu besar air kapur..
Cara masakan:
- Campurkan kesemua bahan dan tapis.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan.
- Kukus 10 minit bila air mendidih.
- Kukus 5 minit kelapa parut supaya kelapa tak cepat basi
Untuk santan leleh:
- 1/2 cawan santan kotak..campurkan air jadikan 11/2 cawan. Kemudian, masukkan ke damam periuk/kuali.
- 2 sudu besar tepung jagung
- Sedikit garam untuk rasa lemak
- Kacau sehingga likat.
- Letakkan atas kaswi dan taburkan sedikit bijan yang di sangai.
#4 Kuih Kaswi Keladi
Sumber: FB Nazri Ahmad |
Peminat keladi macam Nur kena cuba buat kaswi keladi. Ni kalau dapat letak keladi mesti lagi sedap lemak berkrim kan kuihnya? Terliur lah pulak. Tapi resepi ni guna paste keladi aje. (
Bahan yang diperlukan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1kotak santan 200ml campurkan dengan air jadi 5 cawan
1 SB paste keladi
Pewarna purple + pink
1 SB air kapur
Cara masakan:
- Didihkan air dalam pengukus, masukkan 3 helai daun pandan dalam air.
- Sapukan minyak pada acuan/loyang.
- Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil kacau hingga santan habis dan adunan sebati tidak berbintil.
- Masuk paste keladi, pewarna dan air kapur.
- Kacau hingga sempurna dan tapis.
- Masuk dalam acuan/loyang dan kukus.
- Acuan = 20 minit, loyang = 45 minit
- Tunggu betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari acuan/loyang kemudian digolekkan bersama kelapa parut yang sudah di gaul dan dikukus.
#5 Kuih Kaswi Durian
Sumber FB: Zaidah Ibrahim |
Bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum.
1/2 cawan tepung ubi.
1/2 cawan isi durian + dengan santan cair atau air. Blend jadikan 1 cawan
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
1 sudu teh air kapur
Cara masakan:
- Masak gula bersama air dan daun pandan.
- Bila air gula dah suam, kisar semua bahan.
- Kukus selama 20 minit jika menggunakan acuan. Manakala 40 minit untuk loyang
- Hidangkan bersama kelapa parut.
#6 Kaswi Kacang Merah
Sumber: FB Yana Abu Hussin |
Nur ni orangnya memang gemarkan kacang merah. Roti kacang merah, pau kacang merah, hatta beli cendol pun minta extra kacang merah. Tapi tidak ku sangka ya kaswi pun boleh ada versi kacang merah. Kreatif betul orang Malaysia. Jom tengok resepi. Kut ada geng kacang merah berkenan nak buat.
Bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
2 cawan air biasa + 1/2 cawan susu cair = 2 1/2 cecair
2 SB air kapur
¾ cawan gula
1 cawan kacang merah dalam tin hancurkn sedikit.
Sedikit garam
Sedikit pewarna merah jambu
Cara masakan:
- Campurkan kesemua bahan kecuali kacang merah dan tapis.
- Kemudian baru masukkan kacang merah yang sudah dihancurkan tadi.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan.
- Kukus 20 minit bila air mendidih.
Kuah Santan
1½ cawan santan
3 SB tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara masakan:
Kuah santan pula masak dengan api perlahan sehingga meruap meletup-meletup. Kena sentiasa kacau. Kuah ni akan jadi kental bila dah sejuk.
Akhir sekali hidangkan kaswi dengan santan yang ditabur dengan sedikit bijan atau kacang merah.
#7 Kuih Kaswi Nanas
Sumber: FB Azimah Azira |
Bahan yang diperlukan:
1 biji nanas (600 g isi tanpa batang)
300 ml air
200 g gula (yang nanas madu, kalau guna nanas masam boleh tambah lagi gula)
300 g tepung ubi
1/2 sudu teh garam
50 g bihun (potong pendek & rendam sehingga kembang, kemudian toskan)
Cara masakan:
- Kisar nenas bersama air
- Kemudian masuk tepung ubi, gula garam, kapur sikit. Gaul rata.
- Masukkan bihun yang dah kembang tadi. Kemudian kukus (loyang = 30 minit, acuan 10-15 minit)
- Hidangkan bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan garam kemudian kukus.
Baca juga: Resepi donut mudah dan gebu
#8 Kuih Kaswi Sagu Ros
Sumber: FB Nazri Ahmad |
Bila baca nama dia ni kan, terasa macam alahai femininnya kuih kaswi ya g satu ni. Mesti best kan dapat makan kaswi sagu ros ni? Sambil merasa kekenyalan kaswi, mesti tergigit juga kekenyalan ketulan sagu yang kecil molek tuu. Jom buat!
Bahan yang diperlukan:
400g air
100g santan
120g tepung ubi
220g gula
100g tepung gandum
1 1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
50g sagu biji halus - direbus dgn sirap ros (toskan air)
Bahagian kelapa:
1biji kelapa parut
1 sudu teh garam
Cara masakan:
- Masak air bersama gula hingga larut. Biarkan suam.
- Masukkan tepung gandum, tepung ubi, garam, santan & air kapur.
- Kacau sebati. Tapis adunan.
- Masukkan biji sagu & kacau rata.
- Sedia utk dikukus.
- Kukus selama 15 - 20 minit.
#9 Kuih Kaswi Labu
Sumber: FB Siti Rosni |
Bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
(Sukatan tepung takyah ngam2 sgt..lebihkan skit pon takpe elok je kejadiannye nti)
1 1/2 cawan labu(rebus labu jgn lama sangat dn blend dgn 1/2 cawan air)
1/2 cawan gula + 1/2 cawan air (jadikan air gula dan sejukkan)
1 1/2 air
2 sudu besar air kapur
Sedikit pewarna kuning lemon
Sedikit garam
Cara masakan:
- Campur semua tepung dalam bekas
- Masukkan juga labu, air gula, air, air kapur, garam dan pewarna
- Kacau hingga sebati dan tapiskan
- Oleskan minyak pada loyang
- Masuk adunan ke dalam loyang
- Balut penutup kukus dgn kain
- Kukus 1/2 jam atau sampai masak api sederhana besar
- Tunggu sejuk baru potong dan gaul dgn kelapa parut campur garam dan kukus 5 minit terlebih dahulu.
#10 Kuih Kaswi Pandan Keledek
Sumber: FB Suhaila Janidi |
Dua-dua perasa dalam kaswi yang ni adalah kegemaran Nur, baik pandan mahupun keledek. Mesti rasa dia seakan-akan talam yang ada potongan dadu buah keledek/keladi tu kan? Nak cuba buatlah nanti. Mesti sedap!
Bahan yang diperlukan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1.5 cawan gula pasir
6 cawan air pandan
1 sudu teh garam
1 biji besar keledek oren
Kelapa parut putih secukupnya
Cara masakan:
- Keledek potong dadu dan rebus sampai lembut dan toskan.
- Gaul tepung gandum, tepung ubi garam bersama 3 cawan air pandan. Tapis.
- Blend separuh dari keledek bersama gula dan 3 cawan air pandan. Gaulkan sekali bancuhan tepung tadi.
- Masukkan pewarna hijau dan baki keledek yang di dadu tadi.
- Kukus 20 minit. Sejukkan. Potong dan gaulkan bersama kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam.
Tips Buat Kuih Kaswi
Dikesempatan yang ada ni, selain perkongsian tentang 10 resepi kuih kaswi, Nur juga nak kongsikan tips ataupun nota penting yang kita perlu alert sebelum kita mula buat kuih viral ni untuk mendapatkan kejadian kuih kaswi yang sedap, lembut, gedik, dan tak mengecewakan. Antaranya:
- Kalau buat kaswi berasaskan pandan, jangan kisar daun pandan lebih dari 10 saat untuk mengelakkan rasa pahit.
- Jika menggunakan acuan kecil, tempoh kukusan selama 15-20 minit sahaja.
- Jika menggunakan loyang, tempoh kukusan adalah selama 40-50 minit.
- Jangan gunakan api perlahan.
- Air periuk kukusan WAJIB mendidih
- Balut tudung periuk dengan tuala untuk elak air menitis. Kalau tak mahu balut, lap tudung pada minit ke 8
- Kuih dalam acuan kecil lebih cepat sejuk berbanding loyang besar
- Kuih yang tidak cukup masak akan melekat bila disentuh
- Keluarkan kuih/potong kuih setelah sejuk (pada suhu bilik)
Akhir Kata
Sebenarnya kan, ada banyak lagi versi kuih kaswi yang ada selain daripada 10 jenis yang Nur kongsikan ni. Contohnya kaswi pulut hitam, kaswi kacang hijau, kaswi teh tarik, kaswi sirap dan banyak lagi. Tiba-tiba Nur terbayang air kopi pula. Takde ke orang nak buat kaswi kopi? Mesti sedap kan?
Orang kita ni kreatif sangat. Pandai mengolah untuk dapatkan hasil yang lebih menarik dan9 buat orang tertarik. Moga lama laa kuih kaswi ni viral. Biar budak-budak tahu akan kewujudan kuih tradisional yang satu ni. Maklumlah budak zaman sekarang punya tekak kebanyakannya terlalu hipsturrrr sampai tak kenal kuih tradisional sendiri.
Okaylah cukup sampai disini saje. Semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan pembaca yang lain. Andai ada salah kata minta maaf ya. Jumpa lagi di lain resepi. Assalamualaikum:)
6 Comments
banyak jenis rupanya ya kaswi ni. tetap feveret kaswi gula merah biasa tak gedik2 hehe
ReplyDeleteItulaaa nur pun baru tahu mcm2 jenis ada. Haaaa leyla suka yg biasa. Kalau nur memang mencari yg gedik haha
DeleteThanks for your recipe..
ReplyDeleteYou are welcome
Deletenak beli kaswi pandan tapi takut manis sangat sebab biasa makan kaswi gula melaka lemak-lemak gitu huhu
ReplyDeleteKena buat sendiri nampak gayanya ni haha
Delete